Wednesday, September 9, 2015

378 Mesin Gambar Jepun

Wednesday, September 9, 2015
Hi,


Aku hari tu tengok wayang. Tengok lagi movie The Man From U.N.C.L.E. hahaha. Sebab movie best sangat, sanggup tu tengok sampai 2 kali. Jangan ada kali ketiga sudah. Haha. Aku nak tengok movie Transporter pulak pasni. Macam best je kan movie tu. Kot2 rajin, esok nak pergi tengok la kalau takde apa2 nak wat sebab esok off day.


Aku dah lama perati mesin gambar jepun kt wayang tu. Tapi tak pernah try pun. Jengah2 dalam langsir mesin tu je. Jadi hari tu, teringin la nak try kan. Nampak cam token guna 4 je. Ke aku salah faham ke apa ntah, rupanya mesin tu harga RM13.00. Alang2 dah bayar RM5.00 masa mula2 tu sebab mesin terima duit RM5, RM10 dengan duit RM50 je. Jadi terpaksa tambah lagi RM10. Maka berposing la aku sorang dalam tu. Senget sana, senget sini, senyum sana, senyum sini. Siaplah aku berposing. Haha. Malu aku walaupun dalam bilik mesin tu berlangsir. Hahaha.



Time nak edit pulak. Sekali dia bagi arahan bahasa Jepun daaa. Haram sepatah pun aku tak faham. Nak taip nama sendiri pun takleh. Cis! Tekan2 jadi nama Amari, tekan2 lagi jadi nama Konuri. Last2 aku biar default je. Hahaha. Dah siap print, aku yang tergelak2 tengok gambar tu. Hahaha. Aisshhh la tua2 baru sibuk nak bergambar dalam mesin tu. Kekekeke.





Tengok tu budak gemok bergambar ala2 J-pop. Hahahaha.



ok bye!
eimanhikmah

3 comments:

lynndamya said...

Salam, hahaha nasib baik sy penah try mase study dulu, tu pun dgn bf...sweet katenyerr~ hahaha review lah filem tu..best sgt ye? hehe

wahida said...

comel apa posing tu semua...
mahal jugak ye harganya...huhu...
anyway, tengs drop by my blog n drop ur comment, i follow sini terus ye..

Nabihah Arrose said...

Cantik gambar dan comel model j-pop tu posing :-)