Saturday, June 20, 2015

336 Mission 10kg : Sup Telur

Saturday, June 20, 2015
Assalamualaikum..


Hari ni dah hari ke-3 puasa. Makin hari makin tak sahur aku. Haha. Hari pertama makan telur rebus, hari kedua makan kerepek pisang, hari ni sahur aku minum air secawan je. Hahaha. Aku amik nikmat sahur je. Kalau tak sahur, sama cam kite sahur cara Yahudi. Semoga esok aku boleh sahur betul2. Diet aku dah kelautttttt. Aduh. Puasa memang puasa tapi kalau disertai diet kan lebih bagus. Hehehe. Tapi bila nampak lauk sedap, memang kelautttt la diet aku.

Guane nih. Camner aku nak sekat makan aku. Konon2 rasa rugi bila makan ramai2 tak makan nasi sama2. Semalam cam gitu jugak. Hahaha. Aku rasa aku kena wat mission diet lah. Kalau aku wat mission diet camni, aku boleh buktikan. Haaa cenggitu kaedahnye. Beriya hari tu beli weight scale kan. Chaiyokk chaiyokk Eiman!

Hari ni aku nak makan sup telur jek. Sup telur je ok. Ko jangan nak pandang2 lauk2 lain. Hahaha. Tapi sedapnye la hai udang masak lemak. Kikiki. Ok tak tak, aku memang nak makan sup telur je. Resepi sup telur ni senang je.

Bahan-bahan
Telur 2 biji
Bawang putih
Air 1liter
Minyak masak
Garam

Cara-cara
Potong hiris-hiris bawang putih pastu tumis
Agak2 dah kekuningan terus masuk air
Tunggu lama sikit dalam 2-3 minit, masuk telur 2 biji tu pastu kacau2 pastu masuklah garam.
Pastu siapppppp. Yeay boleh makan.



Eh terbuat resepi pulak. Hahaha. Dah la sup telur je, kalau sup daging best jugak. Hahaha. Semoga aku boleh bertahan untuk diet. Mission 10kg aku chaiyok chaiyok.





20/6/2015
Berat : 77.6kg
Tinggi : 162cm
BMI : 29.6
Kategori : Gemuk (Overweight)


ok bye!
eimanhikmah


2 comments:

Ezy Loy said...

senangnya wat sup telur!

ehh jgn xsahur ek.. tarik telinga kang! haha.. try sahur cara neelofa.. madu + susu + kurma.. ekeke

miss eimanhikmah said...

cik Ezy : alaaa susu tak boleh minum time diet...haha