Thursday, February 18, 2016

421 UP : Kisah Impian Carl dan Ellie

Thursday, February 18, 2016
Hi,



Aku nak sangat hari ni berlalu dengan cepat. Sebab apa, sebab esok aku off day. Kikikiki. Tak sabar nak balik rumah golek2 depan tv sambil2 makan2. Tapi dalam banyak2 benda, aku craving milo. Kecik besar kecik besar aku tengok milo atas peti sejuk. Diet la kata ko, tak makan minum manis2 ni. Hehehehe. Verangan lebih, kurusnye tak pun. Hahahaha




Tadi masa drive, aku terdengar lagu Timeless dari Kelly Clarkson & Justin Guarini terus aku teringat movie kartun UP. Alaaa kisah orang tua yang bawak naik rumah guna banyak2 belon pergi satu gunung tu. Orang tua tu nama dia Carl. Dia kerja sebagai penjual belon je. Tapi hidup dia dengan isteri dia, Ellie bahagia je. Diorang ni berkenalan dari kecik, bila dah besar diorang pun kahwin. Walaupun hidup biasa2 tapi diorang ada impian yang nak dicapai bersama2. So dengan hasil duit diorang yang ada, diorang kumpul duit untuk mencapai impian diorang tu. Sebenarnya ini impian Ellie. Ellie nak sangat pergi ke Paradise Falls yang ada kat Amerika Selatan. So one day, Carl beli la tiket kapal terbang dan nak serahkan kepada Ellie tapi masa tu Ellie dah tua dan tenat. Tak lama lepas tu Ellie meninggal dunia sebab sakit. Ellie tak sempat pun nak pergi ke Paradise Falls tu. Uwaaaa sedihhhhh.

saat saat bahagia Ellie dan Carl

so cuwiiitttttt
time ni Ellie sakit. Ellie tak boleh mengandung. tak lama lepas tu Ellie meninggal dunia. sob sob sob



Carl sangat sedih sebab Ellie meninggal dunia, so dia decide untuk menyendiri je. Tapi rumah yang dia duduk bakal kena roboh sebab kedudukan rumah tu dalam projek perumahan. Dia sayang nak tinggalkan rumah dia tapi dia terpaksa. Tapi dia dapat idea, dia nak terbangkan rumah dia guna belon. Belon yang banyakkkkkkk gilerrrr. So terbanglah rumah dia menuju ke Paradise Falls kat Amerika Selatan. Dan penerbangan rumah dia ditemani budak lelaki gemuk yang comel. Hehehehe. Tapi Carl kan tak suka ada orang lain, dia berusaha nak halau budak ni tapi budak ni ada je dengan dia. Macam2 halangan dia nak sampai ke Paradise Falls tu. Last2 Carl jadi sayang kt budak gemok tu dan akhirnya dia sampai ke Paradise Falls impian isteri dia. Hukhukhukhuk time ni cam sedih sikit sebab dia berjaya tunaikan impian isteri dia walaupun isteri dia dah takde.

ni tabung diorang nak ke Paradise Falls. aku ada gak tabung cmni, tapi nak wat beli benda lain. kikikiki



Kenapa tiba2 aku teringat movie ni. Ehmmm ntah la. Just nak bagitau, setiap orang ada impian. Dan kadang2 impian tu kita nak capai sama2 dengan pasangan kita. Kita kena sama2 berusaha untuk tunaikan impian tu. Macam Carl tu, walaupun isteri dia dah takde, tapi dia tetap tunaikan impian isteri dia. Kadang2 impian kita besar tapi kita tak dapat nak tunaikan masa tu jugak. So kita kena berusaha untuk sama2 capai. Tak boleh nak harapkan sorang je. Cepat tu rezeki, lambat tu takdir. Dan kadang2 impian kita kecik je dan kita berharap impian kecik tu boleh ditunaikan segera. Segera pun tak segera mana, setakat yang mampu. Hehehe.

ni la Paradise Falls. bila Carl dah terbangkan rumah dia, bila dia sedar2, dia betul2 dah sampai ke Paradise Falls betul2 atas waterfall tu. 



Tapi kadang2 kita kena melupakan impian kita sebab kita tak mampu nak buat sorang2. Hukhukhuk. Yang ni sedih. Impian apa tu, aku malu nak mention kt sini. Ngeh ngeh ngeh. Sebenarnya bukan lupakan tapi ntah la, belum masanya kot. Terasa diri dah tua, dah matang. Hehehehe. Eh panjang pulak membebel hari ni. Tengok, dari sebuah lagu ke synopsis pastu tercerita pasal impian aku. Hehehehe. Tapi impian aku, kalau kahwin, aku nak sangat ke Australia tengok Great Ocean Road. Ala ala Paradise Falls jugak tapi ni kt Australia. InsyaAllah, to whom it may concern, please take note. Kikikiki. Verangan tak habis2 verangan eiman oiii. Kikikiki



Great Ocean Road. agak2 boleh sampai tak dengan pasangan. InsyaAllah.





xoxo!

eimanhikmah

11 comments:

uL Nida said...

Ok tetibe nak pergi Great Ocean Road tu jugak... cantik ok.. wajib pergi untuk tengok dengan mata sendiri.. heee

Mr. Saboler said...

Emmm.. nak tanye.. 421 tu bilangan post yang dah post dalam ni ke.

miss eimanhikmah said...

uL Nida : kannn..cantik kannnn...tu yg teringin nak pg tu..hehehe

miss eimanhikmah said...

Mr. Saboler : ha a no entry...saje buat cmtu..nampak teratur..hehehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

sronokla ea harini dia cuti..hihi..

tp crita ni xpnh yui tgk..truk benor rasanya diri ni..huu

Apijol said...

bestnya impian awak. semoga tercapai okey. impian saya? impian saya adalah untuk memenuhi semua impian awak. kahkahkah..

bye

miss eimanhikmah said...

nuyui a.k.a miss YUI : smlm cuti...hr ni keje..hehehe..nti tgk tau movie ni..bestt...

miss eimanhikmah said...

Apijol : amboi..boleh je nak penuhi impian sy,jom kumpul duit..hehehe

dwatyKNY said...

Salam singgah... semua org mengimpikan dapat pasangan yg sehati sejiwa... Insya Allah . Sampaila tu... :)

nini said...

Aloooo suwitttt...ttiba xam sedih lak....hihi

adianiez AIDA said...

aida suka tgk kartun ni. tajuk up, kan?
and ada satu lagu kat fb few days ago, background nyer kartun ni.
sedih. pasal asben and wife...