Tuesday, July 28, 2015

359 Mulut Bau Petai

Tuesday, July 28, 2015
Assalamualaikum..


Semalam pergi makan kari ikan kt Restoran Kari Kepala Ikan SG kt Sri Gombak. Tengok2 menu, teringin pulak nak makan sambal udang petai. Aku pun order la sambal udang petai ni. First time ni nak makan petai. Sebab selama ni memang tak berani nak makan petai takut rasa pahit la, takut mulut berbau la, takut hilang selera makan la, macam2 la. Gedik tol. Hahaha.



Tapi semalam try makan, eh boleh makan la. Lepas sebijik bijik aku makan. Syok pulak sebab rangup. Hehe. Pastu petai ni bukan ada rasa lain macam pun Cuma mulut bau je la. Hahaha. Pas bayar kat kaunter terus sambar lollipop 2. Satu untuk aku, satu untuk kawan yang teman makan. Hehehe. Lantaklah mulut bau ke apa ke kan, aku main bantai meround semalam. Hehehe.



Bila balik rumah, time kencing pehhh semerbak bau. Hahaha. Penangan petai katanya. Tapi aku gosok gigi pastu terus tidow. Pagi tadi time kencing bau lagi. Mak aih dah semalaman pun bau lagi. Takut mulut bau jugak, aku sempat kumur dengan Listerine je. Tapi pagi ni aku google petua nak hilang bau mulut ni, ni ada banyak tips tapi satu pun aku tak try lagi. Hikhikhik



  • Kunyah beras mentah dalam senggengam. Tidak perlu ditelan.  Tapi kalau aku telan je. Hahahah
  • Kunyah terung mentah. Euwwww terung mentah macam tak boleh je aku. Kalau terung masak sambal baru sedap. Hehehe
  •  Kunyah timun. Ni paling best sebab timun sedap tapi aku takde stok timun. Hikhikhik
  • Berus gigi selepas menggunakan dental floss. Berus gigi dengan lidah tu of course tapi kalau makan kat restoran, celah mana pulak nak gosok gigi. Hahaha.
  • Kunyah chewing gum. Aku paling tak suka makan chewing gum. Dari zaman belajar dulu. Tu yang aku makan lollipop je. Hahaha
  • Campur masakan petai dengan terung. Ni dah betul dah tapi kalau menu kt restoran memang sambal udang petai, takkan tetiba nak request masukkan terung pulak. Ada kena halau dari restoran. Hahahaha.
  • Minum susu segar sebelum atau selepas makan petai. Ni kalau selera la kan. Bila dah kenyang2 nak minum susu segar, aku rasa boleh muntah. Bagi aku la. Huhuhu.



Boleh cuba mana2 petua yang ok. Ok nak sambung kerja lagi. Mulut berbau petai, sekarang ni aku breakfast biskut tawar dengan nescafe. Hikhikhik



Ok bye!

eimanhikmah

2 comments:

ComelComot said...

jemput singgah bila rajin nanti yer

http://comot-pink.blogspot.com/2015/07/azriel-first-movie-dan-movie-review.html

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
hi singgah sini
sory hr nie bz x sempat nak BW