Friday, October 9, 2015

383 Plan Holiday Langkawi Tak Jadi

Friday, October 9, 2015
Hi,


Aku pulak malu kt blog sendiri sebab lama tak update pape. Hahaha. Sampai nak throwback pun takde benda nak throwback. Kohkohkoh. Ok2 hari ni nak update sikit la. Aku kengkonon baru balik bercuti. Tapi ada cerita sebelum bercuti. Punya la semangat sampai airport kul 6.30am, sampai2 taknak breakfast dulu sebab plan nak breakfast kt tempat holiday je. Hahaha. Sekali flight CANCEL! CANCEL HOKKEYY. Semangat nak holiday kt Langkawi uollssssss.



Siap dah masuk dalam flight tu, siap dah dengar demo emergency dalam flight. Sekali kapten buat announcement bagitahu flight delay. Terpaksa la evacuate flight. Hangkut balik bagpack yang berat gabak tu. Tunggu punya tunggu, diorang bagitau flight delay sampai kul 1.50pm. Ok la tunggu je la sampai kul 1.50pm tu. Dah dekat2 kul 1.50pm tapi takde pun announcement suh naik flight. Time ni la baru tau flight cancel terus. KECEWA! Yup, itu perasaan aku masa tu. Still lagi duk kt ruang menunggu sampai takde orang dah kt situ. Hukhukhukhuk.



Aku punya la yakin yang flight aku takkan cancel. Sebab sepanjang2 hidup aku naik flight, tak pernah kena flight cancel or delay ni. Hukhukhuk. Tapi apakan daya. Flight cancel sebab jerebu teruk giler kat Langkawi. Tak boleh nak watpe dah. Huhuhu. Solution yang Air Asia bagi untuk kitorang, refund by point or tukar waktu flight lain. Takmo2 dah naik flight sebab fikir kalau keesokkan naik flight pergi Langkawi, belum tentu jerebu tu hilang. So kitorang amik yang refund by point tu je. Tak plan lagi nak ganti holiday naik flight ke mana. Malas nak fikir, eh boleh gitu. Hahaha. Duk kt airport selama 13 jam yang sengsara. Aishhhhh.



Walaupun flight pergi langkawi cancel, tapi tu tak mematahkan semangat kitorang untuk holiday jugak. Hahaha. Terus tercetus idea plan B. Dan2 time tu jugak ada plan B. Haha. Terus booking Grand Lexis, Port Dickson. Hahaha. Tapi cerita Grand Lexis, PD tu lain kali la cerita. Kohkohkoh.



masa ni diorang sampai airport kul 5pagi lagi. diorang brekfast kt Mcd. aku masa ni baru nak gerak dari rumah., hekhekhek. tu yang malas nak breakfast dah.
muka semangat nak holiday sebab dah nak naik flight. siap dah post kt fb hokkeyyyy. malu iolsss.
time ni dah kena kuar flight, tgh menunggu kt ruang menunggu, aku memang sambung tidow, tibe2 terjaga, ada mamat cina depan aku ni berjoget. hahahaha. #mudahterhibur
bosan gilerrrr wehhh nak tunggu lagi 3jam lebih. hukhukhuk
comey lotey. hahaha perasan!
haaaa ni dah masuk flight tau, pastu kena kuar. sedih kan.
lupa nak bagitau, kitorang plan holiday ni ke Langkawi ni 7 orang. yang 3 orang ni flight awal kul 7.30 pagi. pastu diorang bagitau yang diorang kena landing kt Penang sebab langkawi jerebu kuat. last2 diorang pun kena patah balik KL, sedih kan.










Begitu lah kisah plan holiday Langkawi tak jadi. Tunggu next time kang baru plan lain. Nasib baik kat Langkawi tak book apa2 kecuali homestay. Tapi tuan homestay pun dengan baik hati pulangkan balik duit deposit kitorang. Yeay.



ok bye!
eimanhikmah

No comments: