Saturday, March 5, 2016

430: 2 Months To Go

Saturday, March 5, 2016
Hi,



Hari ni nak bebel ape ek. Kerja kerja kerja. Tak habis2 kerja je memanjang. Bangun pagi, masak bekal nak bawak pergi office. Sementara tunggu ayam masak, kita makan sayur goreng dulu. Diet kate kooooo. Hahahaha. Lama lama kan, baru aku perasan aku cam tak boleh sangat sayur mentah2. Cam hari tu, aku belilah salad sampai 2 ikat. Konon2 nak jadikan ulam kalau makan dengan ayam goreng ke kan. Tapi lepas tu aku takleh makan, rasa loya time makan. Memang mereput membusuk je la salad tu atas peti ais. Kikikiki. Nak tau sapa yang curi makan salad aku tu. Budak Boro. Hahahaha. Suka pulak dia makan salad tu. Aku perati je dia makan salad aku sampai sepah sepah lantai. Huhuhu.




Kalau brokoli pulak. Sayur ni bukan masak lama lama kan. Dia masak gitu gitu je. Masak gitu gitu pun aku takleh makan gak. Dia macam muak sikit. Lepas ni non hado la aku nak beli brokoli dengan salad lagi. Aku rasa aku dah hantu kobis. Sedap nyeee kobis goreng ikan bilis. Yummmyyyy. Lepas tu kan, aku rasa dah terkena dengan sindiket telur palsu la. Hari tu aku rebus telur tu 3 bijik, pastu nak kopek aku tengok telur bujur habis, maknanya takde ruang udara langsung. Memang terus ke tong sampah la jawabnya. Aishhh rugi2 beli sepapan hari tu. Tapi ada lagi dalam peti ais tu aku tak buang lagi yang belen belen tu.  Sayang tapi taknak makan pun sebab takut nak makan. Beli kt mana? Alamak takut pulak nak kabor. Kalau nak tau ciri ciri telur tipu ni boleh google je. Huhuhuhu.




Sekarang ni menu makan memang sayur dengan ayam je. Nak kurangkan makan nasi dengan minuman bergula. Ikan makan jarang jarang sebab kureng sikit makan ikan. Ke sebab ikan tu tak fresh ke apa ntah. Ke sebab tak reti masak ke  ntah la. Hahahahaha. Bila aku makan dia rasa cam tak sedap.  Rasa tawar je. Hahaha. Lagipun masak ayam yang senang. Hehehe. Letak atas magic pan terus jadi ayam bakar. Pastu terus boleh ngap. Hehehehe.





Apa yang 2 months to go. Biar aku je la yang tau. Hewhewhew. 








xoxo!
eimanhikmah

4 comments:

Zie Madini said...

aah kan...apa yg 2 month to go to awak. teringin plak nak tahu. hehehe.

miss eimanhikmah said...

kikikiki tgu je la 2 bulan tu apa..malu nk bgtau..

Fyda Noh said...

Kalau dari entry nampak macam nak turunkan berat. betul ke?

adianiez AIDA said...

apende lagi 2 bulan tu ?
kabo ler :)