Wednesday, August 19, 2015

370 Krabi Holiday : 3rd Day

Wednesday, August 19, 2015
Hi,



Cerita kat Krabi belum habis lagi. Hahaha. Kecoh arrrr. Setakat Krabi jek tu. Alaa biar lah. Aku nak simpan kenangan masa tua nanti. Hehehe. Ni cerita hari ketiga. Hari ketiga ni free & easy sebab tak amik mana2 pakej sebab tak cukup bajet. Huahuahua. Mula2 masa sampai tu, plan nak amik pakej kayak tapi bila fikir2 balik, takut tak larat. Pastu fikir2 balik, hari ketiga tu kite wat food hunting je la.



Nak food hunting kt Krabi ni not so bad. Cuma bad day je sebab hujan sepanjang hari. Wuuwuwuwuw. Sedih wooo sebab plan nak tengok sunrise dengan sunset tak tercapai. Bangun pagi2 kul 6.30 dah dengar bunyi hujan luar hotel. Masing2 dah kecewa dah. Masuk bilik, sambung tidow balik sampai kul 11pagi. Hahaha. Kuar nak food hunting pun masih hujan. Sendu betul.

hujan kt belakang tu sebenarnya, tp pemandangan tetap cantik


First, food hunting untuk lunch sebab dah tengahari. Jalan2 kat Ao Nang street tu nampak kedai makan halal. Nama kedai Jamai Restaurant. Ok la kot, try masuk. Tengok harga pun ok. Aku pun order  nasi goreng nenas sotong. Member2 lain order lain2 gak. Ada mee sup, nasi goreng pataya, ada nasi goreng beef la. Sekali sampai, portion nasi tu sikit sangat. Seriously sikit. Like boleh makan untuk 7-8 sudu je, ko bayangkan. Aku awal2 dah kecewa dah. Huhu. Tak berbaloi walaupun murah. Kecik hati iolls kat kedai makan tu. Huhuhu.

nasi goreng nenas sotong 100baht

Lepas makan kt Jamai Restaurant tu, sesi jalan2 cari pancake. Dari sebelum dating Krabi, kawan aku survey pancake Yamilah yang paling sedap. Gigih ni berjalan jauh2 dalam hujan nak mencari kedai pancake makcik Yamilah ni. Sampai2 terus order pancake banana + choc. Kedai makcik Yamilah ni dapat harga 40baht je sebab kedai lain 60-70baht. Beza kan. Makcik Yamilah punya style masak pancake ni lain sikit. Aku nampak dia letak minyak panas atas pancake tu, so kejap je dia masak pancake dia dalam 3 minit je tapi rasa marvelous. Perghhh terangkat. Kedai  makcik Yamilah ni paling hujung sekali. Dia pandai cakap melayu, dia cakap kalau jual kt mat saleh mahal sikit, kalau jual kat orang melayu or islam, dia bagi murah. Baik kan. Hehehe. Sambil2 makan pancake, aku sempat beli ayam goreng & hotdog kedai sebelah. Hehehe

depan kedai pancake makcik yamilah

aku pancake dah siappppp

jalan2

with cik yana

ao nanggggggggg

sedap nyeeeee



Sambil makan sambil jalan, hujan makin reda. Macam best je kalau berendam2 kt laut kejap. Hehehe. Ombak pun agak deras. Aku dengan member2 berani berendam kat gigi2 air je. Wahhh gigi2 air,kerlasss sangat. Hehehe. Aku yang berat ni pun bila kena ombak tu pun melambung jugak tau. Ada lah berendam dekat sejam. Baju dah basah, terus balik hotel dulu lah. Lagi pun dah petang. Tak elok duk kat laut petang2. Hikhikhik.



udang goreng 









Dah nak malam sikit, kuar lagi. Member2 yang lain plan nak bermassage. Aku bermassage, memang idok lerr sebab aku tak tahan geli. Hahaha.  Murah jgk massange, 150-250baht untuk massage satu jam. Boleh bargain murah kalau pandai. Sementara tunggu diorang bermassage, aku dengan Yana pergi makan2 la apa lagi. Pancake lagi. Hahahaha. Kali ni makan kat Cucumber Restaurant tu. Haaa yang ni aku puas hati, sebab portion nasi banyak dan sedap. Puas makan. Lepas makan2, massage2 kitorang sambung shopping lagi untuk lapanpuluhjuta kali. Penat!

busker kt ao nang street

teman orang shopping

ni yang pergi massage2. ni kt depan kedai tu

aku makan pancake lagi...ahahaha

nasi putih lauk kari

sedapppppppp




Balik hotel. Tidowwwwwwwwwwwwww.


Ok bye!

eimanhikmah

No comments: