Thursday, September 15, 2016

444 Kemurungan Melampau

Thursday, September 15, 2016
Hi,



Hari ni kerja petang. Aku kalau kerja petang ni tak suka sangat. Tapi nak wat camner, hadap je la. Kalau nak tukar shift dengan orang tu susah sikit, tak ramai yang nak. Huhuhu. Pastu kelaparan pulak. Nak masak tapi bahan masak tak cukup. Aku dah lama tak shopping barang dapur. Hahaha. Sanggup makan kt luar dari masak. Aku rasa lepas ni kena beli jugak. Agak agak lapar boleh terus masak, takde la kau rasa nak mengamuk bila lapar ataupun kau tidow dalam kelaparan. Tapi selalu je macam tu. Hahahaha.



Pastu aku sikit down hari ni. Pagi pagi aku dah rasa kemurungan. Kemurungan gara gara handphone aku rosak. Arghhhh. Boleh on tapi screen cam problem. Habis whatapps, gallery semua tak boleh tengok. Memang stress ya amat. Adoidoidoi. Semalam dah pergi kedai, boleh pulak dia ok memang cam takde apa apa. Orang kedai suh update software bagai. Sampai sampai rumah, aku memang terus update software. Nampak ok, aku siap bagitau cik abang cakap semua ok.



Tapi tak lama lepas tu dia jadi balik. Argghhhh stressnyeeeeee. Aku cepat cepat amik macbook nak transfer gambar. Banyak gambar ribu ribu. Semua gambar travel hari tu. Ooppsss pasal travel banyak lagi tak update. Hahaha. Tapi cam ada gambar yang tak transfer lagi. Sayang. Takut nanti hantar diorang format habis kan. Issskkk kena hantar kedai cepat cepat ni. Tak tenteram hidup aku sekarang. Kena la aku transfer sekejap whatapps, instagram dengan kat handphone lain dulu. Lain lain tak penting. Hahahaha.




Minggu lagi satu nak jalan jalan lagi. Matilanakkkk takde handphone nak selfie selfie. Terpaksa la pinjam camera orang pastu baru boleh upload kt instagram. Adoidoidoi. Ya Allah, aku tabah menjalani ujianmu dan aku mohon kau kurang tekanan dalam diriku. Amin Ya Rabbal Alamin.





Sabar itu separuh dari iman. 


xoxo & hugs
eimanhikmah

2 comments:

Elih Japahar said...

Zaman skrg ni mmg x leh hidup tanpa hp kan hahaha..semoga hp awak cepat baik, tak kan nk beli baru pula kan..

miss eimanhikmah said...

Elih Japahar : tu hp baru tu..tak tau nape skrin jd cenggitu..sedih...