Friday, July 31, 2015

360 Ipoh yang best!

Friday, July 31, 2015
Assalamualaikum..



Murahnyaa semua benda kat Ipoh. Semalam2 aku pergi Ipoh kejap. Misi menyelamatkan kucing. Hehe. Gigih aku nak selamatkan kucing sampai ke Ipoh. Sebab kesian sangat kat anak kucing tu. Orang taknak jaga tapi tak sampai hati nak buang. Tanya kt mak kawan, dia cakap boleh jagakan. Terus chow pergi Ipoh kejap. Aku namakan anak kucing tu Wajik, lontong dengan Lemang. Comey je muka. Masa dalam kereta, bila kawan tu tidow kt sebelah, kucing ni diam je. Bila kawan bersuara, depa pun bermeow2 je. Macam kenal je suara yang jaga depa siang malam kan. 
Esok nye, nak pergi lunch. Nampak kedai makan tepi jalan tu lauk bersusun. Pergi je la sebab dah lapar sangat kan. Amik nasi 2, lauk ikan masak asam pedas, ayam masak lemak, pajeri nenas, air the o ais dengan air the ais semua sekali RM10.40 je bakhangggg. Murah gilerrrrr. Pastu nampak kedai jual Jus Mango. Mango yang pekat2 likat ala ala lassi tu. Aku parking belakang kedai abg tu. Duit dah bawak rm5.00 sebab takut mahal la kan sebab jus manga, sekali tengok harga rm1.00 jeeeee. Murahnyeee sebab kalau kat KL air camtu, dah rm2.00 ke rm3.00 dah.


jus mango alaaa lassi ni rm1.00 je bakhangggg




bersusun2 camni baru rm20.00
pasni nak order lagi dengan kawan ni
tp tu kalau pergi Ipoh laa


ni la member yang jual creampuff tu, dh lama sangat tak jumpa, last 5 ke 6 tahun lepas
last2 jumpa sebab nak beli creampuff
tapi excited la gak sebab tu sempat berselfie
hehehe


Sebelum tu, pagi2 aku dah usher facebook member aku dari zaman diploma lagi. Lepas habis2 diploma mmg tak jumpa dah sebab balik kg masing2 kan. Duk ushar facebook dia, dia cakap ada creampuff lebih 1 box, dia nak jual. Aku cepat msg dia cakap aku nakkkkk beli, ada 25 ketul creampuff rm20.00 je. Ya Allah murah nyeeeee. Sebab kalau kat KL mahalnyeee lah seketul RM2.00. Nak wat tak reti kan. Huhuhu. Sabar je lah.



POPO si kucing hitam manis mata galak ni. Manja ya amat
duk atas riba lama2 dia ok je

ni memey. mak nye Popo tu. comel jee walaupun dah beranak 5 kali. hehehe

ni yang aku cari setiap kali pergi Ipoh. Mee rebus Ramli
tapi tak tau semalam, rasa kureng sikit. Terus rasa tak best dah. Nasib baik malam2 aku hentam Char Kuey Tiow lagi.
haaa yang tu sedap gilerr tapi terlupa nak amik gambar. Hehehe

Ipoh yang indah. Aku suka kalau jalan2 sini. Aku suka tengok bukit bukau tu. Nasib baik Sultan Perak tak bagi tarah bukit2 tu. Kalau tak, dah lama rata bukit2 tu. Hehehe. Bestnyee Ipoh ni. Aku rasa tenang je duk sini. Tak macam KL, serabut! 




ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, July 28, 2015

359 Mulut Bau Petai

Tuesday, July 28, 2015
Assalamualaikum..


Semalam pergi makan kari ikan kt Restoran Kari Kepala Ikan SG kt Sri Gombak. Tengok2 menu, teringin pulak nak makan sambal udang petai. Aku pun order la sambal udang petai ni. First time ni nak makan petai. Sebab selama ni memang tak berani nak makan petai takut rasa pahit la, takut mulut berbau la, takut hilang selera makan la, macam2 la. Gedik tol. Hahaha.



Tapi semalam try makan, eh boleh makan la. Lepas sebijik bijik aku makan. Syok pulak sebab rangup. Hehe. Pastu petai ni bukan ada rasa lain macam pun Cuma mulut bau je la. Hahaha. Pas bayar kat kaunter terus sambar lollipop 2. Satu untuk aku, satu untuk kawan yang teman makan. Hehehe. Lantaklah mulut bau ke apa ke kan, aku main bantai meround semalam. Hehehe.



Bila balik rumah, time kencing pehhh semerbak bau. Hahaha. Penangan petai katanya. Tapi aku gosok gigi pastu terus tidow. Pagi tadi time kencing bau lagi. Mak aih dah semalaman pun bau lagi. Takut mulut bau jugak, aku sempat kumur dengan Listerine je. Tapi pagi ni aku google petua nak hilang bau mulut ni, ni ada banyak tips tapi satu pun aku tak try lagi. Hikhikhik



  • Kunyah beras mentah dalam senggengam. Tidak perlu ditelan.  Tapi kalau aku telan je. Hahahah
  • Kunyah terung mentah. Euwwww terung mentah macam tak boleh je aku. Kalau terung masak sambal baru sedap. Hehehe
  •  Kunyah timun. Ni paling best sebab timun sedap tapi aku takde stok timun. Hikhikhik
  • Berus gigi selepas menggunakan dental floss. Berus gigi dengan lidah tu of course tapi kalau makan kat restoran, celah mana pulak nak gosok gigi. Hahaha.
  • Kunyah chewing gum. Aku paling tak suka makan chewing gum. Dari zaman belajar dulu. Tu yang aku makan lollipop je. Hahaha
  • Campur masakan petai dengan terung. Ni dah betul dah tapi kalau menu kt restoran memang sambal udang petai, takkan tetiba nak request masukkan terung pulak. Ada kena halau dari restoran. Hahahaha.
  • Minum susu segar sebelum atau selepas makan petai. Ni kalau selera la kan. Bila dah kenyang2 nak minum susu segar, aku rasa boleh muntah. Bagi aku la. Huhuhu.



Boleh cuba mana2 petua yang ok. Ok nak sambung kerja lagi. Mulut berbau petai, sekarang ni aku breakfast biskut tawar dengan nescafe. Hikhikhik



Ok bye!

eimanhikmah

Monday, July 27, 2015

358 Jam Tangan Lelaki di Zalora

Monday, July 27, 2015
Assalamualaikum…



Ingat tak hari tu aku ada wat entry pasal tali jam aku putus. Tu bulan 4 tu, pastu baru dalam seminggu sebelum raya hari tu baru dapat beli jam baru. Lama benaw nak tunggu beli jam baru sebab aku tak sempat nak beli baru. Pastu puas ajak kawan teman beli jam baru, last2 aku pergi sorang, settle masalah. Aku pilih beberapa jam, letak atas meja kaunter, lepas pilih kaler, jenis tali, saiz bagai. Pastu settle masalah. Hehehe.


Muka penat sebab masa ni kena keje dekat 13jam kt ofis. Motif utama nk tunjuk 
jam aku yang warna oren tu. Hikhikhik


Tapi aku sebagai perempuan yang simple, aku senang je nak pilih barang2 yang aku. Love at first sight. Gittewwww. Hahaha. Bila tengok cantik, aku terus amik pastu bayar. Kalau pilih pun ada la sikit2 je. Tengok harga, kalau mampu, terus rembat je. Tu bagi aku la. Sebab ada kawan lelaki aku ni, bab beli barang2 camni, jenuh wehhhh. Aku yang lenguh nak teman dia beli, last2 tak beli sebab tak berkenan. Cis!



So, aku boleh simpulkan yang lelaki ni lagi cerewet dari orang pompuan. Eh. Hehe. So aku tanya la kat dia, nak jam yang cmner. Nak yang jenis camner. So, kt bawah ni tips2 nak pilih jam tangan lelaki.



Jam tangan ni penting la bagi orang lelaki. Kalau dia bebel2 sebab kita orang perempuan lambat bersiap tu jangan marah la sebab orang lelaki memang pentingkan masa. Ada yang suka jam analogue ada yang suka digital. Kalau digital tu cam modern sikit la. Sekarang ni boleh beli secara online shopping website Malaysia atau blogspot sebab kalau online ni lagi banyak pilihan dari jenama-jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga berpatutan. Wahhhh bestkannnn. Jadi kat sini, aku bagitau beberapa tips terbaik koleksi jam tangan lelaki yang amat berguna.









      1)      Tali jam
Pemilihan seutas jam tangan sepatutnya berdasarkan beberapa syarat. Sebagai contoh ramai yang lebih suka akan jam yang mempunyai rekaan lebih ringkas, versatile dan boleh dibeli dengan harga yang cukup berpatutan dan murah. Dalam masa yang sama jam tangan anda hendaklah selesa bila dipakai. Ini adalah penting kerana jika tersalah pilih akan membuatkan anda tidak selesa bila memakainya dan pasti akan membuatkan anda rasa janggal. Kalau kawan aku tu, aku tengok dia suka tali jam yang besar tapi ringkas sebab dia kata tangan dia dah sado. Hahaha. 






      2) Saiz jam
Size jam juga adalah penting. Pilih jam tangan yang mmempunyai ukuran dan lilitan serta size yang bersesuaian dengan tangan anda. Ini pastinya akan melibatkan keselesaan ketika memakainya. Cuba fikirkan jika anda beli jam bersaiz terlalu besar berbanding pergelangan tangan anda, pastinya ia akan tampak pelik dan mencacatkan penampilan anda. Logiknya anda pasti hanya akan jadi bahan ketawa oleh mereka yang memerhati. Untuk mengelakkan situasi ini haruslah beringat bahawa size jam itu sendiri penting. Haaa kalau bab size, kan konon2 lengan dia sado, so dia memang kena beli jam tangan besor2. Hikhikhik.







3) Warna
Sekarang, pilihan warna jam memang banyak. Pemilihan warna jam lebih kepada warna kulit. Sebab kalau kulit cerah, boleh menggunakan pelbagai warna, manakala kalau warna kulit gelap, pemilihan warna gelap lebih menampakkan keunggulan jam tersebut. Haaa camtulaaa. Jadi memandangkan sekarang aku jam aku warna oren, so aku nampak jam warna oren jugak yang cantik dan aku paksa dia beli jam warna oren jugak walaupun kawan aku hitam hitam manis. Hikhikhik.




Kalau korang tengok kat Zalora, memang banyak sangat pilihan jam tangan untuk lelaki. Pilih je. Harga pun murah. Hewhewhew. Banyak pilihan rambang mata aku. Tak sabar nak shopping kt Zalora. Sekarang mata melekat je kat jam bawah ni.




Cantik giler jam ni.

ok bye!
eimanhikmah

Saturday, July 25, 2015

357 Sakit sakit kat Office

Saturday, July 25, 2015
Assalamualaikum…



Dah berapa hari aku kerja 12-13 jam sehari. Gilerrrr ah memang aku tak jumpa matahari siang2 sebab aku pulun buat kerja je. Mengadap computer je. Syukur sebab masih ada kudrat. Masih ada rezeki bekerja. Tapi penat sangat. Selepas beberapa hari, aku dah ada syndrome sakit2 kat office ni. Boleh claim SOCSO dah. Hahaha. Ni antara sakit2 aku.



1   1)      Sakit belakang
Bila duduk je sepanjang hari memang boleh sakit belakang. Tapi setakat sekarang ni bukan sakit belakang teruk sangat. Lebih kepada sakit bahu je sebab kerja menaip je kan. Tapi aku ada la gerak jalan2 sikit2. Pergi surau, pergi pantry, pergi toilet sebab minum air 3liter sehari asyik nak kencing je. Hehehe


    2)      Migraine
Sakit kepala ni jangan la. Masuk je 10jam aku kerja, sakit kepala mencucuk2 belah kanan atas mata. Ni sebab aku menengok computer je. Sebab aku takleh pakai spek bila depan computer sebab rimas. Sakit kepala ni memang terus rasa takleh buat keje tapi buat jugak sebab keje melambak2. Hukhukhuk



    3)      Tak cukup tidow
Eh tak cukup tidow pun termasuk sakit kat office ke. Hahaha. Boleh la sebab balik kerja lambat pastu esok2 pagi2 bangun terus pergi kerja semula. Perghhh takde life langsung. TV pun tak tengok. Rindu 200% kat TV sendiri. Hikhikhik.
  


    4)      Tak sempat dating.
Hahaha ni lagi satu sakit yang paling sakit. Sakit sangat nih. Tak sempat dating woooo. Biasa balik kerja aku sempat la lepak2 makan2 borak2. Ni tak, balik rumah dah flat. Harapkan cuti je la boleh dating. Uhh sedih.



Banyak naw dah sakitnye ni. Sakitnya tuh disini. Hehehe. Nak sambung kerja yang melambak2 yang confirm2 aku keje lagi 13 jam untuk hari ni. Huwaaaaaa.








Ok bye!

eimanhikmah

Thursday, July 23, 2015

356 Eid 1436 : Awesome Raya day 2 & 3

Thursday, July 23, 2015
Assalamualaikum…


Raya kedua lebih terima tetamu je. Tapi pagi2 tu dah kuar breakfast nak makan roti canai. Bila semua orang serbu mamak pagi2, mamak pun pening daaa. Mintak roti pisang, pisang takde. Hahaha. Takpe lah, makan apa yang ada je. Iolls ok je.

Round bandar kejap. Teringin sangat nak pergi tambak Pontian tu. Dah siap tambak sampai tengah laut. Panas berdesing pun nak amik gambar jugak. Hikhikhik.









Balik dari sini, terus ayah call cakap sepupu sepapat nak datang rumah. Cepat2 balik masak mihun sup.  






Pastu ada lagi sepupu datang beraya tapi tak sempat nak bergambar sebab datang malam sangat. Esoknye aku dah balik KL sambung keje. Huhuhuhu.









Selamat Hari Raya semua!


ok bye!
eimanhikmah

355 Eid 1436 : Video Raya 2015

Assalamualaikum..


Hari tu kt office ada wat video raya. Diorang suh pakai baju raya masa bulan puasa hari tu. Aku dengan member2 pun pakat baju raya. Aku join je buat video raya. Sebenarnya tak tengok lagi. Time taip entry baru nak tengok. Masa buat video raya ni jangan cakap, pakat gelak je. Hahaha. Tapi aku awal2 kat kawan aku jangan shoot muka aku depan2. Tak suka tengok muka sendiri dalam video. Hehehe.







Haaaa ni la video tu hari raya kt ofis iollss. Malu iollsss. Hehehehe. 
Enjoiceeeeeeee.



ok bye!
eimanhikmah

354 Eid 1436 : Awesome Raya!

Assalamualaikum..



Semalam aku kerja 13 jam oi. Flat betul bila sampai rumah. Ni gara-gara opismate sambung cuti raya, kena cover kerja diorang. Nasib baik hari raya, sambil buat kerja ngap2 kuih raya biskut raya. Hehehe. Orang lain duk up gambar raya, aku nak up jugak. Hehehe. 


Raya ni, aku confirm ah balik rumah mak ayah aku. Belum ada mak mertua lagi. Hikhikhik. Nasib baik ayah aku tempah burasak, so memang senang je kemas rumah, masak2 semua. Sekerat hari je dah settle semua. Kuih raya semua kuih tunjuk2 n kuih tempah je. Semua pakat malas2 raya tahun ni. Tapi raya tetap meriah la. Tengok gambar jap lg. Senyum jekkkk semua orang.



Up gambar dulu lah. Ni masa raya pertama. Layannnnnn.









Ni lepas2 solat raya. Alhamdulillah dapat solat raya tahun ni. Sebab tahun lepas tak sempat sebab kuar rumah je orang dah bagi salam dah. Hahaha. Tahun ni bangun2 awal2, makan cepat2 terus kuar rumah. Sempat berjemaah raya kat masjid. Lepas habis solat, ada makcik indon ni tegur, minta amik gambar sama2 sebab dia nak anta ke anak dia kt Kalimantan. Dah selamat anta tapi raya ke-4 baru sempat anta. Hikhikhik. Sorry makcik, maap zahir batin.






ni masa kt umah nenek, ni makcik2 belah sepupu ayah. so yang muda2 tu semua 2 pupu 2 papat.

ni masa siap2 nk pergi beraya rumah nenek

ni masa beraya rumah along.


dengan anak buah, kak ain & kak ya

ni kat depan rumah nenek. 

ni family bag apik auk dengan affan. diorang tak raya rumah sini, dia raya rumah mertua dia dulu.

caliph busker in the houseeeeee. Hahahahah

mak ayah's anak daras. Hehehehehe
selanat pun bolehhhh. malas nk edit dah. ni la gambar family aku time hari raya. purple theme + turqoise theme.


ucu with nieces & nephew





Dah beraya sana sini. Penat dah. Balik rumah. Kroh kroh semua orang. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.



ok bye!
eimanhikmah

Wednesday, July 22, 2015

353 Super Busy

Wednesday, July 22, 2015
Assalamualaikum..


Nak menaip blog pun tak sempatttttt.
Nak update kisah meriahnya raya pun tak sempat.




ok bye!
eimanhikmah

Saturday, July 11, 2015

352 Mission 10kg : Faileddddddd

Saturday, July 11, 2015
Assalamualaikum..


Dah minggu terakhir berpuasa. Diet aku ke laut ke gaung dah. Hohoho. Aku nak maklumkan mission 10kg aku faileddddddd. Hahaha. Turun takat 4kg je. Hahaha. Serupa macam tak turun. Ni kalau ada yang baca blog aku ni, mesti cakap aku hampeh. Hahaha. Memang hampeh pun.  



Minggu lepas cam aku tak rehat langsung. Balik kampong 2 hari, sampai rumah abang aku tengah malam, esoknye aku dari rumah abg aku terus perg kerja. Kerja tengahari balik malam, buka kt office je. Bila tengok orang buka makan nasi, takkan nak tengok je. Order jugak lah nasi. Kuih macam2 makan. Potluct dari boss lagi. Potluck dari officemate lagi. Memang banyak la makan. Hehehe. Murah rezeki. Alhamdulillah.



Sekarang aku nak settle order kerepek. Aku jual kerepek. Tapi tak banyak la. Ada la sikit2. Tolong bisnes abang aku. Aku jual murah dah tapi ada jugak yang carassssss. Eee geram tapi takpelah, rezeki masing2. Aku settlekan order je. Pastu taknak jual dah. Memang hati tak kental aku ni. Hikhikhik. Kang kalau rajin, aku nak wat lagi. Bila bisnes ni, tak sentuh duit gaji. Tu yang best. Huhuhu.


Aku nak countdown raya. Yeayyyy.


               



Ok bye!

eimanhikmah

Thursday, July 9, 2015

351 Happy Besday Boro!

Thursday, July 9, 2015
Assalamualaikum…


Hari ni genap 3 tahun dah jaga Marlboro @Boro. Tak sangka kejap je dah 3 tahun. Happy bedsay manja mama. Hehehe. Aku saje je gelar diri aku mama kt Boro. Sebab jaga Boro macam anak sendiri. Hehehe. Sebenarnye ni tarikh aku jumpa Boro kt station LRT Sentul dulu. So aku assume hari ni besday dia terus. Senang. So aku ingatlah tarikh jumpa dia.


Boro ni jantan. Masa jumpa dia kecik naw lagi, dalam 1-2 bulan kot. Menangis2 suh orang amik dia. Berlakon cm patah kaki, aku memang kesian la kan. Dah la dia sekor2 je. Masa tu baru balik dari Low Yatt, beli beg laptop, so ada plastic. Jadi beg laptop sandang kat belakang, pastu Boro masukkan dalam plastic. Mase tu naik motow je. Mase kt trafik light, orang motow sebelah tegur, ‘nak buang kucing ke?’, aku jawab, ‘taklah, nak bawak balik’. Hehehe. Kelakar je masa tu.


Sampai2 rumah, terus berlari-lari. Ceh ingat patah kaki sebab  meow2 bukan main lagi kuat. Terus mandikan dia. Air tu keroh nye la hai. Kotor badan dia berdebu. Malam tu jugak cari kotak. Cari kt 7eleven, budak tu bagi kotak rokok Marlboro. Masukkan Boro dalam kotak tu terus terfikir nak bagi nama dia Marlboro pastu panggil Boro. Sampai sekarang lekat nama Boro. Semua orang panggil Boro. Tapi ada orang lain pelik kenapa namakan Boro. Sebab rare sangat. Hehehe.  


Sekarang dah bujang dah. Dia la paling abang sekali sebab tak lama lepas jumpa Boro, akak teha aku pun nak bela kucing jugak Loki dengan Lucy. Kirenya Boro tu along, Loki tu angah pastu Lucy tu adik. Hehehe. Comel je. Boro dengan Lucy memang ngam sangat. Tapi dengan Loki musuh betul sebab sama2 jantan. Tapi takde la bergaduh sebab Boro ni lek2 je. So far, Boro ni ok je jaga dia.



Tapi sebelum dia kurus sangat sampai aku tak tau nak bagi makan apa dah. Sebab bagi brew yeast memang taknak makan langsung. Bagi makan vitamin untuk selera makan pun cmtu jugak. Makanan manusia lagilah dia taknak makan langsung. Dia cium2 pastu blah je. Sebab tu kalau aku siang ikan ke ayam ke, aku biarkan je kat sinki pastu Boro wat dek je. Takdenye dia nak curi2 makan. Hahaha. Bagus budak Boro ni sebab tu aku sayang sangat kat Boro. Sekarang ni makan Buttons & Bows, baru badan dia bobok sikit. Sekarang berat dia dalam 6kg lebih kot. Badan Boro ni panjang, kalau dia baring, mesti panjang punya lah. Hehehe. 


Kalau tidow pulak, dia seboleh2 nye nak tidow dengan aku. Kalau aku berselimut, dia mesti nak menyelinap bawah selimut. Bila dah masuk, dia mesti tidow situ sampai pagi. Aku la yang cramp sebab takleh nak tidow golek2 sebab aku takut terlenyek Boro kat bawah kelengkang aku. Hahaha. Isk banyak sangat la keistimewaan Boro ni. Sayangggggg sangattttt Boro. Dia kucing yang paling baik sekali. Aku rasa mesti aku sedih kalau Boro takde nanti. Sebab dah 3 tahun jaga, maknanya dia dah 21 tahun umur kucing, dia dah tua dah. Tapi aku jaga sebaik2 nya Boro.


Eh panjang pulak cite pasal Boro. Hikhikhik. Happy besday Boro. Semoga sihat selalu. Bertambah2 dobok. Makan kuat2 tau. Takpe makan banyak2, kalau makanan habis, mama boleh pergi beli lagi. Beli 18kilo terus. Senang wat stock terus. Mama sayang Boro sangat. Balik kerja ni nak peluk Boro kuat2. Memang tu rutin setiap hari lepas balik kerja. Melepas rindu. Hikhikhik.

ni boro masa kecik2
comot sgt time ni, skrg dh hensem dah
budak manja
dah hensem sikit, perut dah naik sikit
tidow cmni la yang selalu menggoda aku tu
awwwwwww
masa bawak balik kampung, semua pakat tidow dalam bilik nenek sebab bilik nenek ada aircond..hikhikhik
ni tidow sama2 dalam selimut, tempat tidow mesti nak selesa je
muka macho sikit..hehehe.
muka boro ni memang nampak monyok jeeeeee tapi manja ya amat
masa ni teman masak, dia dh ngntuk sgt tp nk teman masak jugak..last2 tertidow kt atas rumah dia...
dengan adik lucy tengok cicak
muka boring..hikhikhik
masa bawak balik kampung hari tu
peneman dalam kete
makan dengan adik2
sekarang ni dah bobok sikit
tempat lepak dia paling best dia rasa, tidow dalam bakul baju..hehehe






i love my boro so much!


Ok bye!

eimanhikmah