Wednesday, September 30, 2015

382 Wordless Wednesday

Wednesday, September 30, 2015
Hi,


Dah lama tak update blog ni. Busy ya amat. Selamat hari Rabu semua. Kerja kt office memang takkan habis. Isk busy sangat la. Tak sempat nak taip banyak2. Ok bye.

Belanja selfie budak Boro ni. Muka nak ketat. Hahahaha

ok bye!
eimanhikmah

Thursday, September 24, 2015

381 Raya Aidil Adha : Jubah Jibun

Thursday, September 24, 2015
Hi,


Selamat Hari Raya Aidil Adha. Iolls bekerja di hari raya. Wuwuwuwu. Nak kata sedih, tak sedih sangat la. Hahaha. Perut kenyang je rasa ni. Hari ni kite berjubah la kite yek. Mesti la nak melawa kan kan, kata hari raya. Hehehe. Tadi pagi kuar breakfast, pusing2 gak cari kedai makan. Mana la ada kedai makan bukak time raya2 kan. Terlalu la kat kawasan orang2 Myanmar ni. Nak tau, diorang rayakan raya haji lagi meriah tau. Aku rasa tumbang lembu 7 ke 8 ekor gak tu. Pakat ramai2 sembelih, pastu lapah. Rugi tak amik gambar je tadi. huhuhuhu.









Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.

ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, September 23, 2015

380 Balik Kelantan : Sapu Sumbat Habis

Wednesday, September 23, 2015
Hi,

Sambung lagi lah cerita balik Kelantan. Aku rasa dah dekat 3 tahun aku tak balik sini. Sejak2 dah kerja ni, cuti pun susah so memang jarang dapat ikut family balik Kelantan. Aktiviti sepanjang kt sini, kitorang standard2 je. Mesti wajib pergi tempat ni. Antara tempat wajib pergi, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, ronda2 Kota Bharu dengan last sekali Pantai PCB. Lain2 tu pergi kalau sempat je.



ni hidangan pertama breakfast nasi berlauk. kt Kelantan femes nasi berlauk ni. kata pakcik aku, pagi2 dah ramai orang beratur nak beli nasi ni. lauk banyak nasi banyak pastu muraahhhhh

cubaan abg aku nak tangkap ayam nak wat gulai tak berjaya. last2 tak dapat makan gulai ayam kampung. heehhehe

muka excited pagi2 dah jengah Pasar Teman kt RTC. syurga makanan ni..banyak giler makanan jual kt sini.

ni masa kt Rantau Panjang. tempat abg aku berdiri tu, dulu kedai2 baju tapi dah terbakar awal tahun ni. so takde dah kedai2 tu. sekarang rantau panjang mahal dah wehhhhh. tobat taknak datang lagi tahun depan. 

ni pintu masuk ke Thailand

malam masa liga malaysia Kelantan vs Felda, kitorang sempat jalan2 KB. masa round stadium tu, diorang senyap je rupanya tengah separuh masa patut la senyap je. pastu kitorang singgah Burger Bakar versi kelantan, boleh tahan sedap ni

amik burger tower bak hangggggg

ni masa jalan kt Pasar Siti Khadijah. dah lama sgt tak pergi sini, tak berubah pun tempat ni

jalan2 tingkat atas. tak plan shopping sini, jadi tengok2 je. memang ada berkenan tapi harga dia mahal loorrrrrr

ni dengan kak ain, anak buah aku
kak ain n kak aliya
ni kat Istana Kraftangan. tak sengaja pergi sini. sebab nak makan kt Kedai makan Nasi Ulam Cikgu je. tapi boleh la kan nak jalan2, terjah jeeee

panas kt sini. sian affan kepanasan dalam carrier




ni lunch kt Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu. Femes kt facebook. tu yang pergi jugakkk. murahhh makan masa ni RM50.00 je.


lepas makan kt Kedai Makan Nasi Ulam cikgu tu memang nak terus balik dah. tapi tersalah jalan terus masuk jalan ke Pantai PCB. excited la jugak dapat pergi sini. tapi tak best dah jugak sebab ada tembok batu tinggi sangat tak nampak laut dah. jadi layan celup2 dengan aiskrim kelapa je laaa.







walaupun panas tapi Affan ni baik je. tak cranky pun. 
pas sibuk2 berjalan siang tu, malam tu terus kitorang wat tahlil untuk tok ayah. tok ayah meninggal tahun 2004, setiap kali balik Kelantan kitorang akan wat tahlil. semoga roh tok ayah tenang di sana. Alfatihah.

lepak2 dengan sepupu sepapat.

selfie2 dengan sepupu sepapat

time ni nak gerak balik KL dengan Johor dah. selfie sikit. rumah mek aku memang depan sawah.

haaaa sempat lagi memborong keropok kt Kadok
luruskan kaki kejap kt Warung Lemang To'ki kt Bentong. masa odw nak ke Kelantan, nampak dah warung ni. ramai bikers stop kt sini. jadi menghala balik, sempat la singgah makan lemang dengan serunding daging

kite dah beraya awal2 dah.

Ok dah settle cerita balik Kelantan. Ni kira sapu sumbat ni. Malas nak berpart2 sangat. Hahaha. Yang rasa terkilan, aku tak selfie sangat dengan makcik2 aku sebelah sana. Diorang segan sikit. Jadi banyak gambar muka sendiri je. 

Esok raya dah. Aku kerja woiii. Hukhukhukhuk. Wat tak tau je la. Anggap je tak raya. Hahaha. Tapi plan nak beli lemang. Saje nak feel raya. Gittewww. Serunding daging ada lagi masa beli kt Kelantan. Kira jadi arrr tu lauk raya.

Selamat Hari Raya AidilAdha semua.


ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, September 22, 2015

379 Balik Kelantan : Kesan Banjir kt Manek Urai

Tuesday, September 22, 2015
Assalamualaikum,


Aku dengan family aku dari Hari Malaysia sampai 20hb Sept hari tu kitorang sempat pulang ke kampong. Wahhh pulang ke kampong gittewww. Hehehe. Nenek sebelah mak aku duk kt Kelantan. Tapi bila aku bagitau member2 aku yang aku cucu orang Kelantan, diorang tak percaya. Hahaha. Aku awal2 lagi bagitau, jangan kecek Kelate dengan aku sebab lidah aku keras, memang tak sedap naw bunyi kecek Kelate. Last2 aku memang taknak cakap dah. Kalau pergi pasar pun, aku main bantai cakap KL. Hahaha.




Memang sengaja tak balik time raya haji sebab tau kalau balik time tu, jalan jem bak hangggg. Tak sanggup arr nak redah jem time tu. Huhuhu. Ni balik sebab nak tengok nenek aku je. Takde la berjalan beriya sangat. Ada la certain2 tempat yang aku pergi. Aku rasa nak bercerita melalui gambar je la. Hewhew.

kitorang balik lalu Kuala Krai, pastu abg ipar aku terus bawak masuk kampung ni. kesan banjir masih ada lagi, bau lumpur pun masih ada lagi. kesiannnnn
rumah ni pun masih tak bercat selepas kes banjir tahun lepas
dinding pun masih berlumpur
haaa ni la sekolah Manek urai yang diorang jadikan tempat pemindahan banjir. bayangkan banjir sampai tingkat 3 sekolah tu. memang tenggelam habis kampung ni
ada lagi penduduk yang duduk dalam khemah dan rumah tinggal tangga je dihanyut banjir. subhanallah
selepas 10 bulan, rumah pun masih tak siap lagi. 







Haa tu tempat first aku lawat bila sampai Kelantan ni. Abg ipar aku ada buat CSR kat sini masa lepas banjir. Dia pergi awal tahun ni. So dia ingat lagi jalan masuk kampung ni. Sedih sangat tengok penduduk kampung ni, still lagi menjalani kehidupan seperti biasa walaupun rumah hancur musnah. Mana OKB yang dapat duit 2.6 billion tu, takde nak wat apa2 ke. Huhuhu.

Ingatkan nak masuk sekali sumbat dalam satu entry tapi aku banyak kerja pulak ni. Hahaha. Tunggu next entry la.

ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, September 9, 2015

378 Mesin Gambar Jepun

Wednesday, September 9, 2015
Hi,


Aku hari tu tengok wayang. Tengok lagi movie The Man From U.N.C.L.E. hahaha. Sebab movie best sangat, sanggup tu tengok sampai 2 kali. Jangan ada kali ketiga sudah. Haha. Aku nak tengok movie Transporter pulak pasni. Macam best je kan movie tu. Kot2 rajin, esok nak pergi tengok la kalau takde apa2 nak wat sebab esok off day.


Aku dah lama perati mesin gambar jepun kt wayang tu. Tapi tak pernah try pun. Jengah2 dalam langsir mesin tu je. Jadi hari tu, teringin la nak try kan. Nampak cam token guna 4 je. Ke aku salah faham ke apa ntah, rupanya mesin tu harga RM13.00. Alang2 dah bayar RM5.00 masa mula2 tu sebab mesin terima duit RM5, RM10 dengan duit RM50 je. Jadi terpaksa tambah lagi RM10. Maka berposing la aku sorang dalam tu. Senget sana, senget sini, senyum sana, senyum sini. Siaplah aku berposing. Haha. Malu aku walaupun dalam bilik mesin tu berlangsir. Hahaha.



Time nak edit pulak. Sekali dia bagi arahan bahasa Jepun daaa. Haram sepatah pun aku tak faham. Nak taip nama sendiri pun takleh. Cis! Tekan2 jadi nama Amari, tekan2 lagi jadi nama Konuri. Last2 aku biar default je. Hahaha. Dah siap print, aku yang tergelak2 tengok gambar tu. Hahaha. Aisshhh la tua2 baru sibuk nak bergambar dalam mesin tu. Kekekeke.





Tengok tu budak gemok bergambar ala2 J-pop. Hahahaha.



ok bye!
eimanhikmah

Monday, September 7, 2015

377 : CSR & Empangan Semenyih

Monday, September 7, 2015
Hi,



Beberapa hari kantoi nak update blog. Hehe. Busy ya amat. Hari sabtu lepas sempat la aku berCSR. CSR ni anjuran office aku. Katanya dalam email, kul 7.30pagi berkumpul kt Pusat Jagaan Saresu, Semenyih. Gigih la aku kuar rumah kul 6.30pagi tau. Memang tepat kul 7.30pagi aku sampai, takde orang lagi yang sampai. Hahahampeh je kan. Aku duk je la dalam kereta sampai member aku sampai. Ramai gak join CSR ni dekat 50orang.



Memandangkan ramai sangat yang join. So kerja2 CSR ni sekejap je dah siap. Pusat Jagaan Saresu ni rumah kebajikan untuk warga tua dan OKU. Yang duduk kt rumah jagaan ni lebih kurang 50orang. Aku dalam hati, ramainye! Rumah tu bukan banglo pun. Rumah sebijik jek pun. Dalam hati bersyukur aku duk kt rumah yang selesa. Ni kira pusat Jagaan orang India dan Cina. Tapi aku tak masuk dalam rumah ni sebab tak sampai hati. So kitorang bersih2 kan kawasan luar rumah je. Sapu2 dan basuh2 lantai, tanam2 pokok & buang barang2 tak pakai.



apa2 hal breakfast dulu

start kerja, tanam pokok Mulberry

budak ladang yang dah lama tak tanam menanam


selfie je lebih..hahahaha

budak kecik yang kawan peluk tu, tu anak pelakon Heryanto. wife dia kerja Astro gak.




Lepas dah siap CSR ni, kawan aku ajak pergi melawat kawasan jap. Seingat aku, aku tak pernah jejak Semenyih nih. Pernah sampai Kajang je. Tapi takdelah melawat kawasan sangat pun. Aku nampak signboard Broga. Dari dulu lagi nak panjat Broga ni, tapi belum dapat lagi. Ni dah tau kt mana, boleh la kang panjat nanti. Hikhikhik. Kawan aku bawak pergi Empangan Semenyih. Wooowwww cantik sangat. Selfie2 sat pastu blah sebab kitorang semua perempuan, serammmm nak berlama2 kt situ. 










Lebih kepada gambar selfie je. Gambar dengan ramai2 tu kt sape ntah. Malu iolls nak mintak. Hahaha. Ok nak start kerja dah. 


ok bye!
eimanhikmah