Thursday, July 9, 2015

351 Happy Besday Boro!

Thursday, July 9, 2015
Assalamualaikum…


Hari ni genap 3 tahun dah jaga Marlboro @Boro. Tak sangka kejap je dah 3 tahun. Happy bedsay manja mama. Hehehe. Aku saje je gelar diri aku mama kt Boro. Sebab jaga Boro macam anak sendiri. Hehehe. Sebenarnye ni tarikh aku jumpa Boro kt station LRT Sentul dulu. So aku assume hari ni besday dia terus. Senang. So aku ingatlah tarikh jumpa dia.


Boro ni jantan. Masa jumpa dia kecik naw lagi, dalam 1-2 bulan kot. Menangis2 suh orang amik dia. Berlakon cm patah kaki, aku memang kesian la kan. Dah la dia sekor2 je. Masa tu baru balik dari Low Yatt, beli beg laptop, so ada plastic. Jadi beg laptop sandang kat belakang, pastu Boro masukkan dalam plastic. Mase tu naik motow je. Mase kt trafik light, orang motow sebelah tegur, ‘nak buang kucing ke?’, aku jawab, ‘taklah, nak bawak balik’. Hehehe. Kelakar je masa tu.


Sampai2 rumah, terus berlari-lari. Ceh ingat patah kaki sebab  meow2 bukan main lagi kuat. Terus mandikan dia. Air tu keroh nye la hai. Kotor badan dia berdebu. Malam tu jugak cari kotak. Cari kt 7eleven, budak tu bagi kotak rokok Marlboro. Masukkan Boro dalam kotak tu terus terfikir nak bagi nama dia Marlboro pastu panggil Boro. Sampai sekarang lekat nama Boro. Semua orang panggil Boro. Tapi ada orang lain pelik kenapa namakan Boro. Sebab rare sangat. Hehehe.  


Sekarang dah bujang dah. Dia la paling abang sekali sebab tak lama lepas jumpa Boro, akak teha aku pun nak bela kucing jugak Loki dengan Lucy. Kirenya Boro tu along, Loki tu angah pastu Lucy tu adik. Hehehe. Comel je. Boro dengan Lucy memang ngam sangat. Tapi dengan Loki musuh betul sebab sama2 jantan. Tapi takde la bergaduh sebab Boro ni lek2 je. So far, Boro ni ok je jaga dia.



Tapi sebelum dia kurus sangat sampai aku tak tau nak bagi makan apa dah. Sebab bagi brew yeast memang taknak makan langsung. Bagi makan vitamin untuk selera makan pun cmtu jugak. Makanan manusia lagilah dia taknak makan langsung. Dia cium2 pastu blah je. Sebab tu kalau aku siang ikan ke ayam ke, aku biarkan je kat sinki pastu Boro wat dek je. Takdenye dia nak curi2 makan. Hahaha. Bagus budak Boro ni sebab tu aku sayang sangat kat Boro. Sekarang ni makan Buttons & Bows, baru badan dia bobok sikit. Sekarang berat dia dalam 6kg lebih kot. Badan Boro ni panjang, kalau dia baring, mesti panjang punya lah. Hehehe. 


Kalau tidow pulak, dia seboleh2 nye nak tidow dengan aku. Kalau aku berselimut, dia mesti nak menyelinap bawah selimut. Bila dah masuk, dia mesti tidow situ sampai pagi. Aku la yang cramp sebab takleh nak tidow golek2 sebab aku takut terlenyek Boro kat bawah kelengkang aku. Hahaha. Isk banyak sangat la keistimewaan Boro ni. Sayangggggg sangattttt Boro. Dia kucing yang paling baik sekali. Aku rasa mesti aku sedih kalau Boro takde nanti. Sebab dah 3 tahun jaga, maknanya dia dah 21 tahun umur kucing, dia dah tua dah. Tapi aku jaga sebaik2 nya Boro.


Eh panjang pulak cite pasal Boro. Hikhikhik. Happy besday Boro. Semoga sihat selalu. Bertambah2 dobok. Makan kuat2 tau. Takpe makan banyak2, kalau makanan habis, mama boleh pergi beli lagi. Beli 18kilo terus. Senang wat stock terus. Mama sayang Boro sangat. Balik kerja ni nak peluk Boro kuat2. Memang tu rutin setiap hari lepas balik kerja. Melepas rindu. Hikhikhik.

ni boro masa kecik2
comot sgt time ni, skrg dh hensem dah
budak manja
dah hensem sikit, perut dah naik sikit
tidow cmni la yang selalu menggoda aku tu
awwwwwww
masa bawak balik kampung, semua pakat tidow dalam bilik nenek sebab bilik nenek ada aircond..hikhikhik
ni tidow sama2 dalam selimut, tempat tidow mesti nak selesa je
muka macho sikit..hehehe.
muka boro ni memang nampak monyok jeeeeee tapi manja ya amat
masa ni teman masak, dia dh ngntuk sgt tp nk teman masak jugak..last2 tertidow kt atas rumah dia...
dengan adik lucy tengok cicak
muka boring..hikhikhik
masa bawak balik kampung hari tu
peneman dalam kete
makan dengan adik2
sekarang ni dah bobok sikit
tempat lepak dia paling best dia rasa, tidow dalam bakul baju..hehehe






i love my boro so much!


Ok bye!

eimanhikmah

1 comment:

cikel said...

happy birthday boro!!
hampir sama umur kita..kalau boro seorang laki-laki..mesti hensem..huuhhuhh..
rindu pulak dekat cikucing tu..rupa dah nak dekat dengan boro..