Friday, January 8, 2016

407 Nasi Bajet

Friday, January 8, 2016
Hi,



Hari ni aku nak bebel pasal nasi bajet. Kat office aku ni ada beberapa tempat yang boleh pergi makan. Turun 2 tingkat dari office, ada mamak dengan restoran D’saji. Dalam tahun lepas, kedai mamak tu kena quarantine sebab kotor. Sampai ada jabatan buat spotcheck kebersihan. Bila aku tau, alamak kembang la jugak tekak nak makan situ lagi. Tapi kadang2 takde pilihan, aku  mengadap jugak la. Hahaha. Tapi baru beberapa kali. Sebab lepas spotcheck tu, kedai mamak ni nampak bersih dari selalu.



Kalau restoran D’saji tu pulak. Taraf makanan kt situ ala2 hotel. Kalau ko tengok mesti rasa semua nak makan. Nampak sedappppp tapi harga pun sedapppppp. Ko amik lauk ni sikit, sayur ni sikit harga dah dekat RM8++. Matilanakkkkk kalau hari2 camtu. Sebab kite mesti la berjimat cermat sekarang ni kan. Segala male mahal. Tu pun kadang2 makan kt situ, tak order air tau, sebab kalau order dengan air dah RM10+++. Pastu naik office, time wat kerja rasa alaaaa rugi tadi makan mahal2. Alaaaa takleh nak lepak2 ngeteh petang2 kang sebab dah lari bajet. Kikikiki.



Pastu kat bawah office pun ada orang jual2 jugak nasi berlauk. Pakcik ni dulu jual atas motow je. Dah siap bungkus2 semua, tinggal nak pilih nak bahagian mana je, dada ke kepak ke kaki je pinggang ke eh. Hehehehe. Gitu la. Dulu rate makan siap nasi, lauk dengan sayur dalam RM5.50 – RM6.50. Kira ok lagi la. Tapi sekarang diorang dah ada stall. Pakai payung bawah pokok. Time ni sekali dengan isteri (kot) dia berjual sekali. Kali ni jual secara buffet. Kita amik n bungkus sendiri. Sama jugak lauk cam amik dulu2 tapi rate harga cam mahal sikit. Kadang boleh kena sampai RM8++ - RM10++ jugakkkkk. Isk isk isk. Rasa nak menangis gak time bayar. Hukhukhukhuk.




Tapi sebelah kedai makcik pakcik ni, ada kedai nasi bajet. Mula2 aku tak perasan sangat. Lauk dia tak banyak sangat. Cuma ada ayam goreng kunyit, ikan keli goreng, daging goreng, telur goreng, pastu sekarang cam ada ikan sambal hijau dengan daging masak kicap. Ape2 lauk semua RM5.00 jeeeeee. Suke suke suke sebab murahhhhh. Bila tau dah yang murah, memang hari2 beli sini la. Tapi aku beli tanpa nasi. Sebab taknak makan nasi. So aku amik lauk je, selalu amik lauk ayam goreng kunyit dengan telur goreng je. Penuh polisterin tu dan penuh jugak la perut aku sampai ke malam. Alhamdulillah. Terima kasih kak sebab jual nasi murah2 untuk kami yang sedang berjimat cermat ni. Hikhikhikhik.

ni nasi bajet yang aku beli tapi takde nasi laaa. lauk ayam goreng n telur goreng je. Hihihihihi



Bila dah kenyang, mata terus layu wuwuwuwuwuwuw.




ok bye!
eimanhikmah