Monday, September 12, 2016

443 : Raya Haji 10 Zulhijjah 1437

Monday, September 12, 2016
Hi,



Setelah beberapa tahun tak dapat cuti raya haji, tahun ni dapat cuti pulak. Yeay! Walaupun satu hari je tapi bermakna giler. Dan yang paling best sekali, mak ayah datang beraya KL. Yahoooo. Sebab tau anak anak diorang tak dapat balik beraya tahun ni, so mak ayah berpakat nak raya kt KL. Diorang sempat tempah burasak dengan lepat lui sekali. Memang seronok laaaaaaa. Baru la ada makna raya kan. Aku memang paling excited, siap ada baju raya haji ok. Hahahaha. Uchewww mesti lah over!




Semalam aku buat puasa sunat Arafah. Amik berkat. Macam macam doa aku mohon, harap makbul. InsyaAllah. Pagi ni puas weh makan, breakfast pagi pagi dah makan burasak, rendang, kuah kacang, sup tulang, serunding daging, serunding kelapa semua. Erkkk kenyang. Tapi sekarang perut aku dah kriuk kriuk. Adakah perlu makan? Hahahaha. Nasib baik dah siap tapau lauk lauk raya tadi. Burasak je bao liauuuuu (habis). Memang cepat habis burasak, feveret  satu family. Hehehehe.




Sampai tengahari je, pastu diorang dah gerak ke Penang pulak nak sambut raya dengan akak aku no.3. Haaa gitu laaa anak ada kat 1 Malaysia kan. Kena pergi semua rumah anak anak, takut ada yang sentap. Hikhikhik. Di sini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. Semalam tengok rancangan tv Haji kt Mekah, memang teringin sangat nak pergi Mekah. Memang kena start menabung dari sekarang. InsyaAllah. Tadi sempat selfie selfie sebelum diorang bertolak ke Penang pulak. Semoga selamat sampai. Aminn.



 
kurangkan laju, kenderaan berat dihadapan. Hahahaha

family tercinta

mak ayah. aku ikut muka sapa. hehehehe

breakfast makanan raya laa...yang segi empat tu la burasak

sisthurrrr. beriya kan siap ada baju raya haji. aku pakai cantik2, pastu pergi isi minyak kete pastu aku balik rumah. hahahahaha

rakan rakan sebaya..hikhikhikhik

rakan rakan sebaya lagi. hikhikhikhik





Esok kerja sudah. Sob sob sok.



xoxo & hugs
eimanhikmah

No comments: