Sunday, September 4, 2016

438 Kenal diri dengan Travel

Sunday, September 4, 2016
Hi,



Macam biasa, update entry celam celup. Banyak update kt instagram. Kadang kadang kalau rasa nak share kt facebook, baru share kat facebook. Kat blog, dah jarang jarang nak update tapi ada niat nak update semua bila ada masa. Bila? Ntah la. Hahaha. Aku ada apply cuti time bulan  10, tak tau lagi approve ke tak. Gigih tak apply cuti sebab nak update blog. Hahahaha. Kata cuti banyak lagi kan. Cam hari tu, aku apply cuti pergi Pulau Perhentian 5 hari tapi tolak annual leave 2 hari je. Memang seronok la. Hehehe. Banyak lagi balance ni. Dah nak hujung tahun ni. Hujung tahun of course holiday lagi dengan family pulak. InsyaAllah.



Sejak terjebak dengan aktiviti travel mentravel ni, aku rasa life aku best sikit. Aku lebih fikir diri aku. Malas nak serabut hal lain. Aku cam lebih positive. Tapi ada je orang nak menegative kan aku. Bagi aku positive tapi ada orang lain rasa negative. Camner tu? Hahaha. Dulu aku negative giler dengan orang yang selalu travel, rasa menyampah sebab dia cerita travel dia. Ye la kan, kita tak pernah pergi kan. Jeles seyhhhh. Hahahaha. Ngaku je la ko jeles. Hikhikhik. Tapi bila dah terjebak dengan travel, baru tau rasa perasaan tu. Best rupanyaaaa. Hahaha. Tiap kali balik travel, cepat2 cari tiket untuk next travel. Hahaha. Duit habis dengan travel je. Hahaha.




Tapi aku takde la travel jauh jauh naw naw pun. Ada tempat yang aku dah pergi pastu pergi lagi. Yang best nya, walaupun dah pergi tapi feeling setiap kali pergi tu berbeza. Setiap kali pergi tu aku rasa lain. Cam pergi Bandung, dulu pergi dengan family, 1st time pergi, memang dah seronok dah. Pastu hari tu, pergi lagi dengan kawan2, beronok ronok weh. Hahaha. Sebab kepala boleh hua hua hua kan. Pastu pergi Pulau Perhentian. Dulu bulan 5 dah pergi dengan kawan2 jgk. Seronok jgk. Pastu pergi lagi akhir bulan 8, kira sambut Merdeka kat pulau. Pun beronok ronok jgk. Alhamdulilah, jumpa kawan sekepala.



Kadang kadang bila ada kat dunia asing, jumpa orang baru, baru kita kenal diri kita. Kenal tak kenal sangat la, tapi at least baru tau ohh camni rupanya. Tapi nanti balik dari travel, patah balik ke diri yang dulu. Hahahaha. Jumpa balik orang yang sama. Persekitaran yang sama. Nak berubah tu cam hahampes la jugak. Hahaha. Tapi ada kesedaran la. Gittew.



Aisshhh tak sabar untuk next travel. Lama lagi nak tunggu ni. Mau panas bontot aku. Hahaha. Cuti bulan 10 tu nak wat ape ek. Huhuhuhu. Jalan jalan dalam Malaysia pun boleh la. Hikhikhik



Tapikan kenapa aku taip entry cam IIUM Confession yang glemer kat facebook tu eh. Hahahaha.







xoxo & hugs
eimanhikmah

1 comment:

Scdha Sein (SS) said...

Kalu dah tak de tempat nak pegi... jenjalan dekat pon jadi laa eh... he he he....