Friday, August 14, 2015

368 Krabi Holiday : 1st day

Friday, August 14, 2015
Hi,



Hellowwwwww. Lama tak update blog. 5 hari bercuti. Amekawwww. Ke mana kah itu? Aku dengan member2 office 7 orang semua pergi berholiday kt Krabi, Thailand. Excited nak cite pasal Krabi ni. Ya Allah tempat dia cantiknyeeeeeee. Aku paling over excited antara ramai2 tu. Hahaha. Dah pergi sekali terasa nak pergi lagi jek.  Best giler!



Day 1
Hari pertama sampai petang dalam kul 3 lebih. Sampai2 terus amik teksi van kat airport. Runding punya runding dapat 1050bath for 7people. Murah! Terus amik, malas nak fikir panjang. Haha. Teksi van sangat ok. Selesa dan besar. Pastu driver berhenti kejap kat satu travel agency. Macam tau2 je kitorang memang belum amik2 mana pakej lagi. Memang teringin nak pergi Phi Phi Island dengan naik gajah. Pastu akak thai tu offer macam2 la. Kitorang memang ikut budget giler sebab tukar cash sikit je. Bargain punya bargain sampai low price dapat, terus amik je offer akak thai tu. Phi Phi Island + elephant + emerald pool + teksi van balik airport + night market semua sekali dapt 2757bath. Murah dah kot, tak tau la kalau boleh dapat murah. Habis dah bargain giler2 dgn akak thai tu, terus tuju hotel. Hotel pun amik yang budget jugak. Kitorang amik K.L House Ao Nang. Last price dapat RM130++ untuk 5 hari 4 malam. Murah kan. Murah gilerrrrrrr.



Sampai2 hotel, lepak2 jap sementara nak tunggu pukul 6.30 petang untuk pergi night market. Tapi sebelum tu sempat gak aku jalan2 kat Ao Nang street untuk cari pancake. Aku ingat pancake ni gebu2 la kan, rupanya macam roti canai. Hahaha. Tipah tertipu. Tapi sedap gilerrrr weh. 1st pancake aku makan pancake banana + nuttela. sedapppppp.



Night market  malam tu ada birthday celebration king Thailand. Ada nyanyi2 joget2 bagai. Tapi aku buat tak heran sebab tak faham pastu perut lapar. Hahaha. Mission nak beli makanan kat night market ni. Banyak kedai muslim kt night market ni. Pastu harga kat night market memang murah gilerrrrrr. Korang kalau datang sini, pergi night market dulu sebab boleh dapat separuh harga dari Ao Nang street. Night market ada setiap jumaat, sabtu dan ahad. Tapi aku memang plan tak shopping banyak pun. Beli t-shirt je. Mula2 beli 3 helai dulu. Dapat baju harga 130bath + 120bath + 120bath. Bagi aku murah jugak tu. Pastu cari fridge magnet. Aku bargain dengan akak thai tu 7 fridge magnet untuk 200 bath kot. Tapi ni fridge magnet yang cantik tu. Makanan pulak, malam tu aku makan nasi kuning 45bath + ice blended oren 20bath + ayam goreng 30bath. Kenyang perut, mata pun layu. Zzzzzzzz.



Mari layan gambar untuk first day at Krabi, Thailand.

sebelum masuk flight

dengan cik yana, kitorang bangun paling lambat tapi kitorang paling awal sampai airport. hahaha

 
masa dalam teksi van, teksi besar, selesa, best



makcik thai yang offer pakej murah kt kitorang

makan pancake banana choc. sedapppppppp

aku dan pancake

harga pancake, ni harga kt cucumber kitchen, agak mahal dari yang lain tapi sebab teringin sangat beli je lah huhuhu

pembuat pancake cucumber kitchen, diorang ni pandai je cakap melayu, senang nak berkomunikasi

ao nang street, macam pekan kecik kt kampung kite2 je

view depan hotel


haaa ni masa pergi night market, budak2 je yang buat performance

ni kedai muslim yang jual ayam goreng, sama je dengan ayam goreng kite kt malaysia

masa kt kedai keychain

haaaa ni nasi kuning yang aku beli, 45bath

us. alicia, yana,yani, aku, mira & ateng

air dalam buluh. rasa nye jus kot, aku tak beli pun, tengok je

aku dengan mira

ni pun budak2 yang buat performance, diorang tak pandai sangat pun menari, terlompat2 je tapi mungkin ni la cara diorang cari duit. huhuhu


Selesai dah untuk hari pertama kat Krabi. Nasib baik pakcik driver tu sopan dan punctual, tunggu sekejap je tepi jalan, pakcik tu dah sampai. Sampai2 hotel, semua terus ngap, mandi2, solat, terus tidow untuk aktiviti esok. Esok lagi bestttttt.



ok bye!
eimanhikmah 

2 comments:

Ezy Loy said...

seronoknyeeeee holiday kat krabi..
jeles kite..
hehe

Amanda Suria said...

sambung2..x sabar nak baca lagi