Wednesday, September 21, 2016

448 Menang Mini Sukan Office

Wednesday, September 21, 2016
Hi,



Petang petang baru update blog. Semalam merayau lagi sampai Midvalley. Kali ni naik LRT pastu naik KTM pulak. Sejam lebih jgk perjalanan. Biasa la kan public transport. Kalau drive la cepat sikit. Tapi disebabkan sorang sorang, iolls naik je la LRT pastu sambung KTM pulak. Tup tup sampai terus Midvalley. Ok bukan nak cerita semalam, ni nak cerita kisah hari ni. Hahahahaha.




Dari malam tadi bos whatapps suh pakai baju sukan. Katanya ada mini sukan kat office. Cam sekolah tadika pulak. Eh memang sukan kanak kanak tadika pun tadi. Hahaha. Aku pakai je suar jeans. Tapi bawak gak suar track ke office. Hehehe. Pastu nama aku dipanggil untuk join mini sukan tu. Main game yang kena bawak bola kt dahi, so kena  bergandingan dengan member la. Dah la member tu pendek. Hahahaha. Sorry Alicia aku gelakkan ko. Sempat la practice sebelum game start td. Practice pun memang susah. Bola tu tak melekat. Hahaha. Dahi berminyak wehhh. kahkahkah. Factor umur, dahi berminyak.




Sekali time main betul betul, kitorang paling laju. Dah la kena lari lari zick-zack. Cam lipas kudung dah td. Hahaha. Sekali tribe kitorang menang. Dengan keseluruhan game iaitu makan hanging epal, bawak bola ping pong guna sudu, bawak bola kt dahi, dan gelek hoolahoop, total masa 7:22 minit. Tak sangka. Hahaha. Hiburan kt office. Jadilah kan. Tapi gambar masa main tu takde. Takde sape sudi amikkan gambar. Huhuhu. Kita tunjuk gambar winner je la. Jeng jeng jeng.




aku yang berbaju belang belang oren



Yeay menang pastu voucher KFC. Jadilah, Alhamdulillah.


xoxo & hugs
eimanhikmah

5 comments:

Nora Karim said...

Wah seronoknya... release twnsion sikit, bila ada aktiviti santai macam ni... tahniah... 😄

Ezy Loy said...

tahniah2!
dpt jgk hadiah.. =)

Norhayati Mohd Isa said...

Terer tu goyang holahop..

Farrah MF said...

Tahniahhhhhh! :)

Nabila Syifa said...

syioknya