Friday, July 31, 2015

360 Ipoh yang best!

Friday, July 31, 2015
Assalamualaikum..



Murahnyaa semua benda kat Ipoh. Semalam2 aku pergi Ipoh kejap. Misi menyelamatkan kucing. Hehe. Gigih aku nak selamatkan kucing sampai ke Ipoh. Sebab kesian sangat kat anak kucing tu. Orang taknak jaga tapi tak sampai hati nak buang. Tanya kt mak kawan, dia cakap boleh jagakan. Terus chow pergi Ipoh kejap. Aku namakan anak kucing tu Wajik, lontong dengan Lemang. Comey je muka. Masa dalam kereta, bila kawan tu tidow kt sebelah, kucing ni diam je. Bila kawan bersuara, depa pun bermeow2 je. Macam kenal je suara yang jaga depa siang malam kan. 
Esok nye, nak pergi lunch. Nampak kedai makan tepi jalan tu lauk bersusun. Pergi je la sebab dah lapar sangat kan. Amik nasi 2, lauk ikan masak asam pedas, ayam masak lemak, pajeri nenas, air the o ais dengan air the ais semua sekali RM10.40 je bakhangggg. Murah gilerrrrr. Pastu nampak kedai jual Jus Mango. Mango yang pekat2 likat ala ala lassi tu. Aku parking belakang kedai abg tu. Duit dah bawak rm5.00 sebab takut mahal la kan sebab jus manga, sekali tengok harga rm1.00 jeeeee. Murahnyeee sebab kalau kat KL air camtu, dah rm2.00 ke rm3.00 dah.


jus mango alaaa lassi ni rm1.00 je bakhangggg




bersusun2 camni baru rm20.00
pasni nak order lagi dengan kawan ni
tp tu kalau pergi Ipoh laa


ni la member yang jual creampuff tu, dh lama sangat tak jumpa, last 5 ke 6 tahun lepas
last2 jumpa sebab nak beli creampuff
tapi excited la gak sebab tu sempat berselfie
hehehe


Sebelum tu, pagi2 aku dah usher facebook member aku dari zaman diploma lagi. Lepas habis2 diploma mmg tak jumpa dah sebab balik kg masing2 kan. Duk ushar facebook dia, dia cakap ada creampuff lebih 1 box, dia nak jual. Aku cepat msg dia cakap aku nakkkkk beli, ada 25 ketul creampuff rm20.00 je. Ya Allah murah nyeeeee. Sebab kalau kat KL mahalnyeee lah seketul RM2.00. Nak wat tak reti kan. Huhuhu. Sabar je lah.



POPO si kucing hitam manis mata galak ni. Manja ya amat
duk atas riba lama2 dia ok je

ni memey. mak nye Popo tu. comel jee walaupun dah beranak 5 kali. hehehe

ni yang aku cari setiap kali pergi Ipoh. Mee rebus Ramli
tapi tak tau semalam, rasa kureng sikit. Terus rasa tak best dah. Nasib baik malam2 aku hentam Char Kuey Tiow lagi.
haaa yang tu sedap gilerr tapi terlupa nak amik gambar. Hehehe

Ipoh yang indah. Aku suka kalau jalan2 sini. Aku suka tengok bukit bukau tu. Nasib baik Sultan Perak tak bagi tarah bukit2 tu. Kalau tak, dah lama rata bukit2 tu. Hehehe. Bestnyee Ipoh ni. Aku rasa tenang je duk sini. Tak macam KL, serabut! 




ok bye!
eimanhikmah

No comments: