Friday, October 23, 2015

390 Mengomel

Friday, October 23, 2015
Hi,



Hari ni kerja masuk kul 9pagi. Kul 7.10pagi dah kuar sebab malas nak jem lama2 kt atas jalan. Tu pun lambat sangat dah tu sebab selalu aku kuar rumah kul 6.30pagi. Tadi sampai office kul 8.10pagi gak. Iskkk sejam jugak la aku atas jalan. Biase la kan jem. Tadi masa nak cilok2 masuk lane tengah, ada kete iswara ni mati2 tak bagi aku masuk lane tengah tu. Selalu aku maki2 tapi pagi tadi aku gelak2 pulak. Sebab kelakar la wehhh, ko tak bagi jalan bukan dapat apa2 pun. Last2 dapat sebab aku himpit2 dia. Hahaha.



Selalu time memandu sorg2 cmni aku selalu mengelamun. Aku suka perhati orang2. Kadang2 tengok orang drive kelam kabut. Jap kiri jap kanan. Aku takut kalau2 motow tak dapat elak kang tergolek kt situ. Sebab aku pernah nampak, dah lama dah  hari tu sikit lagi van langgar motow pastu motow tu sikit lagi nak jatuh. Aku cepat2 tekan break sebab takut kalau2 aku pulak sambung aksi langgar melanggar kat situ. Hehehe. Tapi aku jahat gak sebab bagi aku korang nak langgar takpe tapi jangan langgar kete aku. Boleyy gitu. Selfish giler! =..= Hahahahahahahaha. 



Pastu aku tengok kiri kanan lagi, aku nampak tukang sapu or tukang sampah. Kesian tengok diorang ni. Pagi2 dah start kerja. Membahayakan nyawa sebab sapu tepi2 jalan. Ada motow, ada lori, kereta laju cam pelesit lagi. Pastu pagi2 dah makan asap. Nanti aku nampak lagi, diorang duduk ke baring keletihan tepi jalan. Minum air tonggak2 je. Kesian wehhh. Rasa bersyukur sangat sebab aku kerja dalam office. Sejuk je. Pagi2 makan nasi lemak wehhhh. Mana tak gemuk kan. Pastu merungut2 badan gemuk. Mencikkk weh.



Lagi satu, aku suka mengelamun pasal perkara ntah apa2. Hahaha. Aku selalu fikir kenapa orang dah berkasih kasihan selama bertahun2 tapi end up putus or cerai. Ehhhh bukan aku. Aku terfikir je. Hahaha. Iollss nye ok je setakat ni. Hari tu je bertekak dalam bilik karoks sebab masuk2 bilik karoks tapi dedua taknak karoks. Sejam dalam duk saje je. Membazir RM15 tau. Nyampah. Haha. Pasal kisah putus cerai ni, aku tak dapat bayangkan la camner. Aku berharap benda2 camni tak jadi kat aku. Sebab kite tak sempurna mana pun. Kita dah berusaha untuk jadi terbaik. Tapi kalau dah tertulis kt lul mahfuz memang putus or cerai, kita takleh watpe dah. Ehhhhh melalut dah aku ni. Hahaha.



Macam2 ragam aku nampak orang time aku drive. Sebab aku selalu rasa susah tapi sebenarnya ramai lagi susah. Aku selalu merungut kereta aku kecik, aku nak kete besar tapi ramai lagi takde kereta. Kadang2 aku sesak2 takde duit bila dah hujung bulan tapi ada orang memang hari2 takde duit walaupun awal bulan apetah lagi kalau hujung bulan. Kesian kan. Ok nak sambung kerja. Eh hari ni gaji. Yuhuuuuuuu. 



Mengomel ntah apa2 aku pagi ni.






ok bye!
eimanhikmah

3 comments:

lynndAmya said...

Salam jumaat! Hai..
hahaha aku rasa kau sama dgn aku lah..suka mengelamun dan fikir2 macam2...kita ni suka perhatikan ragam orang kan? Hehe..part yg tukang sapu sampah tu pun sama, kadang2 aku tengok, aku akan terfikir camne lah keluarga dia, i mean anak berapa..berapa gaji dia sebulan, pastu aku jadi sedih sendiri nanti..haha
this is life~

miss eimanhikmah said...

hahahaha..yeay ada geng mengelamun dalam kereta...hikhikhikhik..memang macam2 fikir time drive..nak2 cik abg tidow kt sebelah..takde kawan borak, mmg mengelamun je la jawab nye

Nurzakiah Hanum said...

singgah petang