Monday, January 11, 2016

408 Akhirnya Dapat Jugak Tengok Dilwale

Monday, January 11, 2016
Hi,



Orang duk canang sana sini tengok movie Dilwale. Akhirnya aku dapat tengok jugak. Hikhikhik. Ada hari tu, dah beratur nak beli tiket kt Wangsa Walk tapi tiket sold out. Cis. Padahal hari tu Khamis malam Jumaat tau, bkn malam weekend pun. Kenapa tak beli je tiket movie tu untuk esok malam? Memang tak la nak beli awal2, kang memasal ada hal ke esok malam, kan ke dah rugi. Kitorang kalau nak tengok wayang memang suka beli last minit. Hihihihi




Last2 hari sabtu lepas, baru dapat pergi tengok. Tapi tak tengok kt Wangsa Walk. Actually tak suka sangat tengok wayang kt Wangsa Walk sebab jalan nak ke wayang tu cam turun naik tangga. Lambat nak sampai. Hahahaha. Tengok la kt Lotus je. Boleh la Lotus je kan. Movie start kul 3pm tapi beli tiket kul 3.15pm. Tengok betapa last minit nye kan. Hahaha. Nasib baik time tu movie baru start dalam 4-5 minit camtu.




Ohhh rupanya camni jalan cerita movie ni. Tak sama langsung dengan cerita Diwale Dulhania Le Jayengge (alamak tak ingt ejaan betul) kikikiki. Tapi aku kagum dengan cinematography movie ni. Perghhh best giler. Nampak lebih HD. Ye la kan, dulu2 filer SRK dengan Kajol takde HD lagi. Tengok la movie tu kabur2 gitu. Sekarang dah cantik. Video klip Gerua memang terbaik.



Dilwale ni mengisahkan pasal percintaan Kaali dengan Meera iaitu anak kepada 2 kumpulan samseng. Ketua samseng ni adalah ayah Kaali dengan ayah Meera. Kaali suka Meera dari pandangan pertama lagi. Tapi Meera belum suka lagi. Kaali tak tau Meera anak ketua samseng Malik. Satu hari, Kaali nak pergi hantar jongkong emas, baru tau yang Meera adalah anak ketua samseng jugak. Kaali kecewa giler sebab Meera nak try bunuh dia. Tapi lama2 Meera sedar yang dia pun sukakan Kaali. So diorang plan nak bagitau ayah masing2 pasal percintaan diorang ni. Ayah Kaali boleh terima Meera tapi ayah Meera takleh terima Kaali. Tapi diorang plan nak bersemuka. Time bersemuka ni, aksi tembak2 menembak so ayah memasing pun terbunuh. Tapi Meera nampak cam Kaali yang bunuh ayah dia tapi sebenarnya tidak. Meera salah faham selama 15 tahun 4 bulan 10 hari. Gitu laaaaa ceritanye. 2jam 35minit, nasib baik best kan. Pecah perut muncit aku duk gelak2. Pastu touching2 sikit. Hehehehe.




Time tengok wayang ni, aku memang tergelak besar. Aku rasa aku sorang je yang gelak bagai nak rak. Aku duk gelakkan King. Diakan professor Virus dalam 3idiot. Bila jadi samseng kaler pink. Aku memang gelak besar la. Hahaha. Pastu aku gelakkan Jackie Shroff. Sebelum ni kan, kalau dia berlakon, dia la samseng paling ganas sekali. Tapi dalam Dilwale ni, dia jadi orang kelakar. Tapi dia nampak muda la. Hikhikhikhik. Botox ehhhhhh. 







ok bye!
eimanhikmah

10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

terbaik

nuyui a.k.a miss YUI said...

heee yui tak tgk lg..

miss eimanhikmah said...

nuyui a.k.a miss YUI : movie ni best sgt

miss eimanhikmah said...

Nurzakiah Hanum : terasa nk tgk lg je movie ni..hehehe

wahida said...

dalam pada semua org tgk dilwale, i tgk ip man 3...hahaha...sebab i tak minat sgt hindustan...hehe...

Fyda Noh said...

Memang demam Dilwale Sekarang ni.. Tp saya tak tgk lagi..

Falsya said...

Mmg best sgt kan..xpuas tgk tau2 jer mcm alaaaaa dh abis ker...hehe

miss eimanhikmah said...

wahida : sy tengok Ip Man 3 dulu pastu baru tengok Dilwale. dua2 pun best. Tapi star wars tak tengok lagi. hehehe

miss eimanhikmah said...

Fyda Noh : try la tengok. mmg layan habis la..janam janam janam

miss eimanhikmah said...

Falsya : ha a sama la. ehhh tak dah habis ke. alaaaa. walaupun time tu dah 2 jam tengok kan. hahahaha