Monday, November 16, 2015

398 Taknak Tampal Roadtax Selagi Takde Sticker JDT

Monday, November 16, 2015
Hi,



Hari rabu lepas hari tu sempat la aku pergi wat roadtax. Dan hari tu jugak la hari terakhir road tax aku. Hahahaha. Aku pernah up entry yang aku confuse nak pilih insuran mana untuk renew roadtax, last2 aku amik Etica. Urusan renew roadtax hari tu mudah sangat. Bincang segala bincang, dalam 3 jam, settle semua siap dengan roadtax kt JPJ sekali. 


Pastu sebenarnya sampai sekarang aku tak tampal lg road tax aku. Dah dekat seminggu dah. Muahahahaha. Tapi ada la road tax tu dalam kereta. Aku tengok akak aku tampal road tax siap dah tertanggal2 kan. Hahaha. Padahal baru sebulan renew road tax. Btw, kereta aku dengan kereta akak aku beza dalam 2 minggu je masa beli dulu2.



Takut jugak kot2 kena tahan JPJ ke polis ke time drive kereta time road tax tak tampal. Tapi road tax memang dalam kereta kan, so kalau kena tahan, aku tunjuk je la road tax. Hahaha. Pastu pandai2 la berlakon kata saya tak reti tampal roadtax.Kuikuikui.



Dah lama dulu aku pernah beli sticket JDT untuk roadtax tu. Pastu hilang pulak. Stress aku mencari. Kt mana ntah hilang. Beli mahal pulak tu RM9.00 kt Jusco. Jadi aku kena la beli baru. Hari tu dah ushar kat downtown tapi tak beli2 lagi. Hehehehe. Nape nak beli yang JDT? Sebabbbbbbbb aku orang Johor. Hahaha. Padahal aku hahahampeh pasal bola JDT. Hentam sajoooo.

Melayang2 duit renew roadtax weyhh. Tapi dari melayang nyawa, baiklah renew roadtax kan. Huahuahaua

ok bye!
eimanhikmah




No comments: