Sunday, March 6, 2016

431: Panas Lit Lit

Sunday, March 6, 2016
Hi,




Pagi2 sempat brunch sebelum pergi kerja. Tapi tu brunch la. Brunch pun makan KFC pastu makan JM Beriani pulak. Hahaha hamek kooo. Kenyang gilerrr. Balik dari brunch sempat la masak untuk bekal untuk pergi office. Masak time dah kenyang aku masak ikan sambal je, sayur sayur semua malas nak masak.  Bila sampai office, aku rasa alaa mcm tak cukup pulak. Tamak betul. Tapi aku cukup la kot. Ikan tu 3 ekor gemuk gemuk cm aku. Hahaha.




Tadi keluar rumah dekat kul 10pagi. Time ni memang dah panas lit lit. Memang mengcengkam kulit la. Terus pening kepala aku. Dah la makan kt bahagian luar JM Beriani. Kipas pun tak rasa. Masuk pulak Mydin, sejuk pastu kuar Mydin terus panas semula. Rasa nak migrain kepala aku. Cuaca panas kering, duit dalam dompet pun kering. Semua benda nak kering. Huhuhuhu.





Sekarang cuaca memang panas giler. Jalan raya pun kering berdebu weh.  Bibir aku pun dah kering walaupun minum air dah banyak dalam sehari. Masuk banyak tapi kuar pun banyak jugak. Hahaha. Selalu aku pasang air-cond dalam kereta level 1 je. Tapi sekarang kena level 2. Baru rasa. Tapi rasa bersyukur sebab kerja dalam office. Office ni punya air-cond sejuk macam kt peti ais. Hehehe.





So time2 cmni semua orang kena jaga diri. Aku tengok ramai budak2 kecik sakit sakit. Orang tua pun sakit sakit. Aku pun sakit. Sakit hati. Hahahaha.







xoxo!
eimanhikmah

6 comments:

Nurhidayu said...

Memang skrg musim panas..saya sakit tekak pun tak baik2 lg ni...

Tq wish smlm😉

Fyda Noh said...

Panas2 ni memang bahaya sebab boleh menyebarkan banyak penyakit. Bulan 4 ni kan berakhir el-nino?

wahida said...

mmg musim panas sgt skrg ni...kalau hujan pun sekejap sgt...huhu...

edda(",) said...

lit littt...=)

adianiez AIDA said...

aida ni da masuk minggu ke3 kurang sihat.
demam da ok.
tapi pening kepala.
hu hu hu badan sakit2 la plak.

Lynndamya said...

Salam, haahaha lawak lah entry kau ni..tu lah, mmg kena jage diri lah cuaca tak menentu camni...ni pagi tadi panas, petan dah mcm mendung lah pulak...tp takpe, stabil sikitlah dah panas2 lepas tu hujan...zzzz