Thursday, August 6, 2015

365 Koleksi Pakaian Muslimah di Poplook

Thursday, August 6, 2015
Assalamualaikum..




Mood mood shopping la sekarang. Walaupun gaji non hado kan sekarang tapi tak jadi masalah lah. Online kan ada. Hahaha. Aku ni boleh dikatakan penggemar shopping baju muslimah kt Poplook sebab design2 baju kat Poplook ni cantik2. Lepas tu menutup aurat. Eh nama pun baju muslimah kan. Hehehe. Setakat ni aku dah beli 2 pasang baju kat Poplook. Satu untuk majlis tunang akak aku hari tu,tu aku beli color krim2 coklat, pastu baju raya yang latest aku beli color purple. Hewhewhew. Cuma aku tambah element manik2 & labuci2 kt baju raya aku sebab nak nampak vogue. Hahaha.




ni masa majlis tunang akak aku. so aku pakai dress dari Poplook.



the ladiessss. ni masa raya, pun aku bergaya dengan dress dari Poplook. Hehehe



Kalau tengok laman web fesyen lain yang terdapat di Malaysia, Poplook ni lebih fokuskan kepada penjualan koleksi pakaian Muslimah sahaja seperti koleksi baju kurung, jubah moden, kaftan, dress Muslimah, blouse Muslimah, skirts, seluar dan aneka pilihan hijab yang trendi. Tapi bagi aku, aku lebih prefer dress. Dress dalam Poplook ni cantik2 sangat. Kalau aku kaya, dah beli semua dah. Aku pakai saiz L tu memang cun2 kt badan, takyah nak alter2 dah.








Aku selalu tanya kawan2 aku, kat mana jual dress cantik2 tapi murah. Diorang memang awal2 suggest Poplook ni. Koleksi pakaian Muslimah Poplook memang tawarkan dengan harga lebih murah berbanding laman2 web yang lain. Bukan sahaja ditawarkan dengan harga yang berpatutan, koleksi pakaian ini juga adalah amat berkualiti dan direka khas untuk pemakaian Muslimah moden. Gittewwwww. Sejak dari tu, kalau ada apa2 event, aku terus bukak Poplook. Click2, bayar, esok terus sampai. Best kan.





Koleksi pakaian Muslimah seperti berikut bukan sahaja sesuai digayakan ketika sambutan majlis-majlis perayaan, malah turut sesuai dipadankan untuk menghadiri sebarang majlis istimewa mahupun ke tempat kerja!





Kalau korang nak tau, kepada penggemar koleksi pakaian wanita Poplook yang menginginkan ganjaran cashback dan promosi tambahan atas setiap pembelian, kini korang boleh membuat pembelian secara online melalui laman web Shopback Malaysia. Shopback MY merupakan sebuah platform yang menawarkan pelbagai tawaran hebat seperti kupon, promosi dan cashback. Wahhh bestnyeeeeee. Tak sabar nak siap2kan kerja hari ni lepas tu nak shopping sebab hujung bulan ni ada 3 weddings. 1 kt Melaka, 1 kt KL, pastu lagi 1 kt Ipoh.


Caranya amat mudah! Layari laman web Shopback dan cari ikon Poplook di halaman merchant. Kemudian, buat pembelian anda seperti biasa dan bersedialah untuk menikmati ganjaran-ganjaran hebat seperti yang dinyatakan di atas! Selamat membeli-belah korang semua. I is tak sabar dah. Wahai encik kerja, tolong la cepat habis.





Ok bye!
eimanhikmah