Tuesday, October 4, 2016

451 March Shortvacay : Kampung Salaam Rakit, Masai

Tuesday, October 4, 2016
Hi,



Ada kat kampong wehh sekarang. Syok giler bila balik kampong. Mak masakkan lauk sedap sedap. Masak biasa biasa pun sedap. Pastu anak bongsu yang balik kan, order je mak masakkan. Hehehe. Untuk malam ni je dah makan 3 bungkus nasi impit yang kecik kecik tu pastu tambah makan burasak cecah kuah kacang dengan asam pedas ikan parang. Pergghhh. Eh kenapa cam lauk raya? Sebab aku teringin sangat nak makan. Sebab masa raya haji hari tu tak puas makan. Hahaha. Ko tengok camner badan tak macam kena pam pam kan. Craving memanjang. Hahaha.




Ok malam ni aku nak story pasal travel kitorang ke Kampung Salaam Rakit kat Masai. Masa ni unplanned pun. Kitorang tau dapat cuti 2 hari ni last minute. Bila tau je terus je member ajak, weh jom pergi sini. Aku on je la sebab dekat dengan rumah kan. Dekat tak dekat la. Aku ni bukan tau jalan sangat. Bila masuk highway, kuar balik pun highway sebab tak tau jalan dalam. Hahaha.




Pagi tu gerak dalam kul 8pagi dari KL. Terus gerak pergi Johor. Mula mula singgah Batu Pahat jap sebab member aku nak borong kerepek. Pastu terus exit Kulai. Pastu follow je signboard Masai. Cuma sikit lagi nak sampai kitorang sesat sikit. Terpaksa member yang memang tunggu kt kampung ni kuar kejap konvoi dengan kitorang. Nampak macam jalan tapi bila terus jalan mati. Ada yang tak nampak jalan tapi itulah jalannye. Hahaha. Pening sikit.




Tempat ni sebenarnya kelong tempat orang mancing. Tengah tengah laut gitu. Sebab nak kesana kena naik boat. Dekat je naik bot dalam 3 ke 4 minit je. Hahaha. Dan ada bilik bilik untuk yang nak mancing dari malam ke pagi sambung pagi ke malam. Gigih wehhh orang yang mancing ni. Siap bawak anak bini. Tidow berembun. Aku nak mancing tapi tak reti mancing. So tengok je la. Huhuhu. Dan cuba bayangkan, tempat ni tengah laut, kelong kan, so elektrik guna generator, air pun air tadah je. So malam tu tidow panas sikit sebab kipas rasa so so je. Pastu nak berak kencing pun takleh sebab stok air habis. Matilanakkkkk. Hahahah. Tobat la aku nak pergi sini lagi. Pagi tu chow terus balik rumah aku je. Dengan tak makan nye, terus balik rumah aku makan kt rumah aku je. Hahahah. Tapi good experience la kan. Tak rasa tak tau kan. Hahahaha.



petang tu sampai, angin kuat masa ni. time ni tak ramai lagi yang mancing

travel buddy, Ateng

haaa tempat ni kepunyaan ayah kepada yang tengah pegang baby tu, Kak Linda. terima kasih for hospitality. malam tu bayar untuk bilik rm100 je. kalau tak silap harga bilik mahal sikit. 

dan diorang ada wat BBQ untuk makan makan hari tu, so join makan terus. fresh dari laut. sedappp

thanks korang

pagi tu terus pergi darat. tak mandi sebab air takde kt kelong tu. Hahaah.

ececececehhhhh.


tetap berseri walaupun tak mandi. time ni kencing pun tahan je Hahahahahah

nasib baik service bot ada 24jam. cakap je nak ke darat diorang hantarkan. masa ni dalam kul 9 pagi. 




terus gerak balik rumah kampung je. kencing berak kt rumah je la senang. Hahahaha




nice view and very good experince




Aku sampai rumah aku tengahari camtu. Sampai sampai terus mandi makan semua. Hahahaha. Aku suka je pergi tempat tempat camni. Tengok tempat orang kan. Tapi bab takde air tu boleh wat garu kepala weh. Hahahaha.



xoxo & hugs
eimanhikmah

No comments: