Wednesday, December 30, 2015

402 Bandung Holiday Day 3

Wednesday, December 30, 2015
Hi,



Masuk hari ketiga dahhhh. Hari ni jalan2 lagi cuci2 mata lagi. Tapi kan dah nak masuk sebulan dah. Aku dah ingat2 lupa dah. Hahahaha. Isk rugi betul jadi aku ni. Sebab tu bagusnye ada blog ni. Nanti aku sendiri yang baca. Kekekekeke. 


Untuk tempat2 lawatan utk hari ketiga ni, kebanyakan aku yang request sendiri. Mana2 aku nampak kat Facebook sebelum tu, terus aku bagitau akak aku suh update kt tourist guide nanti. Vavavavava memang best laaa. Excited nak pergi sebab tempat2 ni cantik nak mams. Hahahaha. Entry bergambar giler banyakkkkkk. Hahahaha


Pagi2 dah melawat Kilang Kopi Luwak Cikole. Kopi Luwak ni yang kopi dibuat dari kopi yang dimakan oleh musang @ luwak. Dengar la syarahan dari penjaga tempat ni, bla bla bla. dengar cara pemprosesan, pembungkusan tu semua. Mula2 tu rasa geli jugak la nak minum kopi luwak ni sebab hasil dari berak musang tu, tapi atas dasar pengalaman, aku try gak minum kopi ni. Rasa kopi masam. Yaarrkkkk. Hahahahahaha. Harga pun boleh tahan. Secawan kopi tu tak silap 150000RP. Mahal giler. So, kitorang kongsi je untuk 7 orang. Hahahaha
mak aku masih gigih nak mendengar syarahan dari penjaga kilang ni. Hahaha. kitorang semua dah malas dah. 


with Luwak

kissss sikit. hehehehe

anak2 buah aku n kakak aku takut giler dengan Luwak ni. ni luwak jinak. dia baik je duk atas bahu aku

melawat sangkar matting luwak

ni lerr kopi luwak yang kitorang order.


Pas dah settle kt Kilang Kopi Luwak, kitorang menuju ke Floating Market. Time ni aku dah aim, kalau market ni mesti tempat shopping baju2 kasut2. Sekali rupanya tempat jual makanan. Syurga makanan orang Bandung. Vavavavavava time ni memang perut berkerongcong kan. Memang time lapar, semua benda nampak sedappppp. Ada ubi rebus, pisang rebus, keledek rebus makan dengan gula dengan kelapa parut tu kitorang beli sampai 3 kali. Sedap banget!



alamak watermark atas ni cakap tempat kopi luwak cikole pulak.kikikiki. kt sini pintu masuk floating market ni. kawasan ni bersih dan cantikkkkkkk

memang selfie je laaaaa. monopod pun beli kt cibaduyut semalam. kikikiki








kt dalam ni banyak taman2 kecik camtu, boleh masuk je kalau nak gambar2 selfie2..




cuaca cerah tapi tak panas. tak basah la ketiak sementara nak sampai tempat floating market tu. hehehe

yeayyy dah sampai. bila sampai2 tak tau nak start dari mana. kuikuikui sebab semua nampak sedapppppp

haaaa ni keledek rebus, pisang rebus, ubi rebus tu. lemak berkrimmmmmm. sedappppp

suasana floating market sini. tenang jeeee

cara nak beli kt sini kena guna coin tu. kat sini habis dekat 100000RP. kenyanggggggg



Lepas2 dah kenyang2 makan keledek rebus, time untuk makan nasi pulak. Tapi memang kenyang kembong perut time ni. Hahaha. Tempat yang aku giler2 nak pergi sangat iaitu Dusun Bambu. Special request dari aku tempat ni. Nasib baik tourist guide tu dengar cakap. Kuikuikuikui



ni pemandangan sepanjang perjalanan. cantikkk. nampak sejuk jeeee

haaa ni la dia dusun bambo. jip yang warna warni tu jadi transport untuk masuk dalam ni. acah2 je kena naik jip tu, padahal tempat dia takde la tinggi mana tapi sejuk. tambah pulak baru lepas hujan. memang berkabus

dinner dalam sarang burung. unik gilerrrrr



aksi melompat tak jadi. hahahahaha

thanks pak guard amik kan gambar kitorang. hehehehehe







makanan2 yang diorder. nasi goreng merah pastu lagi satu apa ntah. tak ingat tapi sedap.


Oh aku nak bagitau, kalau nak makan dalam sarang burung ni kena sewa. Sewa disewa 1 jam 120000RP. Untuk kenangan dan pengalaman, kitorang redha je membayar nye. Huhuhuhuhu. Tapi sewa dikira dari start makanan sampai. Agak2 nk duk lama2, korang panggillah waiters tu lambat2 sikit. Hehehehe





Pastu lepas dah siap2 makan kt sini. Kitorang menuju ke Rumah Mode. Tapi aku tak shopping apa2 kt sini. Sebab harga mahal. Huhuhuhu. Just tengok2 pastu aku ajak akak aku balik sebab tak best shopping tempat takleh tawar menawar. Kikikiki.

mampu selfie jeee..kikikikiki


sebelum naik bilik hotel, try pulak sate padang depan hotel ni. rasa sedappp. kuah tu rasa kuah kari jeeee.

haaaa ni kek lapis bandung pulak. jangan tak tau, kitorang order 10 bungkus. banyak gilerrrrr. Hahahahah



Ok done for 3rd day. Setel jugak aku update entry hari ketiga. Esok ada lagi. Kikikiki.

ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, December 29, 2015

401 : Bandung Holiday Day 2

Tuesday, December 29, 2015
Hi,



Masuk hari kedua kt Bandung. Hari ni nak melawat Kawah Putih. Driver kitorang awal2 dah bagitau yang Tangkuban Parahu tu mahal sangat. Dalam RM100 sorang. Tak mampu nakkkk. Hahahaha. Tapi sebelum tu kitorang pagi2 dah terjah kilang kain sulam. Haaaa kt sini lagi banyak pilihan kain sulam. Mak dangan akak aku dah rambang mata dah. Aku tukang pilih mana yang cantik je. Hahahahaha. Last2 kt sini aku beli t-shirt je. Sebab orang kedai tu tunjuk t-shirt cantik. Terus sambar  2 helai. Tu je la yang aku shopping. Mak dengan akak aku dh borong kain sulam berhelai2 dah. Huhuhuhu




Lepas dah borong kain2 ni. Maka bermula journey to Kawah Putih. Kat Bandung ni rare tau. Nama je tempat perlancongan tapi jalan2 kat sini mencabar oi. Belok sana. Belok sini. Naik pening kepala aku. Sampai tertidow dalam van pastu tetiba sampai. Tetiba sampai konon, perjalanan tu 2 jam lebih gak la. Tiket masuk sini RP65000 je. Dalam RM30 je sorang. Ok la dari naik Tangkuban Perahu sebab katanya Tangkuban Perahu tu dah diswastakan. Tu yang mahal. Aku oooo je laaa sebab dulu2 mak aku pernah pergi sana pastu mak aku ada belikan t-shirt Tangkuban Perahu warna merah tulisan kelabu. Ehhhh ingat lagi benda dah 20tahun lepas. Kikikikiki.


ko tengok betapa banyak nye kain2 kt sni. aku tukang amik utk mak aku je. aku tunjuk2 je. hahahaha

masa ni dah sampai kaki gunung sebelum naik kawah putih. kat bawah ni ada jual2 strawberry. tapi takyah heran la, sama cam cameron highland je.

ni dah naik trak. naik trak ni mencabar gak. jalan belok2. makin tinggi makin sejukkkkkkk. besttttt

yeay dah sampai atas. masa naik trak tu, akak sebelah aku siap dengan mafela, sarung tangan, topi, jaket bagai. aku risau gak kalau sejuk sangat2. rupanya sejuk yang so so je. takde la menggigil sangat pun. setakat pakai t-shirt je xde masalah pun.

bermula laaa aksi selfie tak selfie kt sini. bau belerang yang kuat tak menghalang nak bergambar sakan. beratus gambar kt sini je. Hahaha. tapi bau belerang tu wangi la.. hahahahahaha

ucu with adik pah


haaaa ni gambar dari fotographer. dia datang nak amik kan gambar kitorang. 6 keping untuk RP100000. boleh laaaa. best jugakkk bila ada orang amik kan gambar.

ni kt pangkin atas. baru nampak view kawah putih. cantikkkk ngattttt. 



ni makan masa odw balik dari Kawah Putih. selesa kedai makan. makanan pun sedap. tapi macam biasa. mahallllll. time ni makan kena RP350000. 

tak amik banyak pun lauk tapi kena cas mahal. tapi habis jugak. eh mestilah kena habiskan kalau dah mahal. Hahahaha

perjalanan dari kawah putih nak balik semula amik masa 2 jam lebih. masa ni memang tak larat dah nak jalan mana2 dah. cakap dengan nak makan depan hotel je. ape lagi pekena bakso laaa. sedapppppp. 


Tamat holiday untuk hari kedua. Balik bilik, mandi, solat pastu tidowwwww.

ok bye!
eimanhikmah