Tuesday, September 6, 2016

441 January Travel : Lombok, Indonesia Day 3

Tuesday, September 6, 2016
Hi,



Kegigihan hari ni nak settlekan entry Lombok Day 3 pulak. Hehehehe. Taip kat keyboard tak pandang bawah dah,tengok skrin je. Hehehe. Cam terer sangat dah cam kerani yang kerja office tu. Sebab aku kerja kat office, semua copy paste je. Senang. Takde la taip panjang berjela. Hehee.



Ok masuk hari ketiga. Hari nak meninggalkan pulau. Uwaaaa sedih nak tinggalkan pulau. Gili Trawangan ni cantik sangat. Orang pun baik baik kat sini. Baik la tak buat bukan bukan kat kita sebagai pelancong kat situ. Pelancong orang putih pun takde kacau kita walaupun diorang mabuk time duk tepi pantai tu. Pandai jaga diri la kita anak dara kan. Ewah ewah ceramah pulak. Hehehe.



Ok ni misi kitorang pagi tu, bergambar kat swing Dia Isteri Luar Biasa ni haaaa kat Ombak Sunset. Ooopsss entry sebelum ni aku asyik la bagitau Ombak Resort. Ampunnnn. Hahahaha. Gigih berjalan panas panas dari chalet kitorang sampai ke sini. Actually tak jauh sangat. Tak basah ketiak la. hahaha. Air pun cun cantik je time sampai sini. Tak dalam sangat. Jernih air ya amat. Time pergi ada couple Malaysia. So dia amik kan gambar kitorang bertiga. Pastu kitorang pulak amikkan gambar dia. Gitu la tolong menolong. Hehehe.




menuju buaian cinta

us. thanks abang yang amikkan gambar tu walaupun nampak bayang bayang dia. hahahaha



panasssss matahari lombok











Puas hati dapat selfie kat sini. Time ni dah kul 10lebih kot. Terus balik chalet kemas kemas barang pastu mandi sebab nak check out dah kul 11 camtu. Nak ke town Gili Trawangan naik cidomo lagi. See betapa banyak naik cidomo tu. Hahaha. Untung ko yer cidomo dapat orang malas jalan cam kitorang ni haaa.



Haaa hari tak selalu cerah. Tak setiap masa travel tu semua best je kan. Janji dengan boat kul 11 pagi. Dari kul 11 pagi bawak ke kul 12 tengahari tak sampai sampai. Taknak la buang masa kt pulau sebab takde nak watpe dah tapi boat buat pasal pulakkkkk. Dia lambat. Pastu kitorang dah book private boat kan sebab bayar mahal. Patutnya naik 3 orang je la kan sekali ada orang lain naik sama. Bengang wehhhh. Walaupun orang lain tu orang Malaysia jugak tapi geram tetap ada. Hahaha. Time ni aku mengamuk la kat tokey speedboat tu. Minta refund tak dapat. Hahahampess betul. Kawan aku tenangkan aku. Aisshhhh nak marah lama lama pun tak guna kan. Nama pun tengah holiday, biar je la.


boat mana boat

selfie dulu sementara tunggu boat




Lupakan kisah boat tu. Bila tengok laut yang cantik ni memang release tension weh. Cam laut kat belakang tu memang cantik giler. Tapi panas sangat, selfie bawah pokok je. Hehehe.




pasir tu warna hitam, Pantai Pandanan.

ohsem view.

Kat tanah besar Lombok ni kitorang stay lagi 1 malam. Lepas Pak Supir datang amik kitorang, kitorang jalan jalan lagi kat town. 

luncheon ayam taliwang. sedapppp. siap beli sos taliwang tu. wat ayam bakar kt umah.





haaaa kitorang masuk muzium jgk time kt sini. kawan aku yana ni kaki sejarah. dia suka la bab sejarah2 ni. aku ok je masuk muzium. belajar benda baru kan. 

belajar menenun, kalau tak tak boleh kawen. hahahaha. tapi sampai sekarang kami semua belum kawen lagi. hahahaha.
doakan yer.

susah oiiii nak menenun ni. nasib baik makcik tu sabar je.

kena hentak kuat kuat, kalau slow tak jadi tenunan tu. boleh naik muscle wat kain tenun ni. hahahaha

kitorang belajar menenun

kitorang datang lagi rumah jual kain tenun ni. tapi rumah lain la.


rumah Sasak lagi. Kat sana memang ni kaum diorang. Tapi ada jugak orang Lombok bukan kaum sasak.



Ok, pergi tempat lain pulak. Pak Supir baik, bawak je pergi mana mana kitorang nak pergi. Kitorang tak tau nak pergi mana pun dia bawakkan jugak. Kenal tempat orang kan. Next, Taman Armada. Katanya ada air yang boleh buat kita awet muda. Semua try la minum. Ada kesan la, memang kitorang kekal muda sampai sekarang. Hahahaha.






Taman Armada, Lombok





Cantik tempat tapi tak ramai yang datang. 




Ok dah penat dah, settle untuk hari ni. Check in hotel. Pak Supir tapaukan nasi ayam taliwang lagi untuk kitorang. Pas makan semua terbongkang tidow. Kepenatan. Jumpa lagi next entry. 



xoxo & hugs
eimanhikmah

No comments: