Wednesday, July 8, 2015

350 Raya kt mana?

Wednesday, July 8, 2015
Assalamualaikum…


Dah puasa ke 21. Dah 3 minggu dah puasa. Kantoi puasa tu memang sudah pasti. Orang perempuan kannnn. Hahahah. Mesti orang lain dah puas shopping. Aku nak raya boleh beli air-cond. Huahuahua. Dah dapat dh, tinggal nak pasang je. Aku dah cakap kt mak aku suh booking orang pasang tu 2 hari sebelum raya. Yeayyyy nanti bilik aku kt kampung ada air-cond. Sejuk la tidowwwwww. Bestnyeeee.


Kalau orang dah kawen, mesti berkira2 nak balik kampung mana. Nak balik kampung suami ke kampung isteri. Sampai bergaduh2. Isk isk isk. Nasib baik aku tak kawen lagi. Hikhikhik. Kalau kawen, aku pun excited jugak nak raya belah suami. Awwwww gatal. Hahaha. Seronok apa, kumpul sedara mara. Rewang masak raya. Main bunga api. Borak2 sampai pagi. Rumah aku camtu jugak tapi family aku kalau beraya, lebih beraya dalam family sendiri je. Sepupu sepapat jumpa kt rumah nenek je. Jumpa nenek pun kalau pergi rumah nenek. Tapi kalau belah suami,nenek dah takde, tapi beraya dengan sepupu sepapat. Semua dalam satu rumah. Meriah. Eh bila masa aku kawen. Huahuauahauhua. Aku tergelak sorang depan PC ni. Hahaha. Vongok betul.


Seumur hidup aku, aku tak pernah lagi tak beraya dengan family. Dulu masa belajar kt Sarawak pun, aku memang balik beraya kt kampung. Tak kira tiket murah ke mahal, mesti mak aku beli jugak tiket balik naik flight. Tak sanggup woooo nak raya kt perantauan walaupun Sarawak tu sejam lebih je dari rumah. Huhuhu. Kawan2 aku dulu duk la cakap kt aku try la raya kat Sarawak, seronokkkkk sangat. Seronok tu memang seronok, masakan lauk raya diorang meriah, tapi iolls is manja memang takleh tak raya dengan family. Menangis aku tepi tingkap. Hahaha.


So korang raya kat mana?


gambar raya dulu2, masa beraya kt umah nenek. hehehe


 ok bye!
eimanhikmah

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

kami memang balik 2kampung .. thn nie first raya kat umah hubby lu than raya ketiga blk kg anum

miss eimanhikmah said...

bestla cmtu...lg pun kg dekat2 je kan...