Thursday, October 15, 2015

386 Holiday Grand Lexis PD Final

Thursday, October 15, 2015
Hi,


Hari tu gara2 salah tidow, bangun2 tidow terus takleh toleh kiri kanan. Hahaha. Time drive pun susah nak tengok side mirror. Time kerja pun duk tegak je. Pastu time makan, sampai sakit dada. Aku fikir, lasak sangat aku tidow malam tadi. Hahaha. Memang tak tahan sangat, aku gagahkan jugak jumpa doctor kul 1pagi. Kihkihkih. Doctor tu gelak kan aku je. Dia consult dalam 5 minit, terus dia bagi ubat. Haaa amik ko, sampai 6 bungkus ubat dia bagi. Yang paling kuat pulak tu. Kuar dari klinik, terus lepak mamak sebelah klinik, terus minta air suam makan ubat tak sampai 5 minit terus hilang sengal2 badan. Sengaja la tu doctor bagi ubat kuat. Hahahaha.


Cerita kt PD tak settle lagi. Ingat jap lg nak wat sekali harung. Hehehe. Edit2 gambar sat. Aktiviti sepanjang hari first tu adalah berendam. Ada lah kot dalam 2 jam lebih. Hahaha. Sekali sekala berendam lama2 kan. Pastu aku orang first yang bersih2kan badan sebab aku penat nak lepak2 atas katil je. Hehehe. Aku verangan seronok nye kalau berhoney moon kt sini nanti. Hahaha.


Malam tu nak pergi dinner. Google kedai mana yang best. Last2 decide pergi makan restoran Sri Mesra. Sebab review cm gempak sangat. Aku suspect staff dia yang wat review tu. Hahahampeh je kan. Tapi bagi aku kedai ni biasa sangat, takde keistimewaan pun. Sotong goreng takde, udang pun kecik. Aku bagi 2/5 je. Sebab totally tak best kat sini. Portion makanan kecik dan kureng sedap tapi mahal.


Esok nye, semua orang sambung berendam lagi. Hahaha. Memang puas berendam je la kan. Siap call lobby bagitau nak kuar lambat sikit. Dapatlah extra 1 jam. Check out kul 1tengahari. So plan hari tu nak pergi 3D art gallery. Haaa dalam ni memang puas bergambar sebab takde orang lain. Siap staff gallery ni layan kitorang posing. Hahaha. Penat woi posing dalam ni, sampai aku tak larat dah plus perut lapar time ni. 













Lunch kali ni nak try kt Cowboy Place. Katanya pernah masuk JJCM. Layankan je la. Rupanya menu kt sini cuma nasi kukus ayam panggang. Sedap jugak. Harga RM6.00 + jus tembikai rm2 = RM8.00. Cuma tempat ni berlumpur sikit. Aku bagi 4/5. Sebab ayam panggang besar dan sedap. Hikhikhik.








Lepas dah kenyang, ingat nak pergi rumah terbalik tapi super duper penat. So kitorang decide takyah pergi, maybe lain kali je. Sebab Port Dickson kan dekat je hehehe. Tapi sebelum tu sempat jugak singgah King’s Char Kuey Tiow sebab nampak menarik tertarik gittew. Dan Char Kuey Tiaw situ memang the best. Ikan bakar pun best. Puas hati. Haaaa kedai ni aku bagi 5/5. Sebab kedai bersih, dan makanan memang sedappppp. Time untuk balik, sengaja balik malam2 sebab taknak tempuh jem kt KL nanti. Aku sampai rumah dekat kul 10 malam.



Maka tamatlah kisah short vacay kitorang ke Grand Lexis, PD ni. Merasa jugak la duk hotel mahal kan. Ingat next time nak merasa Hibiscus Lexis pulak. Hikhikhik. Verangan.





ok bye!
eimanhikmah

2 comments:

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

SEO Expert Pakistan said...

what a cool photo.Excellent working
http://www.auratrends.co.uk/
http://grabbit.com.pk/