Tuesday, September 6, 2016

440 January Travel : Lombok, Indonesia Day 2

Tuesday, September 6, 2016
Hi,



Settle entry Day 1  kt Lombok. Ok update cepat cepat untuk day 2 kat Lombok. Yeayyy snorkeling day. Takyah nak yeayy sangat yer Eiman. Sebab time nak snorkeling kt Lombok ni aku tak tau la kenapa aku cuak giler. Ni gara gara aku fobia lagi masa kes snorkeling kat Krabi bulan 8 tahun lepas. Kan kaki aku terpijak landak laut. Sakit giler weh. So bila nak snorkeling kt sini aku cuak habis. Bila nak turun je jejak air laut, aku rasa takleh. Sampai boatman kata dia teman snorkeling kitorang 3 orang ni. So dia ada je dengan kitorang time snorkeling ni. Hahahahaha. Special treatment. Orang lain snorkeling sendiri, kitorang ada guardian pulak. Hahahaha. Terima kasih la abang boat tu.




Dannnnnnn coral kt Lombok memang superb habis la. Cantik giler nak mampus. Cantikkkkk sesangat. Rasa nak menangis tengok sebab cantik sangat. Bunga bunga coral tu dalam laut. Memang cantik la. Sebab dah pergi beberapa laut, kat sini yang paling cantik sekali. Syukur Alhamdulillah dapat tengok coral pastu ikan ikan yang ohsem sekali.




Ok, sebelum tu kitorang breakfast dulu. Cam biasa takde pilihan sangat. Lalu lorong kecik, nampak kedai makan makcik2, tengok laut masak indonesia je. Ok yang ni boleh makan ni. Pagi pagi dah melantak nasi sebab takut lapar sangat time snorkeling kan. Oh ye, malam tadi lepas dinner dengan member2, kitorang sewa basikal untuk sehari. Park basikal siap kunci, pergi breakfast pastu terus pergi ke jeti untuk naik boat snorkeling. Dan hari sangat panassssssss.


 
odw nak pergi breakfast, tengah kayuh kayuh nampak laut cantik air jernih giler, terus berhenti selfie kejap. memang jernih cam air mineral je weh air dia.

ohsem view.

rasa taknak kuar dari laut tu. hahahaha

ohsem laut ni. cantik sangat. memang cantikkkk..




breakfast. murah je makan ni. 

kenyang dah. get ready untuk snorkeling dan sunburn kan muka. Hahahahah

dah siap2 pakai life jaket.




naik boat ramai2..nasib baik takde yang ahjuma sangat..ko paham paham la kalau naik boat dengan ahjuma, bising tak tenang nak snorkeling..hahahaha


laut sini memang cantik oi

ko tengok jernih nye airrrrr

terima kasih abg boat amik gambar kitorang atas bawah. hahahahaha




coral cantik.cam bunga








haaaaa ni aku, biasa la kan tiap kali pergi travel memang tak sah kalau tak sakit. time ni tangan tersepit tangga yang nak naik boat tu. haaa pastu mamat steward air asia yang besday trip tu ada jgk join snorkeling dengan kitorang. dia tengok jari aku luka, so dia bagi handyplast. terima kasih.hehehe

glass bottow boat. bila boat berhenti, nampak la coral bawah laut yang ohsem tu.







laut tu warna turqoise








lunch. masa ni kenyang lagi sebab breakfast makan nasi kan. so kt sini makan cm dessert. tapi gambar takde pulak. sedappp tapi mahal sikit la. biasa la kan pulau.

jalan jalan kat kampung apa ek lupa pulak. tapi cam takde pape, so kitorang patah balik ke depan semula.

lepak2 sini dulu sementara tunggu boat gerak semula.





korang tengok la bayang bayang memang tegak je, panas time ni.

Lepas makan sambung snorkeling lagi. Tapi mase tu dah totally exhausted. Tak turun dah. Penat giler. Puas dah tengok coral cantik kt sini. Balik hotel semua naik basikal. Sepanjang jalan tu laut memang cantik. Takde yang tak cantik, semua cantik. Aku suh member aku stop kejap. Moh la kita sambung selfie lagi. Hehehehe. Ok sambung gambar lagi eh.


cantik pelantar memang sesuai sangat nak bergambar kt sini








depan Ombak Resort yang ada buaian tu. tapi memang superduper tak larat. so bergambar dari jauh dulu. hehehe


Ok done snorkeling siang tu. Penat tapi puas hati. Terus hilang rasa fobia nak snorkeling tu. Balik hotel untuk rehat. Malam ada plan lain pulak. Balik bilik lepak lepak dulu. Malam nye plan nak tengok wayang tepi laut. Sekali wayang takde malam tu sebab projektor rosak. So kitorang dinner2 je la. Dinner tempat orang kaya tapi makan yang bajet. Hahahaha. Oh malam tu dinner kt Ombak Resort. Kitorang jumpa Mas Adi. Mas Adi cerita dia pernah kerja kat Malaysia. Kt Kelantan kerja kat ladang sawit. Kelakar borak borak dengan dia sebab dia boleh kecek Kelate. Hahahahah. Dia kata dia makan budu tapi takleh go on sebab rasa lain macam. Malam tu dia serve kitorang baik punya. Dan barulah kitorang sedar kenapa perempuan Malaysia boleh suka orang lelaki Lombok. Nak tau kenapa? Sebab orang lelaki Lombok cakap lembut nak mampus. Soft spoken wehhhh. Hahahaha. Tapi kitorang takde la suka dia pun. Nak mampus suka orang Lombok? Tak balik Malaysia aku nanti. Kahkahkahkah.



dinner kt Ombak Resort. nak tengok wayang pacak tapi tutup sebab projektor rosak.

lepak lepak amik angin laut malam. haaa nampak tak buaian tu. Hahahaha. 


selfie lagi. 

cubaan buat bayang bayang tapi tak jadi. ahahahaha




haaa ni depan hotel kitorang. sunyi sepi sikit kalau belah hujung hujung pulau. layan perasaan je la. line tenet pun dapat depan2 ni. kalau dalam bilik cam harem sikit. ahahahaha



anti social.
Lepas dinner kitorang kena pulang basikal. Pastu patah balik semula naik cidomo. Nak jalan takut sebab gelap gelita. Balik chalet pastu semua terus tidow. Sebab esok nya ada misi lain. Ape tu. Tunggu next entry.





xoxo n hugs
eimanhikmah

No comments: