Sunday, September 18, 2016

446 Syabu syabu, Haagen Dazs dan Overhaull Rumah

Sunday, September 18, 2016
Hi,



Selamat hari ahad. Hari ni aku kerja. Tapi nak cerita kisah semalam. Hehehe. Tapi takde la kisah sangat pun, biasa biasa je. Gambar kisah semalam pun takde. Kan sebab hp aku dalam keadaan ting tong sekarang. Aku belum hantar kedai lagi. Rasa dah taknak tengok dah handphone tu, kecik hati aku rasa. Cepat naw dia nak buat masalah. Hukhukhukhuk. Sedih!




Semalam dating la ape lagi. Off day kan.Hikhikhik. Rasa cam tak dating pun. Kahkahkah. Kelakar la bila panggil dating. Dating haper dah tua tua ni kan. Hahahaha. Aku memang plan awal awal nak pergi makan syabu syabu kt MidValley. Aku ni pergi Midvalley dalam setahun boleh kira berapa kali je pergi. Rasa tahun ni baru 2 kali pergi. Tapi disebabkan syabu syabu voucher tu suh pergi sana je, maka pergi la sana dibantu oleh Google Maps. Hahahah. Memang taktau jalan. Aku bab guna Google maps ni failed sikit. Nasib baik ada cik abang, dia tengok Google maps pastu bagitau aku jalan mana jalan mana. Huhuhuhu. Book tempat kul 1pm, aku sampai syabu syabu tu kul 1.10pm.Lambat sikit, nasib baik tempat tak kena amik orang. Kalau penuh gak, aku menangis depan kedai. Hahaha.




Ok, dah ready nak makan. Macam biasa dia tanya macam macam nak apa nak apa. Aku layankan je. Cik abang grill grill aku makan, dia grill lagi pastu aku makan lagi. Hahaha. Untung laaaa. Makan makan dalam sejam je, kejap giler makan. Orang sebelah datang saing pun belum habis makan lagi. Aku tanya dia nak tambah lagi ke lamb ke beef ke chicken, dia kata taknak. Aku macam nak tapi taknak la  makan sorang sorang. Ni la masalah aku, aku paling tak suka makan sorang sorang. Ngada ngada. Hahaha. Pastu ajak makan ice cream greentea pun dia taknak. Aku dah mencebik dah. Tapi dia buat bodoh je. Hahaha. Sentap sentap pun tak guna.


sumber dari Google. hahahaha. nampak sedap kan, memang sedap pun


Nak tau kenapa dia ajak kuar dari Syabu syabu cepat cepat? Sebab dia nak smoke. Cis nak smoke je. Melepas ice cream greentea aku. Hahaha. Ok2, takpe2. Kang ada kang aku ajak kawan pulak makan kt sini nanti kang. Tinggal je dia. Hahaha. Jalan jalan cari centre point sebab kereta parking situ. Terlalu depan Haagen Dazs. Dia offer makan Haagen Dazs. Yeay yeay dapat makan icecream. Ya Allah sedap ya amat Haagen Dazs ni. Sedap sesangat nyee. Harga pun sedap nyeee. Bukan selalu kan, lepas ni boleh pow lagi. Hikhikhik.



pun gambar dari Google. Sedap nih, harus la lepas cari ice cream Haagen Dazs je. Kekekeke



Memang lepas makan syabu syabu pastu makan Haagen Dazs tu, kitorang terus balik je, tak koser nak jalan jalan cuci mata. Sebelum kul 4 dah sampai rumah dah. Nak kata jauh sangat Midvalley ni cam takde la jauh sangat. Cam pergi office je. Tapi memang tak rajin nak pergi sana. Balik tak guna google maps pun, guna signboard je. Terer pulak guna signboard je. Co-pilot dah tidow dah time ni. Haha. Sampai sampai rumah aku solat zohor pastu solat asar pastu aku ada projekkkkkk. Haaaa. Projek basah basah. Hahahahah.




Ape tu projek basah basah. Hahahaha. Takde apa2 la. Semalam aku overhaul rumah aku je. Entah kenapa semalam rajin bebenor. Aku kemas stor. Rupanya selama ni aku simpan barang ntah apa apa. Hamekkk ko, kemas punya kemas sampai 5 plastik sampah. Pastu aku tarik rak pinggan masuk dalam stor. Sebab kan aku bela kucing, walaupun sekor tapi bulu dia banyak tau. Memang melekat  satu rumah. So aku basuh semua pinggan, cawan, tupperware, senduk, sudu, garfu dan semua semua tu la. Memang basah 1 dapur. Sebelum tu aku basuh rak pinggan jugak. Guna shower sponge. Puas hati aku. Hahahaha.




Dah siap kemas stor. Legaaaaaa. Sampai lenguh kaki aku weh. Pastu vacuum satu rumah pastu mop lagi satu rumah. Puas hati aku. Aku ni memang cepat bosan kalau kedudukan perabot sama je. Dapur tu memang dah lama tak overhaull. Sekali dah alihkan rak pinggan, terasa lapang dapur. Dan aku harap dapat hilangkan bulu melekat kt pinggan mangkuk aku. Huhuhuhu. Settle semua, mandi solat semua, aku sambung lipat baju dan sidai baju pulak. Settle semua, aku terus tidow tapi takleh tidow terus sebab kepenatan. Tapi rasa seronok. Nanti kang aku nak overhaull bilik tengah pulak. Tasabar nak tunggu next off day. Weehuuuuu.





xoxo & hugs
eimanhikmah


No comments: