Monday, September 19, 2016

447 Confession Mengarut

Monday, September 19, 2016
Hi,



Ngantuk nye bangun pagi pagi. Kul 5.40pagi dah bangun mandi and solat. Biasalah kan isnin, kena kejar masa kalau tak jalan jem pastu takde parking. Kalau kerja pagi ni aku lagi suka naik LRT je. Pheww nasib baik LRT sekarang  ok je kan. Takde la drama Train To KL yang viral 2 minggu lepas. Hahaha. Kesian muka akak tu kena troll kan. Masa tu aku tak naik LRT sebab kerja malam. Kerja malam ni better drive je. Tapi tengok tadi mesin Touch N Go tu harga half price jek, RM1.30 je. Selalu RM2.60. bagus la dapat half price, lambat sikit duit dalam Touch N Go tu habis. Alhamdulillah.




Sekarang kalau korang tengok kat FB, banyak giler orang wat confession. Macam2 tempat boleh wat confession. Kadang kadang, bila ko wat status panjang lebar pun dah macam confession dah. Kadang kadang nanti ada la Siakap Keli ke Aliff Channel viralkan status ko tu. Pastu nanti banyak giler orang share. Yang paling glemer sekarang kan IIUM Confession. Kisah first yang aku baca kt IIUM Confession pasal sorang isteri ni duk dengan mak mertua dia, kakak ipar dengan biras dan juga beberapa orang anak sedara. Camtu la. Suami kerja cikgu, dia pulak jawatan tinggi gaji besar. Bila dia kawen dengan husband dia, dia pulak kena menanggung family mertua dia. Memang kesian giler baca confession tu. Last last dia minta cerai sebab tak tahan. Tapi bukan salah husband dia, tapi dia tak tahan nak ada family camtu lagi dalam hidup dia. So confession tu macam tu memang bagus bagi kita pengajaran. Aku memang terkesan la dengan kisah camtu. Walaupun kisah tu lebih kurang sama cam confession dalam Kisah Rumah Tangga. Opps terlike page tu walaupun aku belum kawen. Hahaha. Tapi aku unfollow page tu sebab aku malas nak baca confession orang yang mempunyai masalah kehidupan melampau kat news aku. Hahahaha.




Haaa pasal IIUM Confession ni pulak. Kalau rasa nak baca aku baca la. Sebab sekarang page tu memang ramai giler orang wat confession. Kadang kadang cerita cam ntah apa apa ntah. Semakin lama semakin mengarut. Aku faham memang la korang nak naik kan rating pembaca. Tajuk kena gempak. Tajuk ‘Aku menyesal ada Mak macam kau’. Aku fikir, apa la mak dia buat kan sampai dia menyesalkan. Dia pun cerita la pasal mak dia berborak dengan jiran, mesyuarat tingkap. Aku pun teruskan membaca, rupanya mak dia mesyuarat tingkap pasal mak kucing tak layan anak dia. Rupanya ‘aku menyesal ada mak macam kau’ merujuk kepada anak kucing yang tak dilayan oleh mak kucing. BODOH! Tolong la admin IIUM Confession, jangan la siarkan confession yang mengarut. Lagi satu kisah pasal driver bongok yang kengkonon drive wak lek wat peace kat lane kanan dengan kelajuan 60km/jam tapi bila ada orang cucuk cucuk belakang, ko bengang. Ko wat confession, cakap driver tu nak tercirit sebab cucuk cucuk belakang kereta ko pastu ko cakap dia tak reti potong kiri. Memang bongok giler confession tu.



Panjang lebar aku geramkan pasal confession ni. Tapi aku faham, tu hak aku nak baca ke tak. Ko yang baca, ko yang sakit hati, tu salah sendiri. Sape suh baca kan. Hahahaha. Haaa ni kita confession aku la nih. Kikikiki.






Ok nak sambung wat kerja.



Xoxo & hugs

eimanhikmah

5 comments:

Cik Azz said...

Hahahaha..

Sebenarnya banyak je confession yang boleh kita jadikan pengajaran. Tapi tu la, lately semakin banyak confession yang mengarut. Kadang-kadang macam tak percaya je samada cerita tu kisah benar atau rekaan semata-mata.

p/s: Akak rajin jugak tinggalkan komen kat confession yang akak rasa akak perlu komen. Ecehh.. kihkihkih.

Azian Elias said...

akak memang tak pandai nak berconfess2 ni. tak pandai.
kalau mengarut cerita travel n makan2 i ok je. heeee

Ezy Loy said...

yg psl isteri kene tnggung family belah suami tu ade jgk baca..
melampau giler mak mertua die buat camtu..
k.ipar die pon bongok jgk..
plng kesian kes kete viva tu.. die nk bg kat adk die kan..
blh plak suami k.ipar die yg guna.. geram giler bace kes tu.. haha

Gee Lion said...

Salam dari blog Diari Dandelion ^_^

Pihak pengurusan LRT habaq sapa naik LRT dari jam 6-7 dapat potongan harga 50%. Kata utk mengelakkan kesesakan waktu peak. Memang sesaklah.. kadang2 sampai 3-4 LRT lalu pon tak dapat naik lagi. Sendat macam tin sardin.

Saya pon dah unfollow Page KRT tu. Huh senak perut baca. Kadang2 rasa macam terbawak-bawak dlm realiti ni. Over mak hang. Nak wat camne..

IIUM tu dulu best, sekarang macam ngarut-ngarut pun ada confession dia. Kisah yang awak sebut tu saya ada baca, memang sakit hatikan. Satu lagi kisah yg sakit hati kisah anak beranak kena layan macam hamba. Time raya or kenduri balik-balik dia dgn mak dia kena buat kerja. Orang lain balik goyang kaki. Sampai sakit2 mak dia. Kesian. Mintak simpanglah jumpa orang2 zalim macam ni dlm hidup. Huhu..

Nora Karim said...

Saya ada juga terbaca pasal dia kena tanggung satu family husband dia... tak pernah like page tu.. tapi kawan2 share n naik dlm timeline... hehe