Sunday, January 3, 2016

404 Selamat Pengantin Baru Ateh

Sunday, January 3, 2016
Hi,



Update blog berselang seli pulak hari nye. Busy ya amat. Tak sempat nak update hari2. Huhuhu. Hari ni nk up entry selamat pengantin baru kepada kakak aku. Majlis nikah 18 Dec pastu majlis sanding 19 Dec. Ini jugak family event yang buat aku busy sepanjang bulan 12. Hikhikhik.



Kesemua majlis berjalan dengan lancar. Majlis ni semua diurus oleh pengantin sendiri. Dari sekecik2 benda ke sebesar2 benda semua yang menjadi. Alhamdulillah. Aku tolong2 mana2 yang patut je. Tapi penat gak laaa. Berpanas berhujan time nak masak kenduri majlis nikah. Pengantin dah nak nikah dah, aku baru siap mandi. Hahahah. Kelakar betul time ni. Aku kuar2 bilik, tengok pak kadi dah nak akad nikah dah. Sikit lagi nak melepas tengok akak aku nikah. Nasib baik pak kadi tu memang kelakar sangat. Pak kadi turun menurun tu, dari along aku, sampai la kak teha aku dia nikahkan. Mintak2 time aku, sempat lah dia nikahkan jugak. Hihihihihi. Gatai.




Lepas majlis nikah, kitorang kemas2 rumah untuk majlis sanding esok pulak. Majlis sanding yang busy bebenor. Ramai sedara mare datang. Yang aku kenal, yang aku tak kenal semua datang. Tapi tetap meriah. Nasib baik catering, takde la busy sangat. Pastu memang upah kendarat, so kitorang adik beradik lebih kepada layan tatamu je. Bab makanan dah yang jaga. Seharian tak duduk, lepas majlis rasa nak putus kaki. Penat gilerrrrrrr. Tapi malam lepas majlis sanding, sempat la kitorang celebrate besday semua orang dalam family. Hahaha. Dapat kek free dari tukang kek yang kak teha aku order kek untuk majlis sanding dia. Terima kasih kak Syikin! Sedap sangat kek.



Aku ingt nak wat part by part. Tapi takpe la, sekali harung je la. Termasuk majlis belah lelaki kt KL. Kira masuk sekali je la. Heheheheeh. Meh layanzzzzz semua gambar.



dengan rakan2 sebaya.. hahahahahaha

with adik beradik semua

selamat pengantin baru ateh!


haaa ni tol. pengantin lelaki takleh melepasi tol selagi tak bayar tol. tu yang kitorang hulur tangan tu. hahahahaha. aku dapat 2 sampul. Kikikikiki

free styleeeeeee..

tengok along dengan kakak ipar aku pegang pinggan sebab time ni pinggan tak cukup. hahahaahahah. diorang kena p basuh kt dapur. Alhamdulillah. ramai tetamu memeriahkan majlis.

dengan adik beradik lagi.

dengan mak ayah, ank buah.

pramugari muslimah tengah pose ala2 model gemuk. hahahaha

sepupu sepapat makcik makcik..



Haaaa ni majlis  belah lelaki pulak kat Hotel Four Points By Sheraton, Puchong pada 26 Dec 2015.

dengan kak ya n kak ain. rakan2 sebaya aku jugak tu. hahahahaha. opsss baju aku dari Fleurs By Mrs Him Kak Diana Ishak. First time pakai walaupun dah lama beli. Cantik, ramai puji. 

posing2 dulu sebelum masuk dewan. hahaha

wefieeeeeeee with pengantin

keluarga besar baru. welcome to our family Uncle n Auntie

senget kiri...senget kanan..errrrrr hahahahaha.
tak heran pun penyanyi kt dpn tu. pengacara TV9 with hunny madu tuuuuu. wuwuwuwuwuw

selfie lagi. kak ain, kak ya, along, kak eda


Lepas makan2, kitorang semua lepak rumah abang aku kt Sepang. Makan2 lagi mee goreng pasar malam, semua orang balik ke rumah masing2 lepas Maghrib. Alhamdulillah. Semua selamat sampai ke destinasi masing2.

Next, turn aku dengan kak eda pulak. Hehehehe



ok bye!
eimanhikmah

No comments: