Tuesday, September 22, 2015

379 Balik Kelantan : Kesan Banjir kt Manek Urai

Tuesday, September 22, 2015
Assalamualaikum,


Aku dengan family aku dari Hari Malaysia sampai 20hb Sept hari tu kitorang sempat pulang ke kampong. Wahhh pulang ke kampong gittewww. Hehehe. Nenek sebelah mak aku duk kt Kelantan. Tapi bila aku bagitau member2 aku yang aku cucu orang Kelantan, diorang tak percaya. Hahaha. Aku awal2 lagi bagitau, jangan kecek Kelate dengan aku sebab lidah aku keras, memang tak sedap naw bunyi kecek Kelate. Last2 aku memang taknak cakap dah. Kalau pergi pasar pun, aku main bantai cakap KL. Hahaha.




Memang sengaja tak balik time raya haji sebab tau kalau balik time tu, jalan jem bak hangggg. Tak sanggup arr nak redah jem time tu. Huhuhu. Ni balik sebab nak tengok nenek aku je. Takde la berjalan beriya sangat. Ada la certain2 tempat yang aku pergi. Aku rasa nak bercerita melalui gambar je la. Hewhew.

kitorang balik lalu Kuala Krai, pastu abg ipar aku terus bawak masuk kampung ni. kesan banjir masih ada lagi, bau lumpur pun masih ada lagi. kesiannnnn
rumah ni pun masih tak bercat selepas kes banjir tahun lepas
dinding pun masih berlumpur
haaa ni la sekolah Manek urai yang diorang jadikan tempat pemindahan banjir. bayangkan banjir sampai tingkat 3 sekolah tu. memang tenggelam habis kampung ni
ada lagi penduduk yang duduk dalam khemah dan rumah tinggal tangga je dihanyut banjir. subhanallah
selepas 10 bulan, rumah pun masih tak siap lagi. 







Haa tu tempat first aku lawat bila sampai Kelantan ni. Abg ipar aku ada buat CSR kat sini masa lepas banjir. Dia pergi awal tahun ni. So dia ingat lagi jalan masuk kampung ni. Sedih sangat tengok penduduk kampung ni, still lagi menjalani kehidupan seperti biasa walaupun rumah hancur musnah. Mana OKB yang dapat duit 2.6 billion tu, takde nak wat apa2 ke. Huhuhu.

Ingatkan nak masuk sekali sumbat dalam satu entry tapi aku banyak kerja pulak ni. Hahaha. Tunggu next entry la.

ok bye!
eimanhikmah

2 comments:

fizafantagirO said...

Alhamdulillah, rumah saya yang total lost sebab banjir hari tu dah siap , dah duduk pun :)

miss eimanhikmah said...

Alhamdullilah..kesian kepada mereka yang tak mampu..=(