Monday, December 28, 2015

400 : Bandung Holiday Day 1

Monday, December 28, 2015
Hi,



Lama aku peram entry aku ni. Blog pun private kejap atas sebab tak dielakkan. Hehehe. Kali ni nak up entry holiday lagi. Eh holiday lagi ke. Orang ajak berjalan, kite on je la. Beli tiket dah lama dah. Penantian berakhir bila masuk bulan 12. Dari 1-5December berholiday dengan Along sekeluarga dan mak.  Mak pun dah lama tak pergi Bandung. Mak cakap Bandung ni dah banyak berubah dari yang dia pergi dulu.



Vavavavava rupanya Bandung ni bestttttttt. Segala initerary akak aku yang settlekan. Aku tolong wat web check in je. Hahaha. Tau2 dah sampai waktu, terus pergi je. Akak aku awal2 dah book Kiki Bandung Transportation. Haaaa ni nak kabor, service driver Kiki Bandung transportation ni paling best yang kitorang dapat. Cakap je nak pergi mana, dia boleh bawakkan. Pastu ikut time kita. Kitorang lek2 je breakfast dulu, kencing berak awal2 pastu baru gerak. Takde la terkejar2 sgt. Hewhewhew.



First day, terus pergi shoppinggggggg. Ko hado. Hari pertama dah habis duit. Kuikuikuikui. Lepas check in hotel, lepak2 solat jap terus pergi Pasar Baru. Haaa kat sini la sorgaaaa kain lace. Rambang mata wehhhhh. Aku yang ni verangan nak tunang la, nak kawen laaa terus tershopping kain lace kat sini. Nasib baik aku tak tempah jahit sekali, kalau tak  minggu depan dah boleh tunang dah. Kekekekeke. Pastu borong telekung sekali. Yang telekung ni aku dah aim dah, yang sulam tebal2 tu cun gak kalau wat hantaran. Kekekeekke. Harga kt sini memang murah. Murah wehhhhh dari Malaysia. Verangan boleh jadi che ta kalau tempeh baju kawen kt sini. Verangannnnnnn lagi.

Ni masa nak menunggu berlepas la ni. Kitorang fly dari Airport Senai. Dah lama sangat tak fly dari Airport Senai. Last dulu masa ulang alik Sarawak time study diploma kat sana. Sekarang Airport Senai dah cantik. Lagi luas. Pastukannnnnn tak ramai orang. Beratur nak check in sekejap je dah settle. Memang simple je kt sini. Kalau kt KLIA 2, ko nak beratus masuk dah lenguh wehhhhh. Hahahaha




akak yang sulong dengan adik yang bongsu tapi nampak sebaya kan. hahahaha. aku dengan along ni beza umur 11 tahun. tapi tak tau, dia memang nampak muda je. Sentap mak naakkk. Hahahaha

dengan mak kitewwww. Alhamdulillah sepanjang holiday mak sihat. 

haaaa ni dengan anak buah aku. haaaa ni memang nampak macam rakan sebaya. Huahuhauahua. nak jugakkkk perasan. Hahahaha
yeayyyy dah sampai Bandung. Macam biasa la kt sana macettttttttttt. banyak motow banyak kereta berselirat. 

haaaa ni dah masuk dalam van dah. nasib baik along book van besar 12 seater tapi kitorang 7 orang je. memang luas laaa. siap boleh baring2. Hehehehehe

haaaaa ni la hotel yang kitorang stay. Hotel Zodiak Kebun Kawung. Service hotel sangat berpuas hati. aku duk dengan mak aku. along anak beranak satu bilik.
kt sini la restaurant masa lunch. yang tepi sekali tu la driver kitorang sepanjang holiday ni. Bang Hery nama dia.Hehehehehe

sesampai je terus lunch kt Minang Restaurant. macam biasa kalau makan kedai macam ni, diorang akan hidang semua jenis lauk. so yang memang taknak makan, jangan sentuh. letak tepi je. macam kitorang, yang taknak makan terus susun tepi sebab takut teramik pulak. walaupun amik lauk sikit tapi harga semua sekali RP251 000 . Mahallllll wuwuwuwuwuw.

yang ni welcome drink water masa menunggu nak masuk hotel. Jus belimbing. sedappppp.




haaaaa ni saja nak selfie je...hehehehehe



vavavavavavav cantik tak cantik tak. ni baru satu. ada banyak lagi kain lace kt sini. aku perati jee semua tu. sebab takde bajet nak beli banyak. nanti datang lagi la shopping kt sini lagi.

masa ni jalan2 kt Toko Tiga jeans. tapi kat sini tak shopping apa2 sebab pekerja kt sini tak mesra alam. nak tanya pasal seluar jeans pun macam taknak layan. aku terus blah n ajak akak aku balik. hohohohoh.

ni pulak kedai kain sulam. time ni mata dah berpinaw dah sebab banyak giler kain cantik tapi aku takde point nak beli sebab aku bukan pergi kerja pakai baju kurung ke. tapi masa ni tak shopping lagi sebab kitorang ada kedai kain sulam yang nak pergi. hahahahha

malam pulak berdinner kat sini. Iga Ikan Bakar. Iga tu sejenis ikan. Tapi disebabkan penat, kitorang semua order ayam penyet je. ni gambar luar kedai. nak amik gambar nama kedai tapi tak muat kamera. Hahahahahah




Penat shopping and makan2 untuk hari first, tuju hotel terus mandi and terus tidow. Sebab esok banyak tempat nk dituju. Day 1 ends with happy ending.




ok bye!
eimanhikmah

2 comments:

Amanda Suria said...

seronoknya berjalan- jalan dengan family..teringin nak bawak mak ngan abah akak berjalan ke Bandung...

miss eimanhikmah said...

Amanda Suria : takpe, insyaAllah nanti boleh pg sini...