Monday, November 2, 2015

395 Short Vacay : Felda Hotspring, Sg Klah & Colmar Tropical, Bukit Tinggi

Monday, November 2, 2015
Hi,




Halo halo. Aku ni dah sebijik biskut chipsmore dah. Busy bebenor nampak. Busy berjalan je sampai member aku tanya aku dah berhenti keje ke sebab selalu update kt fb n insta gambar jalan2 je. Hahaha. Huntung la kalau dah berhenti kerja. Kalau aku berhenti kerja, mana ada duit berjalan ke hulu ke hilir. Hehehe.  Semalam dapat cuti weekend, pastu pulak mak dengan kak eda datang KL, so kitorang plan nak lepak2 kt Felda Hotspring, Sg Klah, Sungkai.



Rupanya sejam lebih je dah sampai sini. Dekat naw naw dengan KL. Haaa tu la korang jangan tak tau, banyak giler tempat menarik kt dalam Malaysia ni. Kot2 nak berbajet2 tapi nak berjalan2, pergi je jalan2 dalam Malaysia. Wahhh gittewww. So kitorang stay kt homestay je kt area Sungkai. Maybe next time la kot kalau nak stay villa kt dalam ni. Time ramai2 dengan family yang lain. Sebab 1 malam dalam rm800 kot. Tu next time, tengah bulan ni. Hahaha.



First2 memang terus masuk dalam Felda Hotspring. Dari exit Plus highway ni dalam 11km je terus sampai kt hotspring ni. Apa lagi berendam terus la kt sana. Mula2 cari pool yang air tak panas pun. Berendam2 kt sini, sebab bawak Affan. Kang masuk air panas, terkejut pulak dia. Bayaran masuk rm15 untuk dewasa, rm8 untuk senior citizen, rm8 untuk kanak2. Untuk Affan yang baby2 tu free je.

ni kitorang amik private jacuzzi, besttttt sebab kitorang je dalam ni..sng nak salin baju semua

lepas amik2 gambar ni, terus je berjacuzzi ala2 k-pop

haaaa ni budak Affan ni tak reti duk diam dah bila masuk air, seronok sangat

sisters

dia kayuh2 sendiri je pelampung tu, padahal baru 7 bulan

berendam sampai kembang

try jugak la rebus2 telur..3 minit je terus siap telur separuh masak..siap bagi kicap dengan serbuk lada sulah

nak masuk dalam ni ada tramp. tgh tunggu tramp la ni


Sebelum sampai hotspring ni kitorang nampak dah kedai makan Nasi Bamboo ni. Tapi memandangkan kitorang dah kenyang, so kitorang pass by jeeee. Hahaha. Tapi nampak dah kedai penuh gilerrr. So kitorang decide nak masak esoknya je la. Esoknya pas check out homestay, terus tuju sini. Nasibbb baekkkk kedai belum penuh sangat. Terus cop meja, terus serbu nasi bamboo pastu lauk dia mak aihhhh banyak giler. Semua masakan kampung. Pelbagai urap dan lauk2 masak lemak semua lah. 

aku tak sure nape gambar ni terbalik tapi aku nak tunjuk lauk2 tu je. hehehe
Pas makan, kitorang plan nak pergi jalan2 cuci mata kt Bukit Tinggi pulak. Semua orang pun tak pernah pergi Bukit Tinggi ni. Boleh la nak cuci2 mata, nak fefeling Paris sangat kan. Odw masuk jalan dia pusing2 sangat. Pening pala i. Hahaha. Bayaran masuk rm15 untuk dewasa. Huntung laaaaa boleh cas tiket mahal2 masuk dalam tu. Huhuhu.


masa sampai sini memang hujan lebat. so terasa sikit sejuk2. tapi aku berpeluh la jugak.

kak eda, kak teha n aku

us

yang ni gambar paling aku suka sekali...hahahaha

maka tamatlah short vacay kami.

KL - Perak - Pahang - KL. Phewwww. Hilang stress kerja kt office bila dapat berjalan2 camni. Padahal dekat2 je dengan rumah. Terima kasih kepada penaja2 iaitu Kak eda dengan mak yang banyak sponsor short vacay kitorang. Hahahahahahahha.




ok bye!
eimanhikmah

No comments: