Thursday, February 25, 2016

424: Siapa Pernah Kena Kencing Kotor?

Thursday, February 25, 2016
Hi,



Setelah off day 3 day mereput  takde buat apa. Takde buat apa sampai aku tak kuar rumah untuk amik air untuk minum. Aku memang amik air tapis kt mesin kt depan kedai bawah rumah aku tu. Sebab faham2 la air paip kt KL ni karat semacam. Kalau simpan air lama2, bekas yang kite guna tu pun boleh kuning. Nak guna masak pun geli weh. Aku nak pasang water filter kt paip tapi tak reti dan paip pun jenis biasa je. So gigih la amik air kt mesin tu. Aku ada 4 botol besar, 2 botol yang 9.5liter dan 2 botol lagi yang 5liter. Kalau amik guna 4 botol ni, tahan la 1 minggu lebih paling tak pun 2 minggu.





Memandangkan semalam kurang minum air, so sekarang ni aku dah rasa tak selesa kt pundi kencing. Aku tak suka bila kena camni sebab dia rasa senak senak camtu. Tahun lepas aku pernah kena camni gak sampai takleh jalan. Sampai kena rehat kt sickbay dalam 3 jam cmtu. Bila aku tanya, orang cakap tu tanda2 kencing kotor. Euwwwww kencing kotor ke. Aku pun pergilah klinik jumpa doctor pastu kena wat test air kencing. Malu gilerrr sebab nanti doctor akan tengok dan pegang air kencing kita dan dia akan celup satu kertas penanda kencing kotor tu. So aku result kencing kotor tu yang mild2 je. Belum tahap kritikal lg. Legaaa. Tapi sejenis manusia degil, ubat doctor bagi tak makan pun. Hahahaha.





Cara aku nak hilangkan rasa sakit kencing kotor, aku flush dengan air masak berliter2. Tapi sekarang baru minum 2 liter lebih. Tapi rasa dah ok sikit. Orang perempuan memang selalu kena kencing kotor. Minum air manis banyak2 pun boleh kena kencing kotor tau. Tak minum air banyak pun kena kencing kotor. Aku yang kena mild2 je pun rasa senak ya amat, apatah lagi la orang yang memang kencing berdarah tu. Macam kencing darah period je. Seraammmmm. Hari tu ada satu rancangan kat TV, ada ke dia cakap kencing kotor sama cam kencing manis. Aisshhhh takde pengetahuan am betul. Hahahaha.





So, orang perempuan kena beware yer. Walaupun kena sikit je, tapi lepas tu jangan kena lagi. Kena kencing kotor berkaitan dengan organ yang penting bagi orang perempuan kannn yang ehem ehem tu. Hehehe.







xoxo!
eimanhikmah

3 comments:

aRz MoHa said...

Kencing kotor tanda yang tidak baik. Banyakkan minum air bersih k.

Jangan lupa selawat

Scdha Sein (SS) said...

good tips...

BTS said...

ohh... for ladies ea?