Friday, September 16, 2016

445 Selamat Hari Malaysia, Malaysia!

Friday, September 16, 2016
Hi,



Selamat Hari Malaysia. Yuhhuuuuu. Tapi aku kerjaaaaaa. Hahahahaha. Tak tau la nk sedih ke gembira. Sebabbbbb hari ni pergi kerja nanti aku dapat cuti ganti. Sebab takde plan nak pergi mana mana pun kan. So tak kisah sangat kalau tak cuti pun. Dah parking kereta hari ni murah RM6 je. Hikhikhik.



Aku takde la patriotic sangat pun. Aku pun tak faham sangat apa maksud Hari Malaysia ni. Tapi aku sempat google. Hikhikhik. So sekarang dah faham dah. 



Dari Jabatan Penerangan:-


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.




Haaa itu la penerangannya. Tu la sape suh tak patriotik. Kan dah tak tau Sejarah. Hikhikhik. Bukan setakat dapat cuti je kan. Kena tau jugak sebab musabab dapat cuti tu. Untung la dapat cuti lama lama. Aku esok je cuti, ahad kerja semula. Huhuhuhu. Kat office diorang suh pakai baju team bola Malaysia kengkonon support Malaysia day ni tapi aku takde jersey bola ni. So aku pakai je baju biasa biasa. Hahahaha. Tahun depan la aku beli jersey bola Malaysia ni. Hahahahah.


Selamat Hari Malaysia, Malaysia!






xoxo & hugs
eimanhikmah

No comments: