Friday, January 1, 2016

403 Bandung Holiday Day 4 & Last Day

Friday, January 1, 2016
Hi,



Selamat tahun 2016 semua! Aku nye tahun baru cenggitu2 je. Aku tengah keje ni. Hehehehe. Ko hado keje time new year. Aku letteww. Kerja dah siap, tinggal nak cabut je ni. Hehehehe. Tapi sebelum tu, aku nak update hari ke-4 kat Bandung hari tu. Tak siap lagi. Malam tadi aku boleh tertidow time layan2 tv. Sedar2 dah kul 1 lebih. Kikikiki. Azam tahun baru ni semoga tahun ni bertambah baik dari tahun sebelum ni. Amin!





Hari ke-4 kat Bandung ni. Pagi2 lepas breakfast kitorang terjah lagi Pasar Baru. Nak habiskan duit2 yang ada. Hehehe. Aku shopping telekung dgn backpack je kat sini. Jalan2 sini sampai lepas orang lelaki settle solat Jumaat. Memandangkan tak puas masa 1st day shopping sini, tu yang repeat balik. Jom la layannnn gambar.


ko tengok patung ni, kena pakai Qu Puteh Qu Puteh baru la putehhhhh. Hahahahaha. pastu rantai tu ganas gilerrr. Hahahaha
syurga laceeeeeee...



Dah siap2 shopping, lapar pulak. Yok terjah The Belacan Indonesia Cuisine.



luncheon kt sini. request dari along. sebab dia cakap sini sedap bak hangggg. 

menu2 yang ada. portion dia besar2. so kitorang order utk 3 orang makan je. tapi tetap kenyangggggg.


sementara tunggu lauk2 semua sampai selfie dulu laaaaaaa


lauk dah sampaiiiiii. mari makan

ada live band kt sini. terima kasih kt abg2 penyanyi yang nyanyikan lagu Judika untuk aku. Hehehehehhe



Lepas dah settle makan2 semua. Driver bawak pg Angklung Udjo Akademi. Katanya tempat orang2 Bandung main angklung. Dia cakap tempat ni memang have fun. So kitorang pun layankan je la. Sampai2 driver terus belikan tiket masuk. Tiket masuk dalam 100000RP sorang. Waktu show masa tu kul 4.30pm. So ada lagi sejam sebelum show start. Round2 dulu kat dalam ni. 





tu tiket masuk. mini angklung. comel.
kedai cenderamata angklung. tak beli apa2 pun sebab malas la nak shopping barang2 cengini. hahahahah 
round2 lagi.
haaa ni kelakor. aku amik gambar guna auto smile. bila tak smile, gambar tak captured. tapi memandangkan patung tu senyum, terus kamera captured gambar aku. Hahahahaha
haaa yang dalam fram tu pengasas tempat ni. UDJO. sebab tu nama tempat ni Angklung Udjo. dia dah meninggal dah. so tempat ni anak dia yang jaga. setiap orang yang masuk kena cas 100000RP. kayoooooo pokcik. hahahahaha


show dah start. ada wayang patung2 tu. tak faham orang tu cakap apa. cerita pasal sapa nak jadi ketua. aku faham bait2 ayat je. tapi kelakar la. aku bantai gelak je sebab patung tu kelakar. hehehe


haaaa yang ni show nyanyi n nari2. time ni ramai gilerrr budak2 tu. semua ni students sini. diorang datang sini belajar main angklung. perbelanjaan belajar semua di tanggung beres oleh pihak akademi angklung Udjo. bagus kan.



yeay dapat pegang angklung. diorang ajar cara main angklung. main lagu westlife. besttttttt. guna isyarat tangan je.



haaa kt depan tu ank pengasas tempat ni. Mang Udjo. yang pemain2 angklung tu adalah cikgu2 kt sini. dah salah seorang dari cikgu tu adalah isteri Mang Udjo. dan ada beberapa anak dia main angklung jugak.
lepas tu dh lepas2 show. diorang ajak joget sama2 kt tengah2 tu.main lagu enjet2 semua. pusing. main jambatan2 mcm masa kecik2 dulu. pastu aku sempat selfie dengan budak ni. comel. nama dia Sandra tak silap.



show angklung kt sini memang best sangat laaa...tak rugi masuk wehhhh. memang have fun habis. 



Time ni nak malam dah, badan dah penat. Nak baring kt katil hotel je. Makan malam pun kt hotel je. Rupanya makan kt hotel lagi best dari makan kt luar dan harga murahhhhh. Hahahaha. Menyosal tak makan kt hotel je. Tapi kalau tak makan kt luar, tak merasa la masakan2 lain kan. 




Lepas tu, aku sempat gak terjah Kedai Kek Kartika Sari ni. Dekat je dengan hotel. Boleh jalan kaki je. Time ni aku pergi sebab nak survey2 dulu. Tengok2 dulu sebab nak beli awal2 kang rosak pulak kan. Dalam bilik hotel takde peti sejuk. 


memang cantik kedai ni. kek2 dia lagi cantik. tergoda nak beli semuaaaaaaa. huwaaaa sedap nyeeee.

ni yang aku aim nak beli esok pagi. esok pagi sebelum pergi airport, aku terjah kedai ni cepat2 pastu sambar kek2 kt atas ni. rasa dia marvellousssssssssssssss. 



Esok nye, lepas brekfast dengan shopping kek kt sini. Time to go home. Tamat sudah holiday holiday Bandung untuk tahun 2015. Selamat sampai Malaysia dalam kul 2.30petang cmtu. Alhamdulillah. Sambung kerja untuk next trip. Yeahhhhhhhhhhhh.




kat Airport Bandung, Masa ni flight delay dalam 30 minutes. Ok la, tak panas bontot sangat menunggu. Selfie2 jap pastu dah kena panggil masuk flight dah.






muka happy dah sampai Airport Senai. sampai dalam kul 2.30petang. Yeayyyy













Tak sabar untuk next trip pulak. InsyaAllah.




Ok bye!
eimanhikmah

No comments: