Monday, September 7, 2015

377 : CSR & Empangan Semenyih

Monday, September 7, 2015
Hi,



Beberapa hari kantoi nak update blog. Hehe. Busy ya amat. Hari sabtu lepas sempat la aku berCSR. CSR ni anjuran office aku. Katanya dalam email, kul 7.30pagi berkumpul kt Pusat Jagaan Saresu, Semenyih. Gigih la aku kuar rumah kul 6.30pagi tau. Memang tepat kul 7.30pagi aku sampai, takde orang lagi yang sampai. Hahahampeh je kan. Aku duk je la dalam kereta sampai member aku sampai. Ramai gak join CSR ni dekat 50orang.



Memandangkan ramai sangat yang join. So kerja2 CSR ni sekejap je dah siap. Pusat Jagaan Saresu ni rumah kebajikan untuk warga tua dan OKU. Yang duduk kt rumah jagaan ni lebih kurang 50orang. Aku dalam hati, ramainye! Rumah tu bukan banglo pun. Rumah sebijik jek pun. Dalam hati bersyukur aku duk kt rumah yang selesa. Ni kira pusat Jagaan orang India dan Cina. Tapi aku tak masuk dalam rumah ni sebab tak sampai hati. So kitorang bersih2 kan kawasan luar rumah je. Sapu2 dan basuh2 lantai, tanam2 pokok & buang barang2 tak pakai.



apa2 hal breakfast dulu

start kerja, tanam pokok Mulberry

budak ladang yang dah lama tak tanam menanam


selfie je lebih..hahahaha

budak kecik yang kawan peluk tu, tu anak pelakon Heryanto. wife dia kerja Astro gak.




Lepas dah siap CSR ni, kawan aku ajak pergi melawat kawasan jap. Seingat aku, aku tak pernah jejak Semenyih nih. Pernah sampai Kajang je. Tapi takdelah melawat kawasan sangat pun. Aku nampak signboard Broga. Dari dulu lagi nak panjat Broga ni, tapi belum dapat lagi. Ni dah tau kt mana, boleh la kang panjat nanti. Hikhikhik. Kawan aku bawak pergi Empangan Semenyih. Wooowwww cantik sangat. Selfie2 sat pastu blah sebab kitorang semua perempuan, serammmm nak berlama2 kt situ. 










Lebih kepada gambar selfie je. Gambar dengan ramai2 tu kt sape ntah. Malu iolls nak mintak. Hahaha. Ok nak start kerja dah. 


ok bye!
eimanhikmah

4 comments:

lynndamya said...

Salam, haha wah bagusnya buat aktiviti2 csr camni..alaa nape xmasuk dlm rumah tu, kasi nangis2 sikit..hehehe..
tasik tu cantik gila, tp mcm sunyi sgt...mcm ade naga kat bawah dia..hahahha okay imaginasi~

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah pagi

miss eimanhikmah said...

HI lynndamya
tinggi sgt imaginasi tu...hahaha
tempat ni memang sunyi, tu yg cpt2 blah dr situ...takutttt

miss eimanhikmah said...

hi Nurzakiah Hanum
selamat pagi...kerja byk, x sempat nk BW