Sunday, June 28, 2015

344 Nasi Kerabu Ayam Percik + Melawati Kebab

Sunday, June 28, 2015
Assalamualaikum..


Selamat berpuasa hari ke 11. Hari ni hari ahad tapi aku kena kerjaaaa. Huwaaaa. Tapi nasib baik esok cuti. Persiapan raya aku gitu2 je. Kuih raya tempah, baju raya dah siap awal2 sebelum puasa hari tu lagi. Kasut raya tengah fikir2 nak beli ke tak. Sebab rasa baru je lepas beli bulan lepas. Sebab aku ni kalau beli kasut, kasut tu merangkap kasut kerja. Takde maknenya aku beli heels or wedges pastu nak pakai pergi kerja. Memang idokla. Letih weyhh nak pakai kasut tinggi2 pergi kerja. Aku ni dah la sediakala tinggi besar, kalau pakai heels or wedges nampak cam gergasi. Vavavava.


Hari ni aku tak bawak bekal untuk buka. Rasa malas sgt nak masak apa2. Haha. Office aku ni ada buat buat delivery uollsss. Senang, order online pastu diorang hantar terus ke meja office. Alaa budak office yang buat. Setiap dish yang kite beli kena cas RM0.50 je. Berbaloi sangat. Sebab diorang yang akan turun pergi bazar pastu bawak balik office, terus hantar ke meja pastu tinggal bayar je. Senang sesangat. Hari ni aku order nasi kerabu+ayam percik pastu aku order melawati kebab. Aku berapa hari perati je orang makan kebab melawati tu, aku telan air liur je kan, takleh jadi ni, kena beli jugak ni. Sedap gilerrrr rupanya. Hahaha.


Alhamdulillah, kenyang untuk buka hari ni.

nasi kerabu + ayam percik
aku bukan penggemar makanan orang pantai timur ni tapi bila tengok member makan rasa sedap pulak
hahaha
                       

ni kebab melawati
ni pun beli sebab tengok akak ofis makan, nampak sedap sangat
sekali makan memang sedap

ni la kebab melawati
katenye kalau kt bazar orang ramai giler beratur nak beli



Jap je dah nak 2 minggu puasa. Alhamdullilah.

Ok bye!
eimanhikmah


1 comment:

Ezy Loy said...

kalo nasi kerabu ayam bakar pehhh sedap!