Monday, February 29, 2016

427: Happy Leap Day 2016

Monday, February 29, 2016
Hi,



Yeayyy hari ni 29Feb 2016. Sekali dalam 4 tahun baru jumpa tarikh ni tau. Nanti kena tunggu 2020 baru jumpa lagi date ni. Dulu masa sekolah rendah ada ustazah aku besday dia 29 Feb. Aku tanya la dia, camner ustazah sambut besday. Dia cakap dia tak sambut besday. Ye la kan ustazah kan mana sambut besday. Kikikiki. So persoalan aku tergantung sampai sekarang. Aku nak tahu cmner orang yang lahir 29 Feb ni sambut besday. Diorang sambut 4 tahun sekali atau tiap2 tahun. Kalau tiap tahun, sambut bila. 28 Feb or 1 March. Sape2 tolong jawabkan. Hehehehe. Request besar ni.



Setakat ni aku takde la pulak kawan2 yang lahir 29 Feb ni. So memang takde experience diorang ni sambut besday cmner kan. Tapi aku baca dalam Wikipedia, sape2 yang lahir 29 Feb ni akan celebrate besday pada 28 Feb or 1 Macrh. Tapi cm best la kan. Sebab bukan tarih sebenar. Huhuhuhu. Kesian la diorang2 ni. Tapi kire istimewa la kan. Tak semua orang dapat tarikh lahir 29 Feb. Pasal sejarah 29 Feb ni sila google sendiri yek. Heheheh.



Happy Leap Day Everyone!


 



xoxo!
eimanhikmah

Sunday, February 28, 2016

426 : God of Egypt :Inspirasi Jubah Hipster Abg Sado

Sunday, February 28, 2016
Hi,


Hari tu tengok thriller movie God of Egypt. Rasa cm best gilerrr. Excited nak tengok. Sekali semalam ushar2 tiket online. Ohhh dah kuar dah movie ni. So meh la kita tengok movie. Sekarang ni takde benda lain kalau pergi dating. Wayang wayang wayang. Tak bosan. Nasib baik memang minat sama kan. Kalau aku teruja sebab nak tengok Gerard Butler je. Aku memang suka dia ni. Badan dia yang sado tu phewww tergodaaaa. Hahaha. Dari movie Gerard Butler Olympus Has Fallen, and next time ada London Has Fallen pulak. London Has Fallen ni best gak ni




God of Egypt ni pasal perebutan kuasa. Set (Gerard Butler) ni pak sedara kepada raja baru. Dia bengang sebab dia tak jadi raja. So dia bunuh former king iaitu abang dia sendiri. Pastu dia cabut mata anak sedara dia (Horus) which is raja baru tu. Dia cakap raja2 ni tak membangunkan Negara. Memberi perjanjian boleh masuk Afterlife dengan buat baik je. So bila Set dah rampas kuasa, dia ni rampas harta2 rakyat dia dan rakyat dia kena jadi hamba abdi. Tapi ada satu rakyat dia yang berani pergi curi anak mata Horus dia pastu bagi balik kt Horus. Bila Horus dah ada mata walaupun sebelah, dia nak pergi balas dendam kt Set. So ada aksi gaduh2 terbang2 cium2 untuk balas dendam Horus kepada Set ni. Hehehe.



Aku kalau tengok wayang, benda tak lawak pun aku boleh gelak. Sebab bagi aku kelakar. Skrip movie ni simple2 je. So mudah faham. Takde la pening2 nak faham. Pastu Hathor tu konon2 heroin la dalam movie tapi tak serupa heroin, jalan kasar nak mampus. Hahaha. So bagi aku movie ni best gak laa. Aku bagi 4 bintang. So sape belum tengok, pergi la tengok yer.







Sape perasan pasal jubah hipster yang tengah viral yang abam2 sado pakai tu. Same tak cam jubah Thoth ni. Hahahaha.









Adoi cakap la inspirasi dari Thoth ni. Kelakar la korang ni. Hahahaha.





xoxo!
eimanhikmah

Friday, February 26, 2016

425: Aku Pun Punya Perasaan

Friday, February 26, 2016
Hi,

Selamat hari jumaat. Petang2 baru update. Member buat potluck pulak. Tak dapat nak elak. Ikan siakap masak sambal pelecing khas dari Lombok. Vavavaa. Sedap nye la hai. Memang menggugat iman orang tengah berdiet. Hari ni fefeling lemau sikit. Hari jumaat kan. Aku rasa sendu sedan je ni. Tapi tak terluah. Aku pun punya perasaan. Harap faham lah. Bukan ko sorang je ada perasaan. Kita layan kan je la lagu feveret ni. 



"Locked Away"
(feat. Adam Levine)


If I got locked away
And we lost it all today...
Tell me honestly...
Would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly
Would you still love me the same?

[R. City:]
Right about now...
If a judge for life me...
Would you stay by my side?
Or is ya gonna say good-bye?
Can you tell me right now?
If I couldn't buy you the fancy things in life
Shawty, would it be alright
Come and show me that you are down (ah-ha)

Now tell me would you really ride for me? (would you really ride for me?)
Baby, tell me would you die for me? (tell me would you die for me?)
Would you spend your whole life with me? (what's up?)
Would you be there to always hold me down?
Tell me would you really cry for me? (would you really cry for me?)
Baby, don't lie to me (baby, don't lie to me)
If I didn't have anything... (what's up?)
I wanna know would you stick around?

[Adam Levine:]
If I got locked away
And we lost it all today...
Tell me honestly...
Would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly
Would you still love me the same?

[R. City:]
Skiddly-dong-dong-dong dang
All I want is somebody real who don't need much
A gal I know that I can trust...
To be here when money low
If I did not have nothing else to give but love...
Would that even be enough?
Gal, meh need fi know (ah-ha)

Now tell me would you really ride for me? (would you really ride for me?)
Baby, tell me would you die for me? (tell me would you die for me?)
Would you spend your whole life with me? (what's up?)
Would you be there to always hold me down?
Tell me would you really cry for me? (would you really cry for me?)
Baby, don't lie to me (baby, don't lie to me)
If I didn't have anything... (what's up?)
I wanna know would you stick around?

[Adam Levine:]
If I got locked away
And we lost it all today...
Tell me honestly...
Would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly
Would you still love me the same?

[R. City:]
Tell me, tell me, would you want me? (want me)
Tell me, tell me, would you call me? (call me)
If you knew I wasn't ballin'
'Cause I need a gal who's always by my side...
Tell me, tell me, do you need me? (need me)
Tell me, tell me, do you love me yea?
Or is ya just tryna play me?
'Cause I need a gal to hold me down for life...

[Adam Levine:]
If I got locked away
And we lost it all today...
Tell me honestly...
Would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly
Would you still love me the same?

If I got locked away
And we lost it all today...
Tell me honestly...
Would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly...
Would you still love me the same?

Would you still love me the same?


xoxo!
eimanhikmah

Thursday, February 25, 2016

424: Siapa Pernah Kena Kencing Kotor?

Thursday, February 25, 2016
Hi,



Setelah off day 3 day mereput  takde buat apa. Takde buat apa sampai aku tak kuar rumah untuk amik air untuk minum. Aku memang amik air tapis kt mesin kt depan kedai bawah rumah aku tu. Sebab faham2 la air paip kt KL ni karat semacam. Kalau simpan air lama2, bekas yang kite guna tu pun boleh kuning. Nak guna masak pun geli weh. Aku nak pasang water filter kt paip tapi tak reti dan paip pun jenis biasa je. So gigih la amik air kt mesin tu. Aku ada 4 botol besar, 2 botol yang 9.5liter dan 2 botol lagi yang 5liter. Kalau amik guna 4 botol ni, tahan la 1 minggu lebih paling tak pun 2 minggu.





Memandangkan semalam kurang minum air, so sekarang ni aku dah rasa tak selesa kt pundi kencing. Aku tak suka bila kena camni sebab dia rasa senak senak camtu. Tahun lepas aku pernah kena camni gak sampai takleh jalan. Sampai kena rehat kt sickbay dalam 3 jam cmtu. Bila aku tanya, orang cakap tu tanda2 kencing kotor. Euwwwww kencing kotor ke. Aku pun pergilah klinik jumpa doctor pastu kena wat test air kencing. Malu gilerrr sebab nanti doctor akan tengok dan pegang air kencing kita dan dia akan celup satu kertas penanda kencing kotor tu. So aku result kencing kotor tu yang mild2 je. Belum tahap kritikal lg. Legaaa. Tapi sejenis manusia degil, ubat doctor bagi tak makan pun. Hahahaha.





Cara aku nak hilangkan rasa sakit kencing kotor, aku flush dengan air masak berliter2. Tapi sekarang baru minum 2 liter lebih. Tapi rasa dah ok sikit. Orang perempuan memang selalu kena kencing kotor. Minum air manis banyak2 pun boleh kena kencing kotor tau. Tak minum air banyak pun kena kencing kotor. Aku yang kena mild2 je pun rasa senak ya amat, apatah lagi la orang yang memang kencing berdarah tu. Macam kencing darah period je. Seraammmmm. Hari tu ada satu rancangan kat TV, ada ke dia cakap kencing kotor sama cam kencing manis. Aisshhhh takde pengetahuan am betul. Hahahaha.





So, orang perempuan kena beware yer. Walaupun kena sikit je, tapi lepas tu jangan kena lagi. Kena kencing kotor berkaitan dengan organ yang penting bagi orang perempuan kannn yang ehem ehem tu. Hehehe.







xoxo!
eimanhikmah

Sunday, February 21, 2016

423 Malas Nak Jaga Jodoh Orang

Sunday, February 21, 2016
Hi,



Selamat berhujung minggu. Aku berhujung minggu kt office lagi. Hehehe. Takpe2, don’t worry. Esok aku off day 3 hari. Yuhuuuuuu. Adalah plan esok InsyaAllah kalau jadi. Ngeh ngeh ngeh. Semalam whatapps active sangat tapi aku tak baca semua pun. Sampai sekarang pun ada yang tak baca lagi sebab nanti la baru baca. Busy sangat gamaknya. Wuwuwuwuw.










Semalam group aku satu ni post gambar ni. Aku terkedu kejap. Pastu aku gelak. Taknak tapi kadang-kadang benda tu reality. Vavavavava. Aku taknak komen panjang2. Ntah la. Aku reply emoticon gelak sampai kuar air mata tu je pastu kitorang borak pasal benda lain dah. Hahaha. Dalam group tu ada 4 orang je pun. Sorg dah bertunang, sorang dah couple lama (akulah orang nya) dan dua orang single lagi. Yang single dua orang ni la yang mengiyakan post tu. Aku dengan lagi sorang tu reply emoticon gelak tu je. Hahahaha.






Kalau korang perasan, kat FB banyak post2 pasal jodoh ni. Ada quotes cmni, ‘Ya Allah, jikalau dia jodohku, maka dekatkan la kami. Kalau jodoh dia dengan orang lain, jadikan aku orang lain itu’. Hahaha. Betul la kan. Doa kepada Allah semoga dipermudahkan. Mesti la kita nak jodoh dengan orang yang kita sayang. Dah couple lama-lama tapi tak sampai jodoh pulak. Faham, dah takdir. Tapi kena la berusaha jugak. InsyaAllah. Berharap ada jodoh.




Takmo komen lebih2. Aku pun belum bertemu jodoh lagi. Umur dah meningkat. Sape tak takut kan jadi anak dara tua. Takpe, umur tua tapi muka babyface. Hahahaha. Matilanakkkk kalau ada yang ketawa guling guling. Enjoy je life sekarang ni. Hadap je semua. Aku pun bukan orang jahat kan, tau lah Allah nak jodohkan dengan siapa. Yang penting orang baik2 jugak. Dan kalau boleh memang nak dengan orang yang selalu dengan aku tu. InsyaAllah. Amin!



Aishhhh pagi2 ahad dah cerita jodoh. Aisehhhhmennnnn.



xoxo!
eimanhikmah

Saturday, February 20, 2016

422 Kisah Baju Belang Belang Aku

Saturday, February 20, 2016
Hi,



Kadang2 menaip sorang2 depan computer rasa syok pulak. Hehehe. Tu namanya syok sendiri. Kerja banyak tapi sempat lagi menaip. Kikiki. Oppss bukan curi tulang, kerja tak masuk2 lagi. Biasa la keje ikut queue ni kan. Aku rasa menggigil sebab rasa lama tak berjalan2. Orang cuti raya cina hari tu, aku duk sibuk keje, bila ada cuti sikit, terus rasa nak berjalan jauh sikit. Tu pun kalau plan jadik la. Hehehe.




Lepas tu sempat belek2 gambar, aku kan banyak sangat baju belang2. Hahaha. Memang banyak gilerrr la. Kalau perasan, setiap kali aku up gambar mesti pakai baju belang2. Alamakkkkkk. Aku pergi kerja rasa eh lantak la baju nak belang2 ke apa ke. Hahaha. Kes malas, main sarung je baju yang ada kt rak. Baju corak2 tu ada je tapi malas nak gosok kaedah nya. Kikikiki. Tapi rasa dah lama tak beli baju belang2. Rasa nak beli baju yang plain2 je. Tapi baju belang2 ni yang selesa nak wat pergi keje or jalan2 nk wat cmner kannnn. Huhuhuhu.


Deretan gambar gambar baju belang2 yang aku jumpa setakat ni.

masa ni tgh training kt office, baju biru belang2 hijau

Ni pun kt office ni, pagi2 sebelum start keje. baju belang hijau daun pisang

masa meround KLCC dengan member cari barang

food hunting jambu asam boi, baju biru belang2 putih

jalan kt penang, terserempak dengan Mia Ahmad. hehehe. Baju belang2 biru hitam

jalan2 kt Bandung Dusun Bamboo, Baju putih belang biru turqoise

jalan cameron highlands, baju biru belang putih

jalan2 cameron highlands lg. baju belang biru merah

kt office. baju hitam belang2 putih

kt tambak Pontian. baju biru belang putih

kt krabi makan pancake. baju biru cair belang2 putih

kt emerald pool. baju hitam belang putih

kt krabi sebelum island hoping. baju kelabu belang merah bata

kt pantai cahaya bulan. baju pink belang biru cair

kat PD, baju sama cam kat atas. hehehehe

training kt mid valley, baju biru gelap belang2 putih

kt bukit tinggi, baju kuning belang2 biru pekat

kt bandung. baju oren belang2 biru

kt kawah putih. baju sama kt atas jgk.

kt depan office. baju kelabu belang2 oren.


Ni baru sikit dari koleksi baju belang2 aku. Memang banyakkkkk. Hehehehe. Nak beli lagi banyak kalau jumpa.



xoxo!
eimanhikmah

Thursday, February 18, 2016

421 UP : Kisah Impian Carl dan Ellie

Thursday, February 18, 2016
Hi,



Aku nak sangat hari ni berlalu dengan cepat. Sebab apa, sebab esok aku off day. Kikikiki. Tak sabar nak balik rumah golek2 depan tv sambil2 makan2. Tapi dalam banyak2 benda, aku craving milo. Kecik besar kecik besar aku tengok milo atas peti sejuk. Diet la kata ko, tak makan minum manis2 ni. Hehehehe. Verangan lebih, kurusnye tak pun. Hahahaha




Tadi masa drive, aku terdengar lagu Timeless dari Kelly Clarkson & Justin Guarini terus aku teringat movie kartun UP. Alaaa kisah orang tua yang bawak naik rumah guna banyak2 belon pergi satu gunung tu. Orang tua tu nama dia Carl. Dia kerja sebagai penjual belon je. Tapi hidup dia dengan isteri dia, Ellie bahagia je. Diorang ni berkenalan dari kecik, bila dah besar diorang pun kahwin. Walaupun hidup biasa2 tapi diorang ada impian yang nak dicapai bersama2. So dengan hasil duit diorang yang ada, diorang kumpul duit untuk mencapai impian diorang tu. Sebenarnya ini impian Ellie. Ellie nak sangat pergi ke Paradise Falls yang ada kat Amerika Selatan. So one day, Carl beli la tiket kapal terbang dan nak serahkan kepada Ellie tapi masa tu Ellie dah tua dan tenat. Tak lama lepas tu Ellie meninggal dunia sebab sakit. Ellie tak sempat pun nak pergi ke Paradise Falls tu. Uwaaaa sedihhhhh.

saat saat bahagia Ellie dan Carl

so cuwiiitttttt
time ni Ellie sakit. Ellie tak boleh mengandung. tak lama lepas tu Ellie meninggal dunia. sob sob sob



Carl sangat sedih sebab Ellie meninggal dunia, so dia decide untuk menyendiri je. Tapi rumah yang dia duduk bakal kena roboh sebab kedudukan rumah tu dalam projek perumahan. Dia sayang nak tinggalkan rumah dia tapi dia terpaksa. Tapi dia dapat idea, dia nak terbangkan rumah dia guna belon. Belon yang banyakkkkkkk gilerrrr. So terbanglah rumah dia menuju ke Paradise Falls kat Amerika Selatan. Dan penerbangan rumah dia ditemani budak lelaki gemuk yang comel. Hehehehe. Tapi Carl kan tak suka ada orang lain, dia berusaha nak halau budak ni tapi budak ni ada je dengan dia. Macam2 halangan dia nak sampai ke Paradise Falls tu. Last2 Carl jadi sayang kt budak gemok tu dan akhirnya dia sampai ke Paradise Falls impian isteri dia. Hukhukhukhuk time ni cam sedih sikit sebab dia berjaya tunaikan impian isteri dia walaupun isteri dia dah takde.

ni tabung diorang nak ke Paradise Falls. aku ada gak tabung cmni, tapi nak wat beli benda lain. kikikiki



Kenapa tiba2 aku teringat movie ni. Ehmmm ntah la. Just nak bagitau, setiap orang ada impian. Dan kadang2 impian tu kita nak capai sama2 dengan pasangan kita. Kita kena sama2 berusaha untuk tunaikan impian tu. Macam Carl tu, walaupun isteri dia dah takde, tapi dia tetap tunaikan impian isteri dia. Kadang2 impian kita besar tapi kita tak dapat nak tunaikan masa tu jugak. So kita kena berusaha untuk sama2 capai. Tak boleh nak harapkan sorang je. Cepat tu rezeki, lambat tu takdir. Dan kadang2 impian kita kecik je dan kita berharap impian kecik tu boleh ditunaikan segera. Segera pun tak segera mana, setakat yang mampu. Hehehe.

ni la Paradise Falls. bila Carl dah terbangkan rumah dia, bila dia sedar2, dia betul2 dah sampai ke Paradise Falls betul2 atas waterfall tu. 



Tapi kadang2 kita kena melupakan impian kita sebab kita tak mampu nak buat sorang2. Hukhukhuk. Yang ni sedih. Impian apa tu, aku malu nak mention kt sini. Ngeh ngeh ngeh. Sebenarnya bukan lupakan tapi ntah la, belum masanya kot. Terasa diri dah tua, dah matang. Hehehehe. Eh panjang pulak membebel hari ni. Tengok, dari sebuah lagu ke synopsis pastu tercerita pasal impian aku. Hehehehe. Tapi impian aku, kalau kahwin, aku nak sangat ke Australia tengok Great Ocean Road. Ala ala Paradise Falls jugak tapi ni kt Australia. InsyaAllah, to whom it may concern, please take note. Kikikiki. Verangan tak habis2 verangan eiman oiii. Kikikiki



Great Ocean Road. agak2 boleh sampai tak dengan pasangan. InsyaAllah.





xoxo!

eimanhikmah

Wednesday, February 17, 2016

420 Wordless Wednesday : Jangan Curang

Wednesday, February 17, 2016



kikikikiki..saje nak up benda ni. Jangan curang2. Curang dengan kucing takpe. Hehehehe.


xoxo!
eimanhikmah

Tuesday, February 16, 2016

419 Like I'm Gonna Lose You

Tuesday, February 16, 2016
Hi,

Hari ni kita layan lagu je la. Aku macam biasa memang dah burn lagu ni dalam cd. Bukan aku, tapi partner burn kan dalam cd. Hehehe. Aku suka sangat dengan Meghan Trainor ni dari lagu badabes badabes lagi. Hahahaha. Tapi lagu badabes badabes dalam cd lain pulak. Huhuhuhu. Kalau nak dengar dua2 lagu, kena tukar2 cd pulak. Tapi dalam cd lagu Like I'm Gonna Lose You ni ada lagu Janam Janam dengan Gerua. Camner ni. Matilanakkk kalau semua lagu feveret. Nanti nak request burnkan dalam cd lagu2 feveret dalam satu cd je. Hehehe.


"Like I'm Gonna Lose You"

I found myself dreaming
In silver and gold
Like a scene from a movie
That every broken heart knows we were walking on moonlight
And you pulled me close
Split second and you disappeared and then I was all alone

I woke up in tears
With you by my side
A breath of relief
And I realized
No, we're not promised tomorrow

So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

[John Legend:]
In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know

So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets

Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow

[Both:]
So I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you

Hey
Whoa

I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna hold you
Like I'm saying goodbye wherever we're standing
I won't take you for granted 'cause we'll never know when
When we'll run out of time so I'm gonna love you
Like I'm gonna lose you
I'm gonna love you like I'm gonna lose you






xoxo!
eimanhikmah

Friday, February 12, 2016

418 Movie Deadpool : Feel The Love

Friday, February 12, 2016
Hi,




Siapa dah tengok movie Deadpool? Aku aku. Hehehe. Semangat tengok awal2. Selalunya jarang tengok movie yang baru release camni. Tapi aku tengok review movie ni besttttt. Semangat la jugak pergi tengok awal2. Sekali sampai TGV, amik kooo ramai gilerrr chinese. Beratur memang panjang. Tapi aku bajet, diorang tak tengok punya movie omputih. Yess tekaan aku betul sebab diorang lebih banyak tengok movie The Mermaid, Monkey King dengan The Eat. Sebab tu movie chinese. Biasa la kan, Gong Xi Fatt Choi kan, banyak release movie chinese je la. Kalau diorang tengok Deadpool confirm dah sold out dah tapi ada lagi seat untuk kitorang. Yeay yeay.


Beratur dalam 20 minit. Kitorang ingatkan nak redeem tiket free tapi seat untuk tiket free dah penuh pulak. Dan ada seat bawah jek. Line C. haaa memang mendongak la jawabnya. Beli je la. Nasib baik movie ni best woooooo. Aku dah la minat sangat Ryan Reynolds ni. Hikhikhikhik. Movie ni kelakar tau. Aku duk pakat gelak je. Sebab dia hero yang sengal2. Ada ke dia penat2 kumpul senjata nak pergi serang, pastu boleh tertinggal dalam teksi pulak. Hampeh betul. Dia hero yang kepoh. Asyik bercakap je. Hahaha. So movie ni, dari awal sampai akhir memang tak boring arrr. Kelakor sepanjang masa.




Apa kata korang pergi tengok dah. Tapi movie ni 18sx la. Jangan bawak kanak2. Kelakar tapi ganas. Huhuhuhu.






Comel kan posted Deadpool. Aku nak posing cm Deadpool tu tapi malu depan tu ramai orang. Hehehehe



ok bye!
eimanhikmah