Saturday, August 22, 2015

371 Krabi Holiday : 4rd Day

Saturday, August 22, 2015
Hi,



Hari keempat kt Krabi. Kali ni amik pakej sebab semalam nye dah free & easy kan berendam2 kat laut je kan. Hari ke-4 ni nak berendam kat Emerald Pool dengan hot stream pulak. Kul 8.30pagi dah tunggu depan hotel tunggu driver datang amik. Driver baik, pandai cakap melayu slang kelate. Hehehe. Selesai pick up orang2 semua, bertolak la ke destinasi. Sekali rupanya setiap tempat ni jauh2. Ngantukkkk duk dalam van lama2.

selfie sikekkkkkk
 



1st tempat pergi Hot Stream. Tak dapat bayangkan tempat dia camner. Kena jalan masuk dalam 200meter kot. Rupa2 nya, tempat ni kecik je. Ni nasib baik aku pergi time tak peak time, sebab time ni pun kolam hot stream tu penuh. Kitorang menyelit2 jugak la masuk sebab rugi tak masuk mandi dalam hot stream tu kan. Ada berendam dalam 10 minit, kejap je sebab orang lain nak masuk jugak. Huhuhu. Pakcik driver bagi masa 40minit kat sini.

hot stream ni unik, sebelah sana ada sungai air keruh dan deras, tapi ada kolam air panas dan air jernih. subhanallah

selfie lagi kat signboard masuk


2nd tempat, Emerald pool. Dari hot stream ke emerald pool pun boleh tahan jauhhhhhh. Tertidow pastu bangun semula pun tak sampai lagi. Hahaha. Sekali sampai, nampak signboard pun dah suka dah. Sekali pakcik driver cakap kena jalan masuk dalam 800meter, menangis kejap. Hahaha. Nak taknak kena jalan masuk jugak la. Rugi weh. Sekali sampai sini, cantik nyeeee Emerald Pool ni. Kat sini lepak dalam sejam lebih. Tapi sapa2 yang amik lunch, kena kuar awal sikit untuk lunch kat restoran depan. Lauk makan lunch halal dan sedapppppp. Dont worry2 ok. Layanan pun tiptop.





air jernih sampai bawah tu pun boleh nampak

muka excited dapat mandi emerald pool



3rd tempat pergi Elephant trekking. Dari emerald pool ke elephant trekking ni punya tempat pun boleh tahan jauh jugak. Aku boleh memberi tanggapan, untuk aktiviti darat kat Krabi bagi aku kureng laaa sebab jauh2. Tapi tempat dia cantik. Huhuhu. Kat elephant trekking, aku berpeluang duduk betul2 atas gajah. Nasib baik gajah tu behave je. Hehe. Kat elephant trekking dalam setengah jam. Kalau orang tanya, ko kt Krabi naik gajah tak, ko boleh jawab dengan bangganya, naik! Hahaha. Untuk balik, another driver anta kitorang balik baik pick up. Ala2 tuk2.





gajah ni nama Moo. dia dengar cakap, nasib baik dia behave dan dengar cakap

balik naik truck


Malam terakhir sebelum balik, malam tu food hunting untuk kali terakhir. Dah bape malam nampak kedai noodle depan hotel tapi tak sempat2 nak pergi beli kat situ. Malam terakhir memang pakat  nak beli noodle abg ni. Pastu food hunting lagi pulut manga, pulut ayam, pancake. Habis2 shopping makanan semua, semua lepak depan hotel makan ramai2. Menikmati keindahan Ao Nang street sebelum berangkat balik esok.


 
tengah shopping makanan kt gerai depan hotel, nk beli jagung bakar, pulut mangga, pulut ayam, pancake, pisang goreng

hasil2 food hunting hari terakhir

lepak2 makan depan hotel




Dah kenyang, masuk bilik sambung kemas barang sebab esok subuh2 nak gerak balik Malaysia dah. Pastu tidowwwwww. Zzzzzz. Tamatlah kisah kt Krabi untuk kali ni. Ada lagi next trip dalam perancangan. Tapi kalau asyik berjalan camni, bila boleh kawen. Tu yang menjadi dilema kami semua yang kuat berjalan ni. Hikhikhik. Kawan2 aku selalu cakap, pergi jalan jauh2 tapi jodoh2 semua sombong2, so tak jumpa jodoh kat tempat yang kitorang pergi. Hakhakhak. Aku rileks je sebab jodoh aku ada je sorang tu. Hahaha. Jodoh tak sombong aku selalu ada dengan aku. Hehe.


gambar sebelum bertolak balik, sempat jap bergambar depan hotel. hotel ni recommended kalau holiday secara bajet

selamat sampai Malaysia. yeehhaaaaa







Ok bye!

eimanhikmah

1 comment:

Farrah MF said...

Jernih betul air kay emerald pool tu ye :)