Thursday, June 25, 2015

341 Thursday Throwback : Chocolate Forest

Thursday, June 25, 2015
Assalamualaikum…


Lama dah aihhh tak bertrowback ni. Tak sempat nak godeh2 gambar2 lama. Hari ni cuti, so godeh2 tab ada gambar masa away day tahun lepas. Lama dah ni baru nak up kat entry. Hehehe. Yeay hari ni dah masuk puasa ke-8. Alhamdulillah. Cun2 pulak hari ni off day kan. Boleh la nak godeh2 blog ni lelama. 

Away day ni tahun lepas lagi. Office yang wat ni, aku tinggal join je. Duk la kt email kata nak pergi chocolate forest, aku ingat nak pergi ladang coklat ke, rupa-rupanya pergi tempat lain. Saje diorang letak nama tempat ni chocolate forest. Sat lagi aku bagitau apa tu chocolate forest. 

masa ni baru2 sampai..rupa-rupanya tempat ni hutan..jalan2 dalam hutan weyhhh
ni la tempat dalam hutan tu, diorang letak kerusi2, frame2 gambar untuk jadikan tempat ni rilex2 gittewww
ada trek dalam ni yang boles mask hutan dalam2 lagi tapi kitorang tak masuk la, serammmm iollsss
pastu diorang tunjuk pokok paling besar dalam hutan ni...
aku memang panjat sampai atas pokok tu nak tengok betapa besar pokok ni tapi memang besar gilerrr weyhhh

Dah habis merayap dalam hutan ni. Kitorang pergi Hotel Sri Malaysia untuk makan dengan solat. Makanan masa trip ni memang berbaloi2. Tapi aku lupa pulak nak tangkap gambar masa ni. Masa tu makan sate tak ingat dunia. Memang sedapppp ahhh. Sampai sekarang terngiang-ngiang sate kt tempat ni time tu. Hahaha. Hari dah nak mendung masa ni. So diorang suh kitorang cepat2 naik bus untuk ke Chocolate Forest. Cun2 nk sampai tempat tu hujan memang lebatttttt gilerrr. So takleh turun bus, kena stay dalam bus. Masa dalam bus, tourist guide bagitau apa tu Chocolate Forest. Aku nak explain tepat2 pun aku dah ingat2 lupa. Hahaha. Alaaa sebenarnya nak bagitau view antara awan dengan kabus dengan titisan air hujan. Camtulah lebih kurang. Sebenarnya saje bagi nama Chocolate Forest. Bagi aku, sebenarnya nak tunjuk kabus je bagi aku. Hahaha. Tapi aku suka la tempat2 cenggini. Fefeling Korea kejap. Ehmm tak habis2 Korea aku, tapi tanah Korea pun tak jejak lagi. Hahaha.


fefeling korea dengan payung belang2 tu. Masa ni hujan renyai2, memang sejuk sangat. Tapi kabus tebal sangat memang tak nampak apa la sebenarnya. 

Sebenarnya aku ada banyak gambar cantik2 time kt sini. Tapi kat camera orang, dah suh wasap tapi takde sampai sekarang. Huuuu sedihhh. Tapi takpe lah. Kite diamkan je. Huhuhu. Dah lepas pergi sini, kitorang ke Tokong Cina pulak.. Cantik tempat ni, bersih je. Oppsss jangan salah sangka, memang tempat sembahyang diorang, tapi kita boleh je nak jalan2 kat situ.

besar gilerr patung belakang tu

dalam ni memang banyak patung2 sembahan diorang

setelah naik tangga yang tinggi tu




tempat ni bersih sangat, memang terjaga tempat ni.
ada tembok sebelah sana, ada pemandangan yang cantik sangat. tapi mana ntah gambar nya. 

Tempat ni dekat je sebenarnya. Kat Genting Highlands. Jalan2 makan2 sampai semula kat ofis dalam kul 7lebih. Aku sampai rumah dalam kul 8 kot cmtu. Bagus arrange benda camni, hilang stress kat ofis kan. Tahun ni tak tau la ada lagi tak away day camni.


ok bye!
eimanhikmah