Tuesday, October 4, 2016

453 April Travel : Koh Samui, Thailand Day 1

Tuesday, October 4, 2016
Hi,



Sambung story pasal travel ke Koh Samui dulu la. Cerita basi. Adoi. Hahaha. Baru sempat nak update. Busy bebenor. Perjalanan nak ke sana memang lama. Naik flight dalam sejam lebih, pastu naik bus dalam sejam lebih pastu naik ferry pun sejam lebih pastu last naik van dalam setengah gitu nak sampai ke hotel. Memang sampai sampai dah lewat petang dah. 1 hari untuk perjalanan je. Phewwww. Sakit ontot nak sampai sana. Hahaha. Tapi smooth la. Semua backpacker je time ni. Tarikh pergi berapa hari bulan ek. Tapi dalam bulan April la. Lama dah. Hahahah.



Masa dalam bus lagi dah siap siap kawtim dengan travel agent tu nak amik pakej apa. Of course la untuk snorkelling kan. Tapi masa ni amik untuk satu hari je dulu. Bila dah amik trip snorkeling, settle la program untuk hari kedua. Sampai hotel terus check in pastu lepak lepak. Malam sikit baru kuar makan. Tapi punya la susah nak cari kedai makan halal. Lecak ketiak weh berjalan. Last last makan kat mamak ke Pakistan ntah la. Tapi time makan aku nampak pulak botol botol arak kt dia. Hampeh betul. Stok makanan memang bawak tapi saje la malam first nak try makanan kt situ dulu. Biasa la Thailand weh. Halalan thoiyibbah susah nak cari.



perlulah upload gambar ni. hahaha. Air Asia tetap di hati.


muka yang sama jugak kalau pergi travel pun. memang kaki travel pun semua orang

aku macam biasa, paling lambat. so time ni aku tak sampai lagi. ahahahaha

yeay dah sampai Surat Thani.kecik je airport, proses nak cop passport pun senang je. terus kuar dan cari bus untuk ke jetty ferry.

haaa dah sampai jetty ferry. ferry bapak la besar yang boleh hangkut bus lori kereta segala bagai tu la. 

laut terbentang luas ciptaan Allah

haaa nampak tak datin tengah tangkat gambar gittew. seluar merah menjadi pujaan hati. hahahaha

ini bukan sunset, ini panas terik. hahah

nak pasaipa sanggup duk luar, padahal kt dalam ada aircond, sebab kat luar ni view cantikkkkkkk

matahari terik tapi angin kencang time ni.





Malam tu sementara cari kedai makan, main jalan je. Masuk sana masuk sini. Kebanyakan mat saleh la kat sini. Nasib baik tak kena kacau kan sebab seram sikit nak lalu sebelah diorang. Kang kena raba tak memasal je. Hahaha. Sebab kebanyakan tepi tepi jalan tu semua bar and  club je. Bau arak je. Nasib baik cam pekerja pekerja kedai tu ada yang muslim and boleh cakap melayu, so senang sikit nak tanya tanya.  Eh bukan takleh nak speaking, masalah nya diorang tu yang takleh speaking, diorang lagi pandai cakap melayu tapi dialek Kelantan la. Hentam sajalah labu. Asal faham sudah. Hahahaha.

Jalan jalan pastu ternampak signboard blok tulis Samui. Haruslah selfie kat situ. Kt situ dah macam mall dah, macam macam jual. Mampu tengok je la sebab tak niat nak shopping kan. Hehehe. So hari first done dengan lenguh lenguh badan. Hahahaha.


jalan jalan dalam mall. misi mencari kedai makan

tapi jumpa ni dulu. Landmark of Koh Samui

geng travel


dinner malam tu, nasi goreng seafood

cuci cuci mata

Pas makan, balik bilik, mandi solat pastu tidow sebab esok nak snorkeling and kayak.



xoxo & hugs
eimanhikmah

No comments: