Tuesday, September 6, 2016

439 January Travel : Lombok, Indonesia Day 1

Tuesday, September 6, 2016
Hi,



Nak update entry holiday lagi. Hehehe. Bila dah pergi holiday sekali, pastu rasa asyik nak holiday je. Hehehe. Ni backpackers style je ni. Semua bajet. Hotel pun bajet. Dapat pulak travelmate pun sempoi, memang best arrr. Kali ni kitorang holiday Lombokkkkkkkk. Pergi dari tarikh 18 Jan – 21 Jan 2016. Yup dah lama pergi baru dapat up entry. Kikikiki. Busy lorrhhhhh. Boleh dikatakan yang trip kitorang tak plan apa2 sangat. Tak plan sb aku yang tak plan. Kawan aku suh plan dah tapi aku malas ya amat. Baca2 je dari blog2 pastu aku tak finalise apa2 sampai la hari pergi. Kikiki. Tapi trip ni menjadi. Over expectation kitorang.



Ok hari first. Macam biasa pagi2 jumpa kat KLIA2. Opps kali ni pergi 3 orang je. 3 orang je berani nak pergi sini, yang lain2 takut kena culik. Kikikiki. Masing2 dah breakfast terus check in. Backpackers style, takyah nak check in bag bagai. Terus masuk flight je. Departure on time yeay. Sampai Lombok tengahari dah. Panas ya amat kat sana. Kawan aku dah book pak supir kt sana. Dia memang dah tunggu kt Airport. Kitorang ala2 datin ni jalan slow2 sebab ramai orang. Nape ntah ramai sangat orang. Aku dengar tu sedara mara yang tunggu ahli keluarga diorang balik merantau. Huhuhu. 




afzan, aku & yana. geng travel aku. masa ni dalam flight, ada steward air asia tengah bercuti gak. konon2 besday trip la. kawan2 diorang yang tengah duty wat annoucement untuk nyanyi lagu besday. untung la ada besday trip kan. aku kalau besday trip time bulan puasa. hahahahaha.

cuaca cantik sepanjang fly




Mula2 sekali pak supir bawak pergi rumah kebudayaan kaum Sasak. Alaaa tempat tenun2 kain tu. Orang perempuan kt sini wajib belajar menenun, kalau tak tak boleh kawen. Dan kebanyakan memang pandai menenun dan kahwin awal. So kitorang try2 la baju kaum Sasak ni. Posing2 je. Nak beli kain tu mahal beb. Dalam lingkungan RP350k – RP500k. Huhuhuhu

yeay dah sampai Aiport Lombok. punya la ramai orang. nak beratur ke imegresen memang lamaaaaa. penat beratur. hukhukhukhuk. sabar ye nakkk



 
airport Lombok

view sepanjang jalan

pokok pokok je

sawah padi

kaum wanita sasak tengah menenun

hasil tenun diorang yang akan dijual. sebab tenun, so harga memang mahal giler.

ok try baju kaum sasak. try ni percuma je. tapi bagi la tips sikit kt 

aku dgn yana


aku dengan afzan

tu rumah padi. diorang simpan padi kt situ. zaman dulu dulu la. 


Pastu lepas dah posing2 kt sini, kitorang cakap kt pak supir yang kitorang lapar. Lapar tahap gigil time ni sebab dah petang, last makan masa breakfast sebelum sampai airport tu. Kitorang cakap nak makan ayam taliwang. Baca kt blog sebelum ni cakap ayam taliwang ni ada jari kuku ayam semua. Geli jugak nak makan tapi bila order, takde pun dan rasanya sedappppppp. Mengulang makan lagi esok2 nye time kt sini. Hahahaha

singgah beli mutiara jap

kawan aku yang shopping mutiara, aku selfie je

Lepas makan, kitorang gerak ke Bangsal iaitu tempat bot2 nak ke Gili Trawangan. Tapi disebabkan sampai dah petang sangat, masa tu kul 5 lebih. Rupanya public boat tak gerak dah selepas kul 4lebih sebab ombak kuat. Menangis gak arrr sebab kena naik private boat kena cas RP650k untuk pergi balik. Padahal dekat je. Acah2 je private boat tu. 10minit dah sampai. Tapi takde choice kan, naik je la. Kitorang guna service Aisyah Speed Boat.

laut ni cantikkkk sangat

syukur alhamdulillah dapat laut yang luas terbentang,memang cantikkkk

lombok, pantai pasir hitam



Sampai2 kt Gili Trawangan, kitorang terus cari hotel. Hotel dah booking awal2 dah. Kitorang pilih Le Pirates Hotel. So nak mencari hotel, kitorang guna cidomo. Cidomo ni kereta kuda sebenarnya. Pergi mana2 pun keliling pulau tu flat rate RP100k. Sekali kan, hotel kitorang paling hujung sekali. Agak jauh la jugak. Kui semangat. Sakit ontot naik cidomo lama2. Hahaha.



Hahahaha. Time ni lawak, sebab tersalah pilih hotel tapi tapi tapi view cantikkkkkkkkk. On the way ke hotel tu pantai je, air jernih bak hanggg. Dekat dengan Ombak Sunset Hotel yang ada buaian tu. Yang buaian ala2 Dia Isteri Luar Biasa tu. Hehehehe. Settle check in, lepak2 jap sebab penat hoi. Haaaa sebenarnya time ni, ada geng yang lain jugak holiday kt sini, dia diorang ni esoknya nak balik Malaysia dah, so kitorang plan nak dinner sama2.



tengah tunggu speed boat get ready..panas bak hanggg time nih


silau merata rata..aku memang takleh lepas dengan shades sebab mata sepet tak nampak pape nanti..hahahaha

view kt jeti ni pun cantik wehhhhh

laut bergelora time ni, so option yang ada nak ke Gili Trawangan naik speed boat je


yeayyy speedboat dah sampai. Bye bye jety Bangsal, weolls ke Gli Trawangan dulu.


boat man. disebabkan private, so naik kiorang 3 orang je. mana tak, bayar mahal kot. hahahahaha

selfie sikit. boat ni melambung2 sebab laju gilerrrrr


So dinner dengan another geng. Geng satu office and ex officemate. Tapi kan kt sini kan susah sikit nak cari makanan halal. Yang kt restoran tu jangan harap la halal. Ada je ham la, bacon la,arak tu jangan cakap la. Memang selamba je jual walaupun pekerja nya muslim. So kitorang makan kt kedai2 makcik je la. Makan la kt bangku2 je.Settle makan, kitorang cakap kt member nak cari pakej snorkeling. So diorang cadangkan satu kedai ni, dapat harga murah gilerrrrr. Cuma RP75k jeee. Wahhhh muraaaahhh nya. Tapi takde makan la. Tak kisah la. Dah beli pakej snorkeling, kitorang jalan2 je kat area Gili Trawangan tu. Kebanyakan mat saleh je. Orang Malaysia sikit je. Tak macam kt Krabi dulu tu. Dah penat jalan, so kitorang say goodbye kt member sebab diorang nak balik dah flight tengahari esok nya. Turn kitorang pulak nak berholiday kt sini. Heheheh.


naik cidomo, kereta kuda, sekali naik pusing pulau kena cas 100k rupiah. mahal gak tu. dan kitorang naik ada la 5 ke 6 kali cidomo ni sebab masing masing tak larat jalan


suka sangat.naik cidomo ni mencabar gak. boleh wat sakit medula oblongata ko. hahahaha


yeay dah sampai chalet yang kitorang book. dapat welcome drink. air jus jambu air ke ape ntah lupa. tapi sedappppp

comel bilik.

katil single n katil 2 tingkat.

kipas plus aircond. bilik selesa untuk kitorang 3 orang.

depan bilik ada kolam. besttttt


haaaa yang ni mencabar sikit, bilik open air. hahahahaha. sebenarnya nye ada cerita kt sini. lepas dah lepak lepak sementara nak tunggu malam, kitorang nak dinner dengan member kt town Gili. so, kitorang pun kunci la pintu bilik air ni, ye la takut orang masuk sebab bilik air open air kan.. sekali, malam tu pintu bilik tu terkunci. kitorang terpaksa panggil orang chalet untuk bukak. dia kena panjat tangga dari bilik air ni untuk bukak pintu bilik ni. ko rasa? tak cuak ke bila orang boleh panjat masuk dalam bilik. hahahahah, malam tu jugak kitorang minta tukar ke bilik yang lain yang lebih secure. hahahaha. bilik lagi besar. katil besar muat 3 orang. Hahahahaha.

dinner malam tu. tak dapat nak makan stik2 ke sebab tak pasti halal ke tak, so kita makan je gerai kecik2 makcik2 yang jual. sedap dan murah.


Gili Trawangan.

perghhh seafood diorang. sedappppppp.

ice cream. try jugak ice cream ni. sedap.

ni la member yang kitorang jumpa. ada lagi girls tapi tak sempat nak selfie selfie.



Aku rasa tamat untuk hari pertama. Panjang giler. next entry nanti memang penuh gambar sebab snorkeling yeay. Cantik giler coral kt Lombok. Tasabar next entry. Hahahahaha. Lombok, I Miss You lah!



xoxo n hugs
eimanhikmah