Thursday, January 7, 2016

406 Aku Kena Kencing!

Thursday, January 7, 2016
Hi,



Pagi2 dah mengarang. Amik mood sebelum mula kerja. Hehehe. Pagi2 keluar rumah dah jemmmmm. Tapi aku takde la stress sangat sebab aku takde la rushing sgt. Tapi bila masuk highway jemmmm lagik. Tapi mild jem je la. Hehehe. Sesampai LRT, masuk parking terus menapak pergi station LRT. Tapi aku rasa LRT hari ni problem ke ape ntah, ramai orang tapi LRT tak berhenti pun. Pastu aku dengar orang menjerit, ingatkan kain tersangkut kt escalator ke apa, rupanya ada KUCING tersangkut. Uwaaaaaa sedih aku tengok dia.



Mula2 aku dah perasan kucing ni time kt tangga lagi. Dalam hati aku, ehh sebijik Boro sebab kaler dia oren pastu ekor siap bengkok. Aku suka kucing ekor bengkok, comeyyyyyy. Tapi dia ni kurus keding sangat. Rasa menyesal sebab tak bawak makanan untuk dia. Dia jalan slow2 je pastu aku pun meninggalkan dia kt bawah. Mungkin dia mencari makanan or ibu dia. Sekali rupanya dia ikut sampai atas naik escalator. Time tu la dia sikit lagi nak tersepit kt situ. Kuku dia je tersepit sikit pastu ada polis bantuan stopkan escalator tu pastu angkat kucing tu turun. Lega hati aku. Awak ni Oyen (ehh tetibe bagi nama kt kucing tu), jangan la main2 kt escalator, bahaya laa. Main kt bawah2 je ok. Ada rezeki awak, mesti ada makanan untuk awak kt bawah tu. Takyah ikut orang2 pergi kerja naik LRT. Duk situ diam2 je.



Ni kisah budak Boro pulak. Ada satu hari tu, aku perasan dah yang pasir yak yak dengan syisyi kucing2 aku dah bau2 dah. Bau sengit la cmtu, meaning kena tukar la tu. Tapi rasa malas pulakkk. Tunggu esok je la sebab esoknye aku off day time tu. Sekali tengah layan2 movie, sekali si Boro ni melompat tepi pastu aku rasa sesuatu yang hangat mengalir tepi aku. Kena kencing woi. Sesuke hati dia je mengalirkan air buangan dia di tiak aku. Hahaha. Time tu memang takleh nak halau dia dah, kang halau dia lari mencecet2 dengan air2 kencing bersepah kang. Settle dia kencing, aku terus pergi toilet terus mandi. Hahahaha.



Boro memang cmtu, dia bukan kucing yang suka kencing sepah2 ni, dia pembersih. Bila dia tengok pasir syisyi dia tak memenuhi kehendak hati dia, dia akan kencing kt tempat yang ada aku. Maknanya dia akan kencingkan aku!. Hahaha. Redho je la mak nak. Takpe, demi mu aku sanggup. Hahahaha. Terus aku tukar pasir malam tu jugak. Huhuhuhu.




Nak marah pun takleh, dia bukan faham pun. Hahahaha. Buat muka mata cepet2 terus je peluk dia kuat2. Cayang sangatttttt.





Ok nak sambung kerja. Jangan nak mengular sangat. Kekekeke



ok bye!
eimanhikmah