Friday, July 3, 2015

347 Jawapan rasa sendu

Friday, July 3, 2015
Assalamulaikum…


Jawapan kesenduan hari ni dah terjawab. Patut la rasa tak sedap hati, takde mood nak bercakap bagai. Tetiba dapat email, aku kena masuk department paling busy sekali. Huwaaaaaa taknak taknak taknak. Seriously aku taknak wehhh. Sebab kerja banyak, bertimpa2. Selagi tak siap takleh balik. Nak kena follow up, really not so me! Aku dah menangis dalam hati dah. Sepatutnya time raya aku kerja pagi bila masuk department baru, aku kena kerja malam pulak. Bila masa boleh pergi beraya ni. Matilanakkkkk.



Sedih aku. Sebab mati2 aku takkan masuk department ni sebab nama aku tak naik pun. Aku dah suka department sekarang. Sebab balik on time. Senang nak settle. Takyah follow up sangat. Lagipun lama2 dah terer dah bab internet ni. Kalau takde orang nak ajar, aku wasap je mesti ada yang tolong. Lepas ni nak tengok wasap pun tak sempat. Huwaaaaaaa.



Semoga aku semakin tabah. Kite fikir raya je la. Tadi pergi kerja, jalan jem paraakkkk punya. Tapi bila dengar lagu raya, aku berjoget2 dalam kete. Hahahaha. Bestnyeee nak raya.








ok bye!
eimanhikmah

1 comment:

Ezy Loy said...

tabah hati ye awk..
=')