Monday, July 27, 2015

358 Jam Tangan Lelaki di Zalora

Monday, July 27, 2015
Assalamualaikum…



Ingat tak hari tu aku ada wat entry pasal tali jam aku putus. Tu bulan 4 tu, pastu baru dalam seminggu sebelum raya hari tu baru dapat beli jam baru. Lama benaw nak tunggu beli jam baru sebab aku tak sempat nak beli baru. Pastu puas ajak kawan teman beli jam baru, last2 aku pergi sorang, settle masalah. Aku pilih beberapa jam, letak atas meja kaunter, lepas pilih kaler, jenis tali, saiz bagai. Pastu settle masalah. Hehehe.


Muka penat sebab masa ni kena keje dekat 13jam kt ofis. Motif utama nk tunjuk 
jam aku yang warna oren tu. Hikhikhik


Tapi aku sebagai perempuan yang simple, aku senang je nak pilih barang2 yang aku. Love at first sight. Gittewwww. Hahaha. Bila tengok cantik, aku terus amik pastu bayar. Kalau pilih pun ada la sikit2 je. Tengok harga, kalau mampu, terus rembat je. Tu bagi aku la. Sebab ada kawan lelaki aku ni, bab beli barang2 camni, jenuh wehhhh. Aku yang lenguh nak teman dia beli, last2 tak beli sebab tak berkenan. Cis!



So, aku boleh simpulkan yang lelaki ni lagi cerewet dari orang pompuan. Eh. Hehe. So aku tanya la kat dia, nak jam yang cmner. Nak yang jenis camner. So, kt bawah ni tips2 nak pilih jam tangan lelaki.



Jam tangan ni penting la bagi orang lelaki. Kalau dia bebel2 sebab kita orang perempuan lambat bersiap tu jangan marah la sebab orang lelaki memang pentingkan masa. Ada yang suka jam analogue ada yang suka digital. Kalau digital tu cam modern sikit la. Sekarang ni boleh beli secara online shopping website Malaysia atau blogspot sebab kalau online ni lagi banyak pilihan dari jenama-jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga berpatutan. Wahhhh bestkannnn. Jadi kat sini, aku bagitau beberapa tips terbaik koleksi jam tangan lelaki yang amat berguna.









      1)      Tali jam
Pemilihan seutas jam tangan sepatutnya berdasarkan beberapa syarat. Sebagai contoh ramai yang lebih suka akan jam yang mempunyai rekaan lebih ringkas, versatile dan boleh dibeli dengan harga yang cukup berpatutan dan murah. Dalam masa yang sama jam tangan anda hendaklah selesa bila dipakai. Ini adalah penting kerana jika tersalah pilih akan membuatkan anda tidak selesa bila memakainya dan pasti akan membuatkan anda rasa janggal. Kalau kawan aku tu, aku tengok dia suka tali jam yang besar tapi ringkas sebab dia kata tangan dia dah sado. Hahaha. 






      2) Saiz jam
Size jam juga adalah penting. Pilih jam tangan yang mmempunyai ukuran dan lilitan serta size yang bersesuaian dengan tangan anda. Ini pastinya akan melibatkan keselesaan ketika memakainya. Cuba fikirkan jika anda beli jam bersaiz terlalu besar berbanding pergelangan tangan anda, pastinya ia akan tampak pelik dan mencacatkan penampilan anda. Logiknya anda pasti hanya akan jadi bahan ketawa oleh mereka yang memerhati. Untuk mengelakkan situasi ini haruslah beringat bahawa size jam itu sendiri penting. Haaa kalau bab size, kan konon2 lengan dia sado, so dia memang kena beli jam tangan besor2. Hikhikhik.







3) Warna
Sekarang, pilihan warna jam memang banyak. Pemilihan warna jam lebih kepada warna kulit. Sebab kalau kulit cerah, boleh menggunakan pelbagai warna, manakala kalau warna kulit gelap, pemilihan warna gelap lebih menampakkan keunggulan jam tersebut. Haaa camtulaaa. Jadi memandangkan sekarang aku jam aku warna oren, so aku nampak jam warna oren jugak yang cantik dan aku paksa dia beli jam warna oren jugak walaupun kawan aku hitam hitam manis. Hikhikhik.




Kalau korang tengok kat Zalora, memang banyak sangat pilihan jam tangan untuk lelaki. Pilih je. Harga pun murah. Hewhewhew. Banyak pilihan rambang mata aku. Tak sabar nak shopping kt Zalora. Sekarang mata melekat je kat jam bawah ni.




Cantik giler jam ni.

ok bye!
eimanhikmah

No comments: