Tuesday, August 4, 2015

363 Jemput jemput Burger

Tuesday, August 4, 2015
Assalamualaikum..



Lama sangat tak masak. Gerobok makanan dengan peti sejuk pun lama tak bukak. Aku nye peti sejuk bahagian freezer air batu tu dah tebal dah. Aku tak sempat nak defrost. Cuba bayangkan betapa busy nye aku. Semalam seharian aku pergi Mont Kiara siap tertidow dalam kereta tunggu orang siap kerja. Hahaha. Cuma ahad lepas tu ada lah aku buat cekodok burger. Haaaaaa camner tu. Ni nak bagitau ni.



Ni resepi campak2 je ni. Sama cam buat jemput2 ikan bilis tapi aku tambah daging burger yang dh dicincang. Mula2 takut rasa pelik sebab resepi ciptaan sendiri. Bila dah siap goreng, sedap pulak. Aku letak sekali serbuk cili bagi pedas. Perghhhh sedap betul. Hikhikhik. Menyesal letak daging burger tu sekeping je, sebab sebaran daging burger untuk setiap jemput2 sikit benaw. Hahaha. Lepas ni boleh letak 2 ke 3 keping. Hahaha tamak!



Separuh je aku makan lepas tu kenyang. Pastu tertidow pastu kul 4 pagi kuar makan lagi. Nafsu betul bab makan2 ni. Hahahaha.




Ok bye!

eimanhikmah

No comments: