Tuesday, June 23, 2015

339 Drama Review : Hidayahmu Ramadan

Tuesday, June 23, 2015
Assalamualaikum..


Bila masuk je bulan ramadhan, mesti TV3 buat cerita pasal bulan ramadhan. Selalu aku tunggu cerita yang malam2 tu. Dari start cerita Syurgamu Ramadan sampai ke Hidayahmu Ramadan yang sekarang pun aku follow. Tapi bab touching, aku takleh tahan cite Syurgamu Ramadan la. Aku nangis weh setiap kali tengok drama tu. Bila orang tegur nape nangis, mula rasa sebal muka sebab malu. Huahuahuahua. Kalau ada ulangan, confirm aku takkan pernah miss punyalah. Hahaha.



Tapi kali ni aku tak sempat nak layan malam2 sebab ngantuk nak bangun pagi2. So aku rekod je. So esoknye, ke bila2 masa free, baru aku layan cite ni berturutan. Baru besttttttt. Senang sebab iklan pun aku skip. Hahaha.


Sinopsis cite ni. I google je uollssss.


Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.


Gitulah sinopsis nya yang aku jumpa. Kalau ikutkan sinopsis atas tu cam separuh je. Maknanya kena ikuti lah cerita ni dari awal. Jadi yok lah tengok cerita ni untuk tahu kisahnya apa. 







Ok bye!
eimanhikmah

2 comments:

Ezy Loy said...

xpernah tgok drama ni.. rugi nye.. huhu..

ok la drama cam gini dr drama yg amek dr novel je kan.. walaupon saye lyn jgk drama dr novel.. haha

miss eimanhikmah said...

ha a cite x amik dr novel..best cite ni..