Thursday, October 29, 2015

394 Happy Besday Nurhana Khalilah

Thursday, October 29, 2015
Hi,



Hari ni hari jadi anak buah aku yang kedua ke 13 tahun Hoi besar dah anak buah aku. Dah period dah. Hahahaha. Nama Nurhana Khalila. Tapi selalu panggil Dikya or Ya je. Aku ucu dia selalu cari gaduh je dengan dia je. Sampai majuk2 nanges2 kalau aku kacau dia. Sama2 kepala angin dengan aku kan. Memang jadi arrr kalau gaduh. Kadang benda kecik pun boleh cari gaduh. Hahaha. Pasal tudung pun boleh gaduh. Kuikuikui. Ape benda la ucu nye pun boleh gaduh dengan anak buah sendiri. Hakhakhakhak.


Takde celebration lagi ape2 sebab tak balik kampung pun. Tunggu bulan 12 kang nanti ahh. Time ramai2 balik kampung untuk wedding ateh nanti. Just nk wish Happy Besday Dikya, walaupun ucu suka cari gaduh dengan Ya pasal tudung tapi ucu selalu jugak hadiahkan Ya tudungkan. Hehehe. Belajar rajin2. Tak lama lagi nak PT3 pulak kan. Nanti la bonus baru ucu belanja makan best2 eh. Hehehehe.

Ucu loves Dikya!








ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, October 28, 2015

393 Jiran Gaduh

Wednesday, October 28, 2015
Hi,



Semalam cuti, ada orang request minta anta pergi office. Aku ok jek. Sebab nanti boleh la aku nak mintak dia anta aku balik ke office. Hahahaha. Aku siap pesan jangan nak balik time2 jem ptg kang. Takoser nak mengadap jemmm. Mentang2 waktu kerja flexible, last2 dia wassap aku suh amik dia kul 10lebih malam. Yuntung la boleh balik kerja bila2 masa. Lepas hantar dia pergi office, aku pergi office management rumah akak aku nak bayar deposit pindah rumah dia pulak. Nak pindah rumah pun kena ada deposit2, mahal pulak tu kena RM300. Kot2 ada rosak jalan ke bumbung ke, deposit tak dapat semula. Huhuhu. Nasib baik rumah aku duk sekarang kalau pindah2 ni takde la deposit ke apa. Main pakai masuk je.



Semalam aku duk rumah je. Time aku lepak2 nak lipat baju sekali aku dengar bising2 kt luar. Mula2 cam ok cm orang panggil memanggil je, sekali aku dengar jerit2 pulak. Gilerr ahhhh. Jiran aku cina dengan cina bertekak. Anak beranak bertekak dengan jiran lagi satu. Aku dah kecut perut kot2 takut ada aksi bunuh membunuh ke kan. Hahaha. Nasib baik takde kuar parang ke pistol kan. Pasal apa aku tak tau sebab diorang cakap cina. Paham pulak aku kan. =..= Hahahaha. Tapi mungkin sebab parking kt bawah rumah. Sebab jiran yang kena serang tu diorang marking parking tu untuk diorang je. Tak kira balik kul berapa, diorang confirm dapat parking sebab dah marking awal2. Yang ni aku geram jugak, sebab takde parking sebab diorang dah marking awal2. Last2 aku kena parking jauh. =..= Tapi aku sabar je, wat tak tau je. Sebab dah perangai orang camtu kan, tak boleh watpe dah.



Sempat jugak aku skodeng diorang gaduh tu. Tapi bukak pintu kecik je sebab takut. Takut wehhhh. Kang kot ada aksi2 kung fu kt situ, seram aku. Jiran melayu sebelah aku je yang kuar tegur kenapa bising2. Diorang yang gaduh2 tu say sorry2. Tau takut kan. Aku tutup pintu sambung balik lipat baju. 






Lantak korang la nak gaduh ke apa ke. Janji jangan kacau hidup aku. Huhuhu

ok bye!
eimanhikmah

Monday, October 26, 2015

392 Dilema Nak Renew Roadtax

Monday, October 26, 2015
Hi,



Hari ni liat betul nak bangun tidow. Gerak pergi kerja lambat sikit pastu haaaa ape lagikkkk jem melekat laa weh. Nasib baik ada kawan dah punch card awal2. Hahahaha. Dasar mengelat. Terpaksa wehhh. Sebab semalam weekend aku gerak dari rumah kul 8.35pagi, kul 8.55pagi aku sampai dah. Hahaha. Sempat la aku nak punch card kan.



Aku sekarang  tengah fening fening nak renew roadtax. Sama ada nak renew dari insuran asal Takaful Ikhlas or buat kat MYEG je. Aku bab2 ni lemau sikit. Ada insuran  NCD la windscreen la ada second driver la. Tak faham oiii. Hahahaha. Haaaa tu la selama pakai kereta ni aku lebih suka mintak tolong orang jeeee. Sama ada cik abang or akak aku. Padan muka aku. Hohohoho. Nampak gayanya tahun ni memang mintak tolong orang lagi la. Adui bila nak pergi belajar survivor ni. Matilanakkkkkk.



Survey2 harga yang sesuai. Kalau murah tapi berbaloi. Hari tu ada teman akak aku nak wat renew roadtax kt Tokyo Marine Insurans. Tapi apa ntah Tokyo Marine ni banyak cekadak sangat, last2 akak aku refer balik dengan Ambank pastu continue je insuran dari Ambank. Walaupun harga Tokyo Marine Insuran lagi murah tapi leceh la pulak.



So sekarang aku tengah berkira2 untuk pilih yang mana yang sesuai. Aku sms company Takaful Ikhlas tapi tak reply2 pulak. Aduhai. Orang nak beli service oiiii. Reply la cepattttt. Fening ni. Kalau boleh memang nak murah je. Hahahaha. Kot Myeg lagi murah, aku pergi Myeg je.



Nanti balik baru nak cari surat kereta yang tulis no chasis dengan no engine. Hahaha. Ye la kan benda setahun sekali buat, ntah kat mana ko campak surat2 tu. Matikkkkkk. Aku rasa ada tu, ada dalam almari. Celah2 kertas berlipat2. Hohohooho.







Roadtax oh roadtax. Dilema betul.


ok bye!
eimanhikmah

Saturday, October 24, 2015

391 Bajet 2016

Saturday, October 24, 2015
Hi,



Semalam ada Bajet 2016. Kita yang rakyat biasa terpaksa telan-muntakbalik-jilatbalik je Bajet 2016 tu dibentangkan. Takde keuntungan pun. Semua barang naik. Sebelum Bajet 2016 pun tol dah naik. Minyak dah naik kan. Grrrrrr. Cukai atas cukai lagi. Gilerrrr la kite hidup kt Malaysia ni. Camner rakyat nak kayo pun aku tak tau. Boleh hidup alo kador je la jawab nye. Alhamdulillah sebab masih mampu. Cuma ada penindasan rakyat. Haaaa bab ni aku marah.

Disebabkan ada BRIM dan boleh apply, confirm aku apply. Tak dapat siap ko Jibby oi. Aku tuntut sampai mati! Hahahaha



Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
  • Bajet 2016 memperuntukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
  • Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
  • GST dikecualikan bagi barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasas kacang soya dan susu organik, dhal, gula merah, mee kolok kering dan lain-lain. GST turut dikecualikan ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D.
  • Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
  • Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
  • RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
  • Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  • Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  • Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  • Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
  • Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
  • Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajaan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  • Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
  • BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  • Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
  • Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
  • Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
  • Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
  • Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
  • Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.


Aku tertarik dengan BRIM je. Hahahaha. Tu yang aku nak tuntut tu. Hehehe.



ok bye!
eimanhikmah

Friday, October 23, 2015

390 Mengomel

Friday, October 23, 2015
Hi,



Hari ni kerja masuk kul 9pagi. Kul 7.10pagi dah kuar sebab malas nak jem lama2 kt atas jalan. Tu pun lambat sangat dah tu sebab selalu aku kuar rumah kul 6.30pagi. Tadi sampai office kul 8.10pagi gak. Iskkk sejam jugak la aku atas jalan. Biase la kan jem. Tadi masa nak cilok2 masuk lane tengah, ada kete iswara ni mati2 tak bagi aku masuk lane tengah tu. Selalu aku maki2 tapi pagi tadi aku gelak2 pulak. Sebab kelakar la wehhh, ko tak bagi jalan bukan dapat apa2 pun. Last2 dapat sebab aku himpit2 dia. Hahaha.



Selalu time memandu sorg2 cmni aku selalu mengelamun. Aku suka perhati orang2. Kadang2 tengok orang drive kelam kabut. Jap kiri jap kanan. Aku takut kalau2 motow tak dapat elak kang tergolek kt situ. Sebab aku pernah nampak, dah lama dah  hari tu sikit lagi van langgar motow pastu motow tu sikit lagi nak jatuh. Aku cepat2 tekan break sebab takut kalau2 aku pulak sambung aksi langgar melanggar kat situ. Hehehe. Tapi aku jahat gak sebab bagi aku korang nak langgar takpe tapi jangan langgar kete aku. Boleyy gitu. Selfish giler! =..= Hahahahahahahaha. 



Pastu aku tengok kiri kanan lagi, aku nampak tukang sapu or tukang sampah. Kesian tengok diorang ni. Pagi2 dah start kerja. Membahayakan nyawa sebab sapu tepi2 jalan. Ada motow, ada lori, kereta laju cam pelesit lagi. Pastu pagi2 dah makan asap. Nanti aku nampak lagi, diorang duduk ke baring keletihan tepi jalan. Minum air tonggak2 je. Kesian wehhh. Rasa bersyukur sangat sebab aku kerja dalam office. Sejuk je. Pagi2 makan nasi lemak wehhhh. Mana tak gemuk kan. Pastu merungut2 badan gemuk. Mencikkk weh.



Lagi satu, aku suka mengelamun pasal perkara ntah apa2. Hahaha. Aku selalu fikir kenapa orang dah berkasih kasihan selama bertahun2 tapi end up putus or cerai. Ehhhh bukan aku. Aku terfikir je. Hahaha. Iollss nye ok je setakat ni. Hari tu je bertekak dalam bilik karoks sebab masuk2 bilik karoks tapi dedua taknak karoks. Sejam dalam duk saje je. Membazir RM15 tau. Nyampah. Haha. Pasal kisah putus cerai ni, aku tak dapat bayangkan la camner. Aku berharap benda2 camni tak jadi kat aku. Sebab kite tak sempurna mana pun. Kita dah berusaha untuk jadi terbaik. Tapi kalau dah tertulis kt lul mahfuz memang putus or cerai, kita takleh watpe dah. Ehhhhh melalut dah aku ni. Hahaha.



Macam2 ragam aku nampak orang time aku drive. Sebab aku selalu rasa susah tapi sebenarnya ramai lagi susah. Aku selalu merungut kereta aku kecik, aku nak kete besar tapi ramai lagi takde kereta. Kadang2 aku sesak2 takde duit bila dah hujung bulan tapi ada orang memang hari2 takde duit walaupun awal bulan apetah lagi kalau hujung bulan. Kesian kan. Ok nak sambung kerja. Eh hari ni gaji. Yuhuuuuuuu. 



Mengomel ntah apa2 aku pagi ni.






ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, October 21, 2015

389 Wordless Wednesday : Whattttttt

Wednesday, October 21, 2015
Hi.



Selamat hari rabu. Hari ni worldless Wednesday. Tapi takde idea pulak. Hahahaha. Sebab berapa hari ni kerja banyak sangat. Terlalu banyak. Tapi aku wat lek wat peace je. Malas nak fikir kerja yang menimbun2. Ok takyah taip banyak2 la. Malas.








Bulan ni kan aku tak tengok wayang pun. Whattttt. Patut la orang update wayang aku cam blur2 ayam je. Hahahaha.


ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, October 20, 2015

388 : Tanglung Tisu Toilet

Tuesday, October 20, 2015
Hi,


Hari ni aku macam serabut sikit. Kerja tak banyak tapi banyak benda aku nak kena settekan. Haaa cmner tu. Kelam kabut aku kesana kemari. Aku dah dapat email untuk join Lantern Competition tu dah seminggu lebih. Aku bajet join competition ni mesti la pihak penganjur sediakan bahan. Aku bawak badan je. Hahahaha. Sekali tadi, pihak penganjur cakap bahan2 kena bawak sendiri. Hahaha. Lagi sejam nak start baru tau, matilanakkkk. Aku tak suka kalau tak prepare apa2 cmni.=..=



Last2 team aku decide wat pakai benda yang ada je. Recycle. Hahaha. Kalau terdesak, keluar je idea. Amik tisu toilet gunting jadi bunga. Aku tukang cat bunga2 tu. Pastu kitorang main tampal je lantern kitorang pakai bunga keliling lantern. Pastu aku gunting lagi tisu toilet jadi lebah. Cat2 pastu tampal lagi. Hahaha. Bila dah siap, comel pulak. Masuk dalam gambar cam real pulak. Diorang bagi masa 50 minit untuk siapkan. Tampal sana, tampal sini. Siap! Taraaaaaa.











ok bye!
eimanhikmah

Friday, October 16, 2015

387 Hocus Pocus : Hantu Serang Office!

Friday, October 16, 2015
Hi,



Hari ni kt office ada wat ghost dress down. Ala2 halloween tu. Serammmmm jugak la ni. Hahahaha.  Aku risau je kalau ada yang kena rasuk. Hahaha. Office aku memang camni. Selalu bos2 yang beriya wat event camni sebab nak release tension. Hehehe. Meremang bulu roma iollss tengok prop2 kt ofis dh macam tanah perkuburan dah. Huhuhuhu.



Tapi sebab banyak kerja, aku tak join sangat aktiviti. Aku focus wat keje. Terdengar2 ada yang kena sawan, meremang bulu roma aku. Padahal menjerit sebab main games je. Kecohhh arr. Gambar pun sikit je amik. Hehe.



hantu cun sangat ni. Kiki Perry. Hahahaha

cuak ada hantu pocong!


Zombie kampung pisang!



Yeay esok cuti weekend.



Ok bye!
eimanhikmah

Thursday, October 15, 2015

386 Holiday Grand Lexis PD Final

Thursday, October 15, 2015
Hi,


Hari tu gara2 salah tidow, bangun2 tidow terus takleh toleh kiri kanan. Hahaha. Time drive pun susah nak tengok side mirror. Time kerja pun duk tegak je. Pastu time makan, sampai sakit dada. Aku fikir, lasak sangat aku tidow malam tadi. Hahaha. Memang tak tahan sangat, aku gagahkan jugak jumpa doctor kul 1pagi. Kihkihkih. Doctor tu gelak kan aku je. Dia consult dalam 5 minit, terus dia bagi ubat. Haaa amik ko, sampai 6 bungkus ubat dia bagi. Yang paling kuat pulak tu. Kuar dari klinik, terus lepak mamak sebelah klinik, terus minta air suam makan ubat tak sampai 5 minit terus hilang sengal2 badan. Sengaja la tu doctor bagi ubat kuat. Hahahaha.


Cerita kt PD tak settle lagi. Ingat jap lg nak wat sekali harung. Hehehe. Edit2 gambar sat. Aktiviti sepanjang hari first tu adalah berendam. Ada lah kot dalam 2 jam lebih. Hahaha. Sekali sekala berendam lama2 kan. Pastu aku orang first yang bersih2kan badan sebab aku penat nak lepak2 atas katil je. Hehehe. Aku verangan seronok nye kalau berhoney moon kt sini nanti. Hahaha.


Malam tu nak pergi dinner. Google kedai mana yang best. Last2 decide pergi makan restoran Sri Mesra. Sebab review cm gempak sangat. Aku suspect staff dia yang wat review tu. Hahahampeh je kan. Tapi bagi aku kedai ni biasa sangat, takde keistimewaan pun. Sotong goreng takde, udang pun kecik. Aku bagi 2/5 je. Sebab totally tak best kat sini. Portion makanan kecik dan kureng sedap tapi mahal.


Esok nye, semua orang sambung berendam lagi. Hahaha. Memang puas berendam je la kan. Siap call lobby bagitau nak kuar lambat sikit. Dapatlah extra 1 jam. Check out kul 1tengahari. So plan hari tu nak pergi 3D art gallery. Haaa dalam ni memang puas bergambar sebab takde orang lain. Siap staff gallery ni layan kitorang posing. Hahaha. Penat woi posing dalam ni, sampai aku tak larat dah plus perut lapar time ni. 













Lunch kali ni nak try kt Cowboy Place. Katanya pernah masuk JJCM. Layankan je la. Rupanya menu kt sini cuma nasi kukus ayam panggang. Sedap jugak. Harga RM6.00 + jus tembikai rm2 = RM8.00. Cuma tempat ni berlumpur sikit. Aku bagi 4/5. Sebab ayam panggang besar dan sedap. Hikhikhik.








Lepas dah kenyang, ingat nak pergi rumah terbalik tapi super duper penat. So kitorang decide takyah pergi, maybe lain kali je. Sebab Port Dickson kan dekat je hehehe. Tapi sebelum tu sempat jugak singgah King’s Char Kuey Tiow sebab nampak menarik tertarik gittew. Dan Char Kuey Tiaw situ memang the best. Ikan bakar pun best. Puas hati. Haaaa kedai ni aku bagi 5/5. Sebab kedai bersih, dan makanan memang sedappppp. Time untuk balik, sengaja balik malam2 sebab taknak tempuh jem kt KL nanti. Aku sampai rumah dekat kul 10 malam.



Maka tamatlah kisah short vacay kitorang ke Grand Lexis, PD ni. Merasa jugak la duk hotel mahal kan. Ingat next time nak merasa Hibiscus Lexis pulak. Hikhikhik. Verangan.





ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, October 14, 2015

385 Wordless Wednesday : Happy Anniversary Mak & Ayah

Wednesday, October 14, 2015
Hi,

Hari ni 1 Muharram 1437, genap 40 tahun mak dengan ayah nikah. Mereka dah happy dengan kehadiran 6 orang anak, 3 orang menantu dan 6 orang cucu. Alhamdulillah mereka sihat takde sebarang penyakit serius. Tu yang kitorang adik beradik bersyukur sangat. Ayah masih boleh drive ke mana2. Mak pulak hari2 berwassap dengan kitorang. Hehehe.

Aku takde ucapan khas. Malu. Hahaha. Aku nak wish, aku sayang mak ayah aku lebih segalanya. Takde yang lebih berharga selain mereka berdua. Semoga mak dengan ayah sihat selalu. Mmmuuaahh.














i love u so much!


ok bye!
eimanhikmah

Saturday, October 10, 2015

384 Holiday Grand Lexis PD : Asam Pedas PD

Saturday, October 10, 2015
Hi,

Tahap kerajinan kureng sikit sekarang. Sebab apa pun aku tak sure. Ni pun update laju2 mana yang sempat je la dulu ek. Memandangkan plan holiday kt Langkawi tak jadi, so kitorang decide nak holiday kt Grand Lexis, PD je. Tapi masa booking tu bagitau check in kul 4ptg. So masa sampai PD kul 2ptg tu jalan2 cari makan dulu lah. Takde nak food hunting sgt sebab jumpa kedai mana2 tu kitorang berhenti je. Last2 nampak kedai makan Warung Asam Pedas PD. Singgah makan terus. Time sampai terus hujan lebat.



Aku tak sure la tempat tu memang lalat banyak ke atau lalat datang time hujan je. Masa makan tu lalat penuh. Mencik mencikkkkkkk. Tak senang nak makan. Aku makan asam pedas ikan pari n coconut shake je. Semua sekali RM10.50. Member2 lain ada makan mee bandung dengan asam pedas ikan tenggiri. Kalau ikut rate aku makan kt sini dalam 3/5 je. Kureng sikit laaaa.



Dah pukul 3ptg, terus kitorang chow pergi Grand Lexis tu. Aku boleh lupa jalan, padahal bulan May hari tu baru je berholiday kt Glory Beach Resort kan. Grand Lexis ni sebelah2 je dengan Glory Beach Resort. Terpusing2 gak lah aku. Penat kawan aku bagi instruction. 2 3 kali u-turn. Hahaha. Dah settle check in, yeayyy boleh masuk bilik kul 3.15ptg. Suke suke sebab dapat check in awal. Sampai2 dalam hotel, wahhhhh best tak terkata. Hohohoho.



To be continued. Malas nak edit gambar. Hahaha. Gambar makan2 dulu lah.








Ok bye!

eimanhikmah

Friday, October 9, 2015

383 Plan Holiday Langkawi Tak Jadi

Friday, October 9, 2015
Hi,


Aku pulak malu kt blog sendiri sebab lama tak update pape. Hahaha. Sampai nak throwback pun takde benda nak throwback. Kohkohkoh. Ok2 hari ni nak update sikit la. Aku kengkonon baru balik bercuti. Tapi ada cerita sebelum bercuti. Punya la semangat sampai airport kul 6.30am, sampai2 taknak breakfast dulu sebab plan nak breakfast kt tempat holiday je. Hahaha. Sekali flight CANCEL! CANCEL HOKKEYY. Semangat nak holiday kt Langkawi uollssssss.



Siap dah masuk dalam flight tu, siap dah dengar demo emergency dalam flight. Sekali kapten buat announcement bagitahu flight delay. Terpaksa la evacuate flight. Hangkut balik bagpack yang berat gabak tu. Tunggu punya tunggu, diorang bagitau flight delay sampai kul 1.50pm. Ok la tunggu je la sampai kul 1.50pm tu. Dah dekat2 kul 1.50pm tapi takde pun announcement suh naik flight. Time ni la baru tau flight cancel terus. KECEWA! Yup, itu perasaan aku masa tu. Still lagi duk kt ruang menunggu sampai takde orang dah kt situ. Hukhukhukhuk.



Aku punya la yakin yang flight aku takkan cancel. Sebab sepanjang2 hidup aku naik flight, tak pernah kena flight cancel or delay ni. Hukhukhuk. Tapi apakan daya. Flight cancel sebab jerebu teruk giler kat Langkawi. Tak boleh nak watpe dah. Huhuhu. Solution yang Air Asia bagi untuk kitorang, refund by point or tukar waktu flight lain. Takmo2 dah naik flight sebab fikir kalau keesokkan naik flight pergi Langkawi, belum tentu jerebu tu hilang. So kitorang amik yang refund by point tu je. Tak plan lagi nak ganti holiday naik flight ke mana. Malas nak fikir, eh boleh gitu. Hahaha. Duk kt airport selama 13 jam yang sengsara. Aishhhhh.



Walaupun flight pergi langkawi cancel, tapi tu tak mematahkan semangat kitorang untuk holiday jugak. Hahaha. Terus tercetus idea plan B. Dan2 time tu jugak ada plan B. Haha. Terus booking Grand Lexis, Port Dickson. Hahaha. Tapi cerita Grand Lexis, PD tu lain kali la cerita. Kohkohkoh.



masa ni diorang sampai airport kul 5pagi lagi. diorang brekfast kt Mcd. aku masa ni baru nak gerak dari rumah., hekhekhek. tu yang malas nak breakfast dah.
muka semangat nak holiday sebab dah nak naik flight. siap dah post kt fb hokkeyyyy. malu iolsss.
time ni dah kena kuar flight, tgh menunggu kt ruang menunggu, aku memang sambung tidow, tibe2 terjaga, ada mamat cina depan aku ni berjoget. hahahaha. #mudahterhibur
bosan gilerrrr wehhh nak tunggu lagi 3jam lebih. hukhukhuk
comey lotey. hahaha perasan!
haaaa ni dah masuk flight tau, pastu kena kuar. sedih kan.
lupa nak bagitau, kitorang plan holiday ni ke Langkawi ni 7 orang. yang 3 orang ni flight awal kul 7.30 pagi. pastu diorang bagitau yang diorang kena landing kt Penang sebab langkawi jerebu kuat. last2 diorang pun kena patah balik KL, sedih kan.










Begitu lah kisah plan holiday Langkawi tak jadi. Tunggu next time kang baru plan lain. Nasib baik kat Langkawi tak book apa2 kecuali homestay. Tapi tuan homestay pun dengan baik hati pulangkan balik duit deposit kitorang. Yeay.



ok bye!
eimanhikmah